home
login::signup
we::blog

DI SINI LOPPIESS

I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky,  
And all I ask is a tall ship and a star to steer her by,  
And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking,  
And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking.  
Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) 
 
 
email: 
zamlope@yahoo.com

last modified Mar 5, 2008 at 16:05


Monday, December 12, 2005

notis

...barangkali kerana kebelakangan ini keadaan telah membawa aku ke satu zon yang dipanggil sebagai zon kelibut yang maha kelibut di mana aku telah dihukum dengan keributan masa yang berbondong bondong datang dengan aku yang tidak punya khudrat bagai tidak mampu bernafas untuk melawan kelibut yang datang yang bagai gelora itu yang bukan ku pinta ia datang dan juga sebahagiannya barangkali memang aku mengoda untuk ia mampir....

maka kerana atas sifat aku ini hanya seorang manusia biasa yang tidak dapat untuk melawan kelibut yang maha kelibut itu makanya aku akan bercuti untuk menulis di sini untuk barangkali beberapa hari cuma atau mungkin beberapa minggu atau barangkali beberapa bulan atau esok lusa aku di sini semula...

aku akan berburu barangkali atau aku hanya akan duduk di jendela memerhati langit yang biru bertukar hitam kemudian biru semula dan kemudian hitam dan kembali bertukar biru dan hitam semula selepas biru.

demikianlah...

150994 | posted by loppiess at 15:07 | 2 comments

Sunday, December 4, 2005

mereka mengambil papa

pada sorenya sebelum papa pamit
ketika matahari kian rebah jatuh
terdengar loceng hidup bagai berbunyi

kemudian ribut itu terjelma di dalam mata umi
papa kau bawalah nyawa kami bersama
berkelubung di dalam sel mu yang kecil
biar mudah ku tulis di sepanjang tembok
'lihat Tuhan, mereka melacurkan amanah"

demikian,
dunia ini semakin mengecil
dan kami terhimpit di dalamnya.

loppiess,
05 (December yg hujan) 2005,
buat anak anak yg papa mereka diambil orang.

150765 | posted by loppiess at 16:48 | 0 comments