|
DI SINI LOPPIESS
I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky, And all I ask is a tall ship and a star to steer her by, And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking, And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking. Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) email: zamlope@yahoo.com
last modified Mar 5, 2008 at 16:05
ketika kapal memudik sungai Huang Pu yang hijau, musim dingin di sekitar Shanghai telah mula nazak, angin yang bertiup yang pada mulanya memukul wire sling dan rope di sekitar tepi dek kini memukul pula tubuhku, hidungku dan telingaku. pohon pohon yang meranting dan ladang ladang luas silih berganti tertinggal dibelakang dan muncul yang lain. sampan sampan kecil dan barge besar arangbatu, bot bot penunda dan tongkang tongkang kayu silih berganti juga lalu lalang berseliseh kapal besar dengan funnelnya bercap lima bintang gah bersimpang siur di Sungai Huang Pu yang sempit ini. burung camar yang putih gebu santai santai berwenang bertenggek ramai ramai di sling buritan dan sisi live boat.
lelah kapal dari Da Lian ke Xiamen kemudian menyisir Huang Pu bagai juga lelahku merindukan musim kering di batu kikir untuk menimba kolam di sawah, meranduk keli, menangguk puyu atau mendengar tabuh di surau menjelang magrib. lupakan camar kerana ada burung taktibau melayah disenjakala, rindu lenggok azan ayah dan pesta cengkerik ketika malam gelita di terangi tarian nyala api pelita.
cepatlah beredarnya hari atau wahai waktu, cepatlah engkau berangkat kerana aku ini sudah begitu kering, kepingin masa lalu ku.
tengahari amat terik pada pertengahan bulan 3 ini. kalau memandu di ibukota, panas matahari itu akan bercampur dengan panas enjin dan bobrok asap yang keluar maka panas panas yang bercampur itu kelaknya menghasilkan gelisah dan runsing. ketidaktenteraman itu berjangkit dan menghasilkan amarah yang pada mulanya sedikit sedikit tetapi bila saja ada sedikit api tepercik maka amarah yang pada mulanya tadi terlalu kecil mula merebak, "memang babi!", kata Ayob ditujukan kepada kereta kelisa warna kuning campur hitam di depannya kerana memotong Q.
musim panas pertengahan bulan tiga selalu aje menyaksikan kata kata seperti babi, sial, mangkuk, barua, setan berhamburan samaada di jalanraya, di tempat tempat awam, di kilang kilang dan dimana mana saja yang mungkin.
menyalahkan musim panas pertengahan bulan 3 ini semata mata amat tidak adil, yg salah ialah mereka2 yg menghamburkan perkataan2 indah tersebut kerana mereka tidak cuba belajar untuk mengharungi musim panas pertengahan bulan 3 ini dengan lebih terbuka, bersedia secara mental dan ketabahan yang lebih sedikit dari musim musim yang lain.
di kg ketika aku pulang baru baru ini, musim daun daun getah berguguran telah pun pamit, daun daun baru kembali menghijaukan kebun, di sepanjang jalan kecil kampung kami bunga bunga daun getah yang berguguran membentuk baldu baldu kuning memberi irama pada lagu lagu nyanyian burung dan teriakkan unggas. Bunyi siamang dari kejauhan dan ciku yang telah masak di peram bonda, wahh sedapnya.
kalaulah sepanjang musim panas pertengahan bulan 3 ini ku habiskan di kg saja, kalaulah.
aku baru saja menulis kisah dr maznah yang memeriksa kilang babi dan kemudian heboh pula kisah sausage usus babi...wah si pendek gedempol hidung penyek ekor pendek ini semakin popular.
saudagar kafir nampaknya semakin tidak kisah untuk menipu kerana penguasa asyik diam membisu. kalau aku punya kuasa ditangan, mereka aku sumbatkan ke ISA selama lapan belas tahun kerana penipuan mereka keterlaluan. Kalau selepas keluar penjara lapan belas tahun buat lagi salah yg sama hukumannya ialah tembak dengan senapang gajah.
panas dewasa ini agak memijar, siang matahari kelihatan pemarah, malam berahi marahnya di simpan di dinding dinding rumah teres di taman perumahan ku ini. Ikan2 di dalam akuariumku meronta ronta bila saja melihat kelibat keretaku memasuki garage. adakah kami semakin mesra?
Anekdot 1
Ketika nik sampai ke katil yang ke tujuh di dalam wad yang mempamerkan kematian setiap hari itu tiba tiba saja mesin penunjuk gelombang geraf nyawa berbunyi bersimponggang, mesin hayat itu terus mencatatkan data data tak keruan, alarm menjadi bingit takala buzzer memanjang berterusan, nik kaget, pesakit yang kurus seperti jerangkung yang di selimuti wayer yang keluar dari leher, dari perut, dari kepala, dari pinggang itu kelihatan hanya bagai tidur enak yang lena. Nik tidak sedar ketika malaikat pencabut nyawa berdiri di sisi mesin itu memandang nik dan pesakit jerangkung yang benar benar nazak itu silih berganti, malaikat yang memek mukanya begitu serius terus memandang nik tidak berkelip. Nik lari ke pintu, nik memegang tombol pintu dan berdiri kaku, nik memejamkan mata, Tuhan, adakah satu lagi nyawa akan keluar dari jasad dan terbang melayah keluar tingkap? Nik amat takut, puing puing hitam berpusing gelap di dalam kotak mindanya, nik menanti !
“Nik !!, ayuh lakukan pertolongan cemas mulut ke mulut”, nik mendengar suara doctor yang datang itu bagai guruh, ketika renjatan pertama sampai ke dada pesakit ini nik sudah bersedia berdiri untuk meniup mulut pesakit itu, bila saja renjatan kedua menghentam dada pesakit itu, muntah berbagai warna keluar dari mulut pesakit itu, nik tergamam ketika bagai sayup sayup kedengaran suara doctor, nik, kalau kamu stop, kamu membunuhnya, nik menerkam mulut pesakit dan meniupnya kembali sedang muntah terus keluar dan nik kemudian berdiri semula, usai saja renjatan ketiga menghunjam dada pesakit itu tiba tiba saja bergelodak najis keluar dari mulut pesakit tersebut, nik tergamam, onar bau najis bertebaran, muntah kemudian membajiri tilam, renjatan seterusnya ke dada pesakit itu tidak lagi memberi apa apa kesan, pesakit itu senyap, beribu kali pun diberi renjatan dan di tiup angin namun pesakit itu kan tetap diam kerana malaikat pencabut nyawa tergesa gesa berlalu, meninggalkan nik, doctor rajah, nurse jaya dan sister ong. Angin diluar tingkap di wad icu tingkat 12 itu menyerbu keluar masuk ward, takala angin itu keluar, yang turut keluar adalah satu nyawa yang baru tercabut dari satu jasad setelah puluhan tahun mengolah dunia bersama.
Anekdot 2
Inilah rutin yang harus di jalani maznah, kalau anjing yang sakit maka anjinglah yang di bedahnya, kasihsayang pada binatang membuang jauh rasa jijik dan kotor. Tidak ada najis dalam kamus harian maznah, menyamak tubuh dengan air tanah barangkali hanya bagai bersyampo saja bagi maznah, sudah biasa. Tapi malam itu maznah di arahkan untuk memeriksa pusat penyembelihan yang terbesar itu, pusat penyembelihan babi, sebagai seorang doctor haiwan yang professional maznah melihat arahan itu satu amanah.
Ada barangkali 40 meja besar dan hangar yang beratus jumlahnya kerana dalam sehari adakalanya sehingga hampir enam ratus ekor babi yang akan di sembelih. Apatah lagi menjelang tahun baru cina, hitung hitung mencapai ribuan ekor babi yang akan di tumbangkan. Maznah melihat seekor demi seekor babi itu di keluarkan dari lorong kecil yang kemudiannya di sambut oleh sejenis pengaut yang membawa babi itu ke atas penyepit. Dengan tangkas para penyembelih meradak tubuh babi yang montel itu dengan pencucuk dan di angkat lalu di lemparkan di atas conveyer yang berjalan perlahan m,embawa babi yang cedera parah itu pada satu takungan air panas yang mengelegak dan seekor demi seekor babi itu di rebus yang kemudiannya di cangkuk semula dan naik ke hanger conveyer dalam perjalanan ke tempat melapah pula.
Ketika babi yang barangkali ke empat ratus di radak dengan pencucuk tajam itu dan di lemparkan ke conveyer tapi malangnya dalam keadaan cedera parah, babi tersebut jatuh dari conveyer ke simen lepa, dia kembali berdiri dengan darah dari lukanya berjejeran jatuh, babi tersebut di iringi dengan raungan raungan yang amat menyayat menghadap benar benar ke arah maznah, maznah yang berdiri di antara hanger hanger dan meja melapah benar benar ketakutan, jeritan jeritan babi yang sedang dicucuk bercampur dengan jeritan jeritan babi di conveyer dan laungan laungan babi di dalam air panas mengelegak menghasilkan pesta onar babi yang kesakitan, maznah kehilangan punca, maznah melompat dan berlari sekuat hatinya melanggar sekelian babi yang tergantung dan babi babi yang sedang di lapah, akhirnya maznah merasakan neraka babi itu bagai berpusing pusing, dia rebah.
Anekdot 3,
Lila dan syana melihat ribuan audien di depannya. Ribuan audien itu di lihatnya bagai gelombang . dengan penuh keinginan yang menyala, mereka terus menerus mengasak ke tepi pentas hingga pembesar suara yang begitu besar dan lampu pentas yang beratus jumlahnya bergegar. Mereka menjerit dan mengangkat tangan, ombak dari lambaian tangan mereka bagai ombak musim tengkujuh di kuala merang. Lampu lampu yang besar terus di arahkan kepada mereka berdua, para jurukamera bagai di sampuk penunggu berasak asak mahu merakamkan gambar lila dan syana, helicopter diudara berlegar legar sambil dengan pembesar suara memberi arahan bagaimana untuk mengisi borang proposal. Sepuluh kontena borang proposal telah habis. Jam 1245 malam semua operator kilang pencetak borang dipanggil semula untuk bekerja mencetak borang, mana yang baru berkahwin tidak dikecualikan.
Tentera di panggil juga akhirnya untuk mengawal keadaan, seulas kata kata dari mulut syana, beratus menandatangai borang proposal, seulas kata kata terlontar dari bibir lila, beribu audien menandatangai borang proposal dan akhirnya polis rusuhan pun sampai, ada duapuluh lapan trak anggota siap siaga. Ketika jam 0300 pagi keadaan benar benar di luar kawalan, audien yang mencapai ratusan ribu itu terus melaungkan “ we want form, we want form, we want form”.
Hanya kira kira jam 6:15 pagi, alarm dari talipon bimbit lila berdering. Lila terjaga dan segera melihat ke cermin solek di hadapan katilnya, wahh…dasyatnya mimpi.
Di warung hj boi, ketika lila dan syana mengambil breakfast pagi itu, syana bersuara perlahan,” you know lila, how great my dream last night?”
Lila memandang muka syana tepat tepat.
kalau aku duduk di atas dahan tualang yang paling tinggi, yang aku lihat terpamir dan angkuh berselirat ialah lebuhraya dan segala bentuk kereta yang pelik pelik hari demi hari. setiap tahun jumlah kereta dan lori lori kian bertambah, tercerna dari enjinnya asap yang tertinggal di pohon pohon. itu dulu, kalau sebelum itu jika aku bertenggek di tempat yang sama, melolohkan daging merbah atau tikus hutan ke dalam mulut comel anakku, yang terpamir ialah hutan memanjang di selang seli paya, sungai dan bukit bukit yang juga hutan hujan. tapi, semenjak setahun ini, jika bertenggek di dahan tualang yang sama ini, aku berasa amat ngeri, hutan yang dahulunya tak kelihatan sempadan kini hanya wajah tanah yang kuning, disekeliling hutan setompok bagai bulu ari ari ini warna alam telah bertukar dari hijau selembut baldu di taman firdausi barangkali menjadi seperti gurun kalahari atau lebih teruk. lihatlah jentolak jentolak yang rakus, tidak peduli, tidak bersedih, tidak menangisi apa apa kehilangan dengan gelojoh seperti jonggos lapar meredah, mencungkil, menarah, merata hingga ratapan para cikah, para tapir, para tupai dan para serangga tidak lansung di endahkannya kerana di muncung jentolaknya hanya gambar wang menar nari, aduhh, wang, wang, wang, ya wang. Para towkey yang buncit yang dapat hak tanah, para towkey yang buncit yang dapat hak buat rumah, para penguasa buncit yang sangat peramah semuanya berkalbukan duit, bermindakan duit, duit, duit duit, duit.
yang bersedih dan pilu hanya aku yang bertenggek di dahan tualang yang juga entah sampai bila kan berdiri ini. turut berkabung ialah jiranku cikah, tapir, tupai dan para serangga.
para burung,para tapir,para tupai, para serangga, para penguasa... kita sama saja. perlu hidup, perlu kongsi alam ini, perlu peka, perlu cinta, perlu kasih, perlu tahu hutan tak dapat kembali semula ke sisi dalam semalam. sekali ia musnah ia kan tinggal sejarah. anak anak cucu perlu sejuknya, mahu melihat embun di dedaun, merasa jernih sungainya, melihat haruan berkawan, mana mempaga, mana tualang, mana leban, mana keruing, mana meranti, manakah balau?
manakah tuan, manakah peri kasihmu? kau hanyut di sorga uwang, kau hilang di belai keduniaan, mana peka mu? kau ria dengan mahligai, kau ceria dengan kereta galakmu, tetapi tapir mati di lebuhraya, cikah merompak dapur dan tiba tiba hujan jatuh tiada tadahan, lalu banjir dan para setinggan tengelam di paya paya sedang kau berpoya dan bersongkok di rumah terbuka di hotel bingit berjuang atas nama bangsa dan negara tetapi cuma kau mengatur janji seperti mengatur uwang untuk berkuasa sepenggal lagi.
keliling hanya onar terukir, janji menjauh kemudian tawa bersahutan penuh mungkir.
sekian waktunya mataku terpejam bagai tak mahu di buka lansung. aku terlena ketika alunan petikkan gitar seulas seulas berdenting dan dentingnya beralun bagai gelombang halus berjajaran ke dalam mindaku. ketika aku meletakkan tanganku yang turut lena, kakiku yang turut lena dan yang bergelombang cuma dadaku dan mindaku ketika telingaku setia menangkap denting yang seulas seulas yang tidak pernah engkar. dari gelombang yang pada mulanya begitu halus berlegar dan bercambah di dalam salur dan saraf otakku tiba tiba denting itu menjadi gelungan gelungan yang berputar seperti saja terowong air yang gelap dan yang ada cuma riuh riuh derai buih yang kemudian tiba tiba saja menjadi ribut.
ke kiri dan ke kanan begitu perlahan kapal ini terasa menerjah relung arus dan sesekali bergegar ketika ada puing puing gelora tersasar dari alun normanya. Gendang The Wailers berdetak detak bagai memukul dinding di kepala katilku, kemudian detak gendang bertemu denting gitar, bob marley menari ketika rambut segugus segugusnya terhoyang berat dan matanya begitu lemah seperti juga nyala lilin dan asap yang entah kemana mahu berangkat.
kapal tetap runcing meredah gelap, meredah arus, meredah nasib ketika para kelasi lelah menghadap mimpi dan lelah bertarung untuk melupakan rindu. ketika funnel dan asap kapal yang bobrok meracau di usik angin laut terbuka, ketika dabrak enjin berjejeran menyapu sekelian sunyi dan getarnya yang melapik dek dan derik derik rantai dan oleng crane. lampu lampu turut terhoyong dan sinarnya menari ketika horizon yang jauh tidak peduli dan awan yang rendah bagai mahu mengapai pulau nan sunyi.
yang ada ketika aku termangu di tingkap kabin ialah bob marley and the wailers, lukisan ku empat ekor dolpin dan kapal yang besar, radioku yang ku beli ketika kapal di taiwan, corong aircond yang ku lapik dengan sarung tangan ( melambai lambaiku saban detik), sofa, katilku, meja tulisku, segugus laci, sejadah, lampu mejaku, dan yang lainnya hanya pusu pusu rindu di jendela, pintu kamar mandiku, siling, tingkap kabin dan dimana mana.
yang lain disini ialah jantungku, kalbuku dan otakku.
yang lain lagi ialah : nafasku.
|