home
login::signup
we::blog

DI SINI LOPPIESS

I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky,  
And all I ask is a tall ship and a star to steer her by,  
And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking,  
And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking.  
Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) 
 
 
email: 
zamlope@yahoo.com

last modified Mar 5, 2008 at 16:05


Saturday, September 17, 2005

keluar dari rutin, pulang pada alam.

Ada beberapa untaian kegirangan yang melanda sanubariku lewat kebelakangan ini. Kegirangan itu bagai tumbuh seperti cendawan yang kecil, tumbuh melata lata di selangseli bunga bunga renek yg kecil juga. Kegirangan itu bagai duduk di tengah sawah ketika kecilku. duduk di pondok, menjuntai kaki ke kolam yg penuh teratai sambil burung burung pipit uban terbang melayah bersama angin musim padi penuh isi. Kegirangan itu tumbuh dan aku amat maklum bahawa ia akan pamit sebentar saja lagi bilamana rutin yg sepatutnya bermula dan aku mula memandu ke tempat kerja.

Kegirangan yg aku maksudkan itu ialah berjaya keluar dari rutin. Keluar dari rutin dan pergi bertemu alam atau juga keluar dari rutin dan melupakan rutin itu. Bertemu alam bermaksud, menikmatinya, berkawan dengannya, berkasih dengannya sambil tak usai usai bersyukur dan tergamam dengan kehebatan kejadian Tuhan itu.

Demikianlah pada satu hari lewat beberapa hari lalu aku pergi jauh dari lap top ku, jauh dari meeting pukul sepuluh setengah. Jauh dari dering talipon, jauh dari federal highway, jauh dari kelibut gagak, jauh dari pengurus kanan ku dan jauh dari rutin ku.

Kami mendaki Gunung Kinabalu.

Setelah kami puas berendam bersama ikan di Pulau Manukan.

Aku melihat Kundasang dari puncak.

Aku berjalan di atas awan lewat Laban Rata.

Aku memang benar benar menulis puisi di atas awan di Gunting Lagadan.

Aku berkawan dengan tupai di pondok kecil Timpohon ( bilamana tupai makan di atas tangan ku )

Hutan, angin, jeram, kabus, hujan dan pohon berlumut beratus tahun.

Maha Suci Allah.

Pulanglah,
pulang pada alam.

lope.

147483 | posted by loppiess at 20:29 | 6 comments

Sunday, September 11, 2005

TV bercakap, YB melompat.

Kampung Paya Payau ( KPP) kini sudah terang benderang. Nyalaan lampu jalan, lampu bulat dan lampu kalimantang bersahut sahutan kelihatan dari jauh, nikmat merdeka kali ini memang amat di rasai. Budin Badigol ( BB ), Kak Jamiah Janda ( KJJ ) dan Yon Otai dah pasang lampu lip lap di varendah tangga. Lampu lip lap mereka berlip-lap sehingga azan subuh, musang yang mengintai ayam selama ini di reban mereka telah lari hampir sepuluh kilometer masuk hutan kerana mengangap lampu lip lap tersebut adalah mata sepuluh ekor harimau.

KPP telah bercahaya dengan tersambungnya bekalan elektrik kepada lebih kurang tigapuluh enam rumah termasuk rumah KJJ. Satu lagi projek parti cap timbang setelah di satu pagi segerombol orang talivisen masuk kampung menemuramah BB dan KJJ yang berapi-api bersunggut tidak puas hati kerana tiadanya bekalan elektrik setelah berpuluh tahun merdeka. Malam itu lewat berita jam lapan, maka keluarlah muka BB dan KJJ di kaca TV seluruh negara.

YB Laha Bin Bau terkejut tak terhingga hingga curutnya terpelanting dan singgah ke sanggul tinggi rambut isterinya. "Itu KPP aku punya jajahan.!!!".

Besoknya pagi pagi lagi YB dan terpacul di depan pejabat Jabatan api letrik, cepat tarik wayar..cepat tanam tiang..cepat sambung suis..cepat sambung kalimantang..cepat sambung lip lap.

Tiga hari selepas itu di dalam berita jam lapan di talivisen terpacul lagi muka BB dan KJJ, mereka sungguh berbesar hati, KJJ dah beli peti ais untuk buat ais krim batang utk di jual kepada budak budak yang main bola di padang. Hj Selamat mendengus mendengar kata kata KJJ lewat berita jam lapan tersebut...sebut perkara lain tak boleh ke?

Kata YB Laha bin Bau, "kita memang dah lama merancang utk menyambung bekalan api letrik ini malah telah ada dalam plan kemajuan daerah utk sebulan dua ini...blah blah blah blah blah."

Kudin, orang kanan YB yg berdiri di sebelah YB ketika kemera TV di halakan ke muka YB terhangguk hangguk seperti dia lah yang faham benar letak perkara yang di perkatakan YB. Apa yg dia faham sangat ialah YB ni kalau tidur, dengkurnya mengalahkan bunyi dinosour meraung di hutan yg paku pakisnya sebesar keretapi.

demikianlah secebis kisah hidup di KPP.

147103 | posted by loppiess at 7:22 | 2 comments

Saturday, September 3, 2005

Katrina

Duhai,
Tidak hadir walau sebutir bullet
Dari dalam jubah Al Qaeda
Untuk amerika, Dia menghulur Katrina

Kerana barangkali janji
Atau atas doa.

Loppiess.
Rejab 1426 H

146790 | posted by loppiess at 19:34 | 7 comments