|
DI SINI LOPPIESS
I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky, And all I ask is a tall ship and a star to steer her by, And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking, And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking. Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) email: zamlope@yahoo.com
last modified Mar 5, 2008 at 16:05
Suria pagi ini bangun seperti pagi pagi yang lalu. Hujung atas KLCC nampak sayup sayup dari hujung gerai Mak Som. Kilau balik matahari di dinding KLCC terpancar semula ke deretan atap rumah setinggan Kampung Indah.
Busu Manap dengan tekun seperti rutin membelek suratkhabar berita pagi selasa itu dengan mulut kumat kamit mengunyah karipap juga sambil membaca.
SBB terima 6.7 billion dari BCHB.
Kepala Busu Manap tegak semula. Beliau membayangkan banyak manakah wang 6.7 billion itu. Matanya tidak berkelip melihat Mak Som.
Dia bingkas bangun. Jam sudah 7:48 pagi. Dia harus cepat. Jika tidak Kulub Hussien yang menjaga mesin akan balik awal.
"Mak Som, tulis dulu".
Mak Som menggeleng. Semenjak minyak naik tiga kupang ini makin ramai orang orang Kampung Indah minta tulis dulu selepas sarapan, bayar time gaji.
Zaid menelefonku untuk bertemu di B Times Square. Ketika motokarku melepasi pondok tol Batu Tiga, tengahari sangat pijar hingga lenganku bagai di pagut semut api terkena sentuhan matahari itu.
Aku akhirnya membelok ke Station LRT Asia Jaya. Parkir. Membeli tiket secara manual ( vending machine kaput ). Menunggu hanya 30 saat kemudian aku bergerak ke Station Dang Wangi. Di dalam LRT yang tidak berderebar ini, di cermin salah satu set bangku maksudku, tertampal notis kerusi ini hanya untuk perempuan mengandung, orang tua , kurang upaya, etc tetapi amoi yang memakai seluar yang cawatnya hanya dua inci, pemuda melayu berambut perang dan lelaki India yang berkemeja lengan panjang ( penjual insuran, mungkin) santai santai aje duduk, berdiri berhampiran adalah seorang apek yang mengepit suratkhabar berbahasa cina dan di sebelahnya nyonya tua menjinjing bag 'adidos'.
Tidak lama kemudian suara dari siling LRT bergema untuk mengatakan station berikutnya - Dang Wangi. Keluar dari Sation, matahari yang pijar menyambutku semula. Aku kemudian berjalan di lereng Lebuh Ampang ( walkwaynya sungguh menarik kerana jika berjalan dari Stn Dang Wangi menuju ke Stn Monorel Bkt Nenas, di sebelah kanan kita di hidangkan hutan rimba yang dengar ceritanya berusia ratusan tahun).
Bergegas di Stn Monorel Bkt Nenas, membeli tiket ke B.Times Square dan menunggu di platform. Selepas sepuluh minit terdengar dari corong speaker di platform membuat pengumuman "sistem mengalami kerosakan teknikal, tren di jangka mengalami kelewatan selama 15 minutes". Aku memohon untuk tuan2 membayangkan, jam ketika itu lima minute selepas masuk zohor, matahari sangat pijar, platform monorel hanya beratapkan canopy putih, terbuka dan tiada kipas pendingin. Canopy itu entah dari material apa hingga pijar panas matahari membuatkan segerombolan pelancung kulit putih bermandi peluh. Selepas 10 minute dari pengumuman pertama, pengumumam kedua pula "....anda boleh refund tiket jika membatalkan perjalanan anda". Maka berpusu pusulah orang di kaunter tiket. Hanya seorang perempuan muda yang cantik berbangsa india bertugas di kaunter pemulangan tiket.
Akhirnya kami berpusu pusu pula menunggu teksi di bawah station Bkt Nenas untuk ke arah Bkt Bintang, etc. Teksi hanya lalu sebuah sebuah..ohh. Zaid menelefonku "kat mana bro?".
Kerana teksi yang datang amat berkurangan aku akhirnya berborak dengan seorang bule dari England, tentunya aku cadangkan kami berkongsi teksi ke B.T.Square. OK. Frank dari Liverpool berkata padaku "adakah selalu monorel ini begini?". Aku "ini kes yg sangat terpencil". Frank "oo..".
Akhirnya teksi utk giliran kami sampai. Aku duduk di sebelah pemandu dan Frank di belakang. Pemandu Teksi tidak mengerakan keretanya lagi, aku tanya kenapa. "sana jalan jem nii..", "tapi u kena hantar..". "Kalau encik nak pergi jugak, RM 20 boleh? ". Aku "pakai meter lah". "meter rosak". "Biasa pakai meter saya jangka dalam RM 6-7 saja". "Jalan jem encik". Aku "mana boleh cakap camtu". "encik nak report..reportlah".
Frank di belakang hanya terkebil kebil, tak fahe! Pijar sekarang berada di mana mana. Di jalanraya. Di atas pokok. Di atas monorel dan di dalam dadaku!.
Akhirnya aku menganguk kepada drebar teksi. Sampai di BTSquare, Frank cepat cepat menghulurkan note RM50, kemudian mengambil bakinya RM30. Ketika kami beriringan ke masuk Ke BTS aku menghulurkan RM10 ke Frank. Frank menolak tetapi bertanya kepadakku "adakah masaalah teksi seperti ini juga kes kes terpencil?". Aku kemudian mengangguk sambil berkata "mungkin", kerana ku katakan kepada Frank juga yang aku amat jarang menaiki teksi. Frank menganguk dan selepas kami berjabat dia hilang dalam kelibut pelalu lalang.
Ketika aku sampai Zaid menegurku, "bro, lewat?". Maaf Zaid, aku baru mudik dengan sampan dari Mulu. Zahid tak faham..tercengang-cengang.
|