|
DI SINI LOPPIESS
I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky, And all I ask is a tall ship and a star to steer her by, And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking, And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking. Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) email: zamlope@yahoo.com
last modified Mar 5, 2008 at 16:05
Aku terlalu hiba siang ini bila sahaja menerima sms yang tertulis " Rustam A Sani telah meninggalkan kita". Bagaimana untuk dikatakan atau tiada ayat yang mampu mengambarkan untuk menceritakan bentuk kehilangan yang kita alami dengan pemergian Allahyarham Rustam.
Beliau seorang pemikir yang mengalirkan pemikirannya itu ke kalam dalam bentuk yang paling anggun.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham semuga ruh beliau ditempatkan ditempat orang orang terdahulu yang diberi hidayah oleh-Nya. Al Fatihah....
Puisi beliau yang diambil dari blognya :
The Monotonous Plain
Tulips in a festival of colours shyly swaying in the breeze that turned the sails of the windmill struggling to hide its own face
Everything seems powerless to prevail over this boredom on yet another inch of level ground to traverse
Here the inhabitants have dammed the sea in order to become man for nature has failed to offer mountains for him wrestle with.
Amsterdam, 1974.
Seperti lazimnya kini aku kembali kepada rutin. Pagi di sudut Tremelbye ini lazimnya juga akan digerakkan oleh suara suara memuji Ilahi dari beberapa penjuru, azan itu datang dari Masjid Sultan Sulaiman, dari Surau Sri Sedeli, dari Masjid Tremelbye sendiri dan ada juga datang dari Surau Abu Bakar. Sayup sayup juga jika kita meneliti dengan tenang, azan di Masjid Tok Dagang juga mampu ditangkap oleh cuping telinga. Suara suara azan itu terjelma sayup sayup, bergilir gilir dan penuh ketenangan. Pagi yang dingin dalam kaburnya yang berbinar itu akan segera bangun, bas bas sekolah mula menjalar keserata lorong, lampu lampu di rumah rumah sepanjang Jalan Lengkungan ini akan mula terpasang, sebelum terang jatuh kebibir bukit dan fajar riuh di ufuk, burung burung mula berkicauan, maka satu lagi hari kita mulai dengan rutin yang menunggu dan nafas yang Tuhan pinjamkan ini masih bertamu.
Terima kasih kepada Tuhan kerana tanpa berkira tetap meminjamkan udara untuk kita sedut. Bukan sahaja udara malah alam ini yang penuh dengan jutaan misterinya. Bukan sahaja alam yang mempunyai jutaan misteri ini malah memberikan kita upaya, memberikan kita nyawa, memberikan kita rambu ramba otak yang urat sarafnya berkelibut, berbelit namun tetap jua kita dapat berfikir dan membuat beberapa keputusan yang memandu kita di dalam dunia ini yang serba serbinya misteri juga. Begitulah.
Diantara rutin yang lain ialah kita membaca beberapa berita di dalam media media yang banyak. Politik semenjak dua ini menjadi begitu hangat. Ya...semenjak usainya taufan berbagai pula yang terjadi, itu kita sebut sebagai politik dimensi baru.
Sehari dua yang lalu aku ketemu surat Bunga Rampaiku. Maaflah kerana begitu lewat ketemu namun surat itu mampu menumbuhkan bunga bunga di dalam dadaku. Kepada Bunga, aku kini adalah penyelam scuba berlesen, nantinya akan ku tulis kepadamu untuk kuceritakan bagaimana indahnya dinding karang di dasar Sipadan, tentang malam dan bulan yang bayangnya jatuh di jetty rumah air Pulau Mabul, tentang bagaimana lutsinarnya dasar Pulau Kapalai. Tentang Bajau dan etnik Suluk juga tentang baracudda dan liuk gemalainya memidai dinding laut. Aku akan menulisnya nanti bagi melengkapkan syarat membalas warkah orang yang diingati.
Sampai ke galeri Rajawali Abdullah Jones juga tak kurang meriahnya. Lukisan lukisan beliau dan sahabat membawa 'value' tentang keindahan cernafikir pelukis yang terkelubung dalam alam yang mereka sendiri fikirkan dan dikongsi dengan audiennya. Aku akan menulis kepada AJ tentang hasrat ku untuk menangguhkan hajat menyertai Rajawali Gang atas sebab ketiadaan produk untuk diketengahkan.
Dunia alam tidak nyata ini menemukan aku kepada beberapa sahabat. Yang adakalanya memberi aku tawa ketika lara, yang berkongsi indah alam yang terakam, yang memberikan makna seni kepada warna yang lebih ceria, yang mengingatkan aku tentang bahasa bahasa keagungan Tuhan yang ada ketikanya aku terlalai. Mendatangi mereka kini sudah ku gubah menjadi rutin. Mereka telah menjadi sebahagian cemplong irama hidup.
Di sini, di blog ini, bukan sahaja kugarapkan kerunsinganku kepada kecacaian politik semata tapi juga ia adalah leretan monologku yang dikongsi oleh sebilangan kamu. Ia kini adalah rutin.
|