|
malam yg seterusnya
panas yang berpesta pada siang hari ini telah bersambung ketika jam dinding rumah ku menunjuk pada angka 12 pm. hari ini aku akan sedikit keluar dari mabuk seni ku bila menulis, ia akan menjadi cerita nyata yang terang dan kelihatan hodoh. Pak Ya menelefon ku pada jam 10 pg untuk proceed dgn exam FTUTM, tarikh yg terdahulu telah terbatal kerana exam general insurance jatuh pada hari yg sama dan jam yang sama. perkenalan kami telah menjangkau 3 bulan, pun aku masih gagal mentafsir Pak Ya ini kerana dirinya tersembunyi dari gerakkan2 yg akan memberi ruang kepada manusia lain untuk membuat tanggappan. Pak Ya dan isterinya merupakan champion sales utk 2003. Dahinya ada lebam tikar sejadah. Dia menulis dgn tangan kanannya dimana sikunya akan terangkat tinggi ketika dia menulis, dia seorang yang perlahan dan barangkali ( aku menyatakan barangkali ) dia seorang lelaki yg punya cerita masa lalu yang pelbagai, dia menuturkan kata kata dgn perlahan, jelas dan yg perlu saja. ketika aku menulis ini, orang orang dirumah ku telah pun jauh dibuai alam tidurnya. malam yang letih barangkali kerana siang mereka penuh duty yg tak pernah selesai. Selagi nafas masih bertamu memang kerja tidak pernah akan selesai, cuma aku berharap kepada diri aku sendiri dan kepada seisi rumahku, kepada juga orang2 diluar sana agar dalam gegas hidup, jgn lupa solat 5 waktu kerana ketika solat itu kita berkomunikasi dgn Allah, ia penyataan penuh pasrah dimana panas akan ketepi seperti pantai yang kembali surut setelah direjam ombak ketika air pasang bermula. selamat malam kepada malam ini, moga malam yg gelap bukan manifestasi kepada warna hidupku.
last modified Feb 19, 2004 at 8:47
|