|
malam yang seterusnya ( masa terus datang dan pamit )
kami baru sahaja selesai meeting pada pukul 11:30 mlm. ia berkisar tentang bagaimana mahu keluar dari esak dan gundah. banglo hj telah benar benar kelam dan salakan anjing dari rumah jiran2 chinanya bagai cerita hantu baru bermula. seusai meeting kami dihidangkan mee hon dan nasi himpit oleh hajjah. yang hadir: Azmi, sigemok dari pulau, berkelulusan finance dari liverpool, seorang yang lepas bebas, proaktif dan konservatif, tidak hipokrit samasekali, tetapi semenjak dia memilih utk mengambil VSS, kerjanya hanya menjaga anak dan isterinya bertugas sebagai guru. Rosli dari kapar, berkelulusan sarjana sains dari universiti utah, tinggi dan rambutnya keriting, janggutnya nipis dan misainya kelihatan agak keras. johari dari telok, berkelulusan USM dan amat terpengaruh dengan teori robert kiyosaki. haniff, berkelulusan dalam bio entah dari universiti mana, karkun dan sebagaimana karkun, beliau seorang peramah, merendah diri dan aku bercadang utk bersamanya ke sri petaling pada malam minggu satu masa nanti. polis, aku hanya tahu kerjanya tapi tidak tahu jawatan apa, dia kelihatan polis yang peramah, bukan seperti rahim noor, orang yang membelasah sdr anwar. rasdi, janggutnya juga seperti karkun, aku masih tak kenal. uztaz, tak kenal, yg aku tahu dia bekerja swasta dan malam malam punya puluhan murid mengaji al-quran. kawan si uztaz, tak kenal samasekali. lain lain adalah hj dan hajjah dan dua anak dara haji. ketika aku menulis ini haribulan telah pun bertukar, esok jam 12 tgh aku akan menghadiri exam di methodist boys school sentul, kl dan aku masih tak study. malam terus merangkak, kesepian malam sungguh menjadikan aku kembali pada diri ku, selamat malam, selepas solat nanti aku akan tidur, ya Allah, jadiakan diri ku sebagai sebahagian umatMu
last modified Feb 20, 2004 at 9:03
|