|
kisah semalam
aku sangat penat malam tadi, selepas insyak mata kemudian tak ingin bertolakansur lagi. semalam sebenarnya adalah hari yang mungkin sangat penuh dan menghasilkan letih bertalu talu. aku sampai ke jalan kovil ulu pada pukul 12:30 tgh. aku meletakan kereta ku berhampiran pagar dan sebatang pohon rendang. makan char kuew tiaw dan tea o ais, ketika jam 0130 aku bergegas ke sek la salle, suraunya dikunci kerana bukan hari persekolahan. bangunan methodist boys school kelihatan sangat uzur, mungkin pertelingkahan jawatankuasa pengurusan sekolah dgn kementerian menghasil bangunan yg muram dan seolah tidak dipedulikan. tetapi suraunya besar dan selesa. aku sembvahyang zohor dua kali kerana sembahyang yg pertama tersalah kiblat. aku pun sembahyang kali kedua kerana kebetulan jam baru 2 ptg, ada setengah jam lagi utk ke dewan peperiksaan. setelah menjawap semua kertas peperiksaan, insyaAllah lulus. aku sampai semula kerumah pada 0515 ptg dan di sepanjang federal highway hujan jatuh bertalu talu bagai sebulan tak turun, niat utk berjogging petang ini ditangguhkan. malam ada konsert ella di TV, seisi rumah agak berminat tetapi aku telah melunjurkan kaki untuk tidurku yang entah ke berapa juta kali. selamat malam kepada dunia, semuga Allah menjauhkan aku dari ujian yg besar besar yg mana mungkin aku tidak berapa terdaya memikulnya.
last modified Feb 22, 2004 at 7:19
|