home
login::signup
we::blog

jogging

setelah lima petang aku tidak berjogging akhirnya niat ku tercapai petang tadi. kembali semula ke denai bukit hutan taman rakyat, dari jln lingkungan sri sedeli kemudian membelok ke tebing dan berlari hingga ke kandang kuda MPK. mendaki bukit yang panjang dan melepas lelah di atas peak dan dari sana kita akan nampak masjid rahimiah yang cantik dan tanah perkuburan yg berbaris baris panjang. itulah bukit yg tertinggi, kalau cuaca baik kita juga akan nampak crane crane yg tegak berpacakkan nun jauh di pelabuhan barat di pulau indah sana. berlari di lereng bukit, bersambung semula kedenai hutan berikutnya dan keluar ke taman dan padang serta kolam yang luas disebelah balai bomba. pumping 20 kali dan balik, ketika aku menulis ini, kaki ku gatal gatal kerana nyamuk yang lapar didalam gelap dibawah meja komputer ku. 
 
puisi buat beberapa ekor nyamuk 
 
duhai nyamuk, 
kaki ku yang terhidang adakah, 
buat lerai laparmu 
kerana aku tidak pernah rela 
walaupun jika itu adalah pahala, 
 
mahu kita menyala siang dan malam 
kerana nafsu kita bernyawa siang dan malam. 
demikianlah bisikkan yang tak lepas lepas. 
 
loppiess, kelana jaya.

last modified Feb 22, 2004 at 7:31



[ add a comment ]