|
duduk di pinggir taman
duduk disini adalah duduk untuk menemani mataku dan mindaku berkawan kawan dengan ketenangan dan hijau bunga bunga, berkawan dengan angin yang longlai dan daun daun yang gugur dari pohon pohon yang rendang yang berbaris baris dilereng bukit yang berliku-liku ini. udara yang dingin masuk tanpa silu ke hela nafasku, menerawang kejuring jantungku dan keluar semula dan naik kekolong langit sebelum berhimpun untuk menjadi awan nan gelap buat diturunkan semula menjadi hujan yg rintik rintik barangkali atau menjadi hujan yang riuh dan ribut yang terlerai. duduk di pinggir taman adalah duduk kaki ku yang kubiarkan sahaja lepas bebas seperti tangan ku yang tak ku pedulikan seperti telinggaku yang mendengar lirih angin seperti mulutku yang melepaskan sendi sendi dibibirku. bercanda dengan fikiran yang menerawang dan jangan pedulikan keluh kesah jika ada kerana duduk disini adalah duduk santai yang kau tak ketemui selalu. duduklah disini dan biarkan waktu berjalan kerana sesekali kau harus duduk sebentar dan kembali kepada diri untuk mulakan semula mentafsir hidup yang penuh keajaiban ini hasil dari ciptaan Allah yang mengalirkan udara saban saat utk kita bernafas dan itu tidak pernah disebut. duduklah disini melepaskan lelah yang berpaut pada seribu duri yang mengekori atau mimpi mimpi silam yang hitam yang tak sempat kau fikirkan bila engkau tidak ada disini kerana deru hidup yang laju selalunya tidak membenarkan engkau berwenang wenang duduk disini untuk mentafsir. aku selalu duduk disini kerana sebentar disini adalah setahun rehat dari gawat minda.
last modified Feb 23, 2004 at 9:11
TQ utk tulisan yg iklas
hari minggu lepas aku ke Tasik Titiwangsa buat kali pertama..Orang Komputer nak cuba bersenam dan beriadah..sudahnya sampai separuh tasik tu dah semput mengundang..
Tenang suasana tasik dengan hijau suasana yang begitu menghiburkan..Tiada rusuh kerja yang perlu diambilkira..riang tanpa kacau kehiduapan buat seketika.. sayang tiada buku untuk dibawa meneman tenang perjalanan...
pasti akan mahu mengulang semua indah kenangan di taman penuh keriangan...
|