|
aku, kota dan LRT
sabannya bila harus berulangalik atau semborono berjalan dibawah naung kota aku lebih santai jika mengunakan LRT. kerana jam akan menjadi tepat bilamana tiada lampu isyarat membataskan perjalanan, tiada lampu merah yang bisa mengalirkan amarah, tiada muda mudi bermotosikal yang mahu menjadi superman, tiada juga asap yang berhimpun segala racun buat menghitamkan paru paru. tetapi yang tidak wajarnya ialah muda mudi di dalam LRT. lagaknya ada ketika bagai benar benar mahu bersetubuh disitu juga jika boleh. Di dalam keretapi ringan ibukota disini barangkali zon berkucup atau melampias ingin yang terbakar si tua hanya patung buruk yang tiada segan tiada kesan dari stesyen ke stesyen atau diatas platform dibawah tangga barangkali di ruang lif atau escalator di mesin tiket atau dikolong jejantas tidak peduli aku kota dan LRT hidup sebagai angin dan pohon akar kemudian sungai dan matahari adalah nafas masa yg tergesa gesa didalam keretapi ringan ibukota aku menjadi manusia walang tertinggal zamannya loppiess. kuala lumpur.
last modified Feb 25, 2004 at 8:33
|