|
mekong - petronas gallery KLCC
sebenarnya begitu lama aku tidak dapat bercanda dengan lukisan lukisan water colour, tidak dapat berheboh dengan untai warnanya, tidak dapat menari dengan ombak awan bertaburan dan tidak dapat menyelam kedalam sungai sungainya yang mengalir dicelah batu batu atau di jeti para nelayannya yang lelah di hunjam gurau laut. telah lama bermaksud telah sekian waktunya semenjak aku bersenggama dgn karya karya abd ghani ahmad di balai NST bangsar lewat setahun dulu barangkali. ketika ketemu mekong bila aku terdetik pada lewat satu tengahari yang pijar aku kembali berada dalam roh para lukisan yang membawaku kembali membuka hijab tirai rindu pada warna warna, brush brush ku yg tersimpan elok di kabinet dapur, pada papan nya, pada colour colour ku, pada landscape alam buana yang menarik narik ku seraya berkata "ayuhlah loppiess, tarikan semula getar rasa mabuk seni mu, jangan kau asyik berpuisi kerana warna warna itu meraung raung setiap saat minta kau terjemahkan ia menjadi sawah, menjadi sungai, menjadi perahu, menjadi danau atau menjadi awan". mekong wahh lelah air mu gadis gadis melepas celana ketika gurau petang nan rambang jatuhlah rembulan ke muka mu lembut riak ketika burung mandi perahu perahu mudik membawa mahu kepada hari kehidupan berpusing setiap pamit malam. mekong, lelah air mu membawa derita biar semua payah beransur pergi walau gembira hanya cebis mimpi tidak apa kerana cinta datang berpaut di sisi. loppiess.kelana jaya.
last modified Feb 26, 2004 at 21:45
aku akan mula melukis
seharusnya, kau teruskan melukis kerana itu anugerah tuhan buat kau supaya lukisan kau itu dapat dinikmati oleh org2 yang tak pandai melukis seperti aku, satu2nya keinginan aku yang sangat mustahil...
|