|
desas pemilu
mahu atau tidak mahu musim pemilu akan datang semula dalam masa yang begitu singkat bermula beberapa hari lalu. kalau kau tak mahu, ia datang juga dan kalau kau nantikan, ia datang juga. ia tentu dinantikan oleh para pencacai atau si tukang yang dicacai. ia di nantikan oleh pengembala kebenaran barangkali atau di nantikan oleh orang orang punya agenda untuk mencapai awan kalau bukan langit. kebobrokkannya adalah lebih dari kebaikkannya. ia membenamkan keris sengketa untuk si bodoh yang kuat melatah. ada juga si bijak yang berupa kancil yang comel tetapi dia adalah serigala yang bertaring seratus. si tukang mimpi menganyam mimpinya untuk menjadi tikar terbang buat mencapai gunung tinggi. si hamba kebenaran tersepit berduka kerana suara telah di bisukan lewat pintu pintu media yang terkatup rapat. menangislah kau hatta mengalir air mata berwarna merah tidak akan dipedulikan sesiapa kerana si peniaga itu dacingnya adalah dacing tipu. mari mengundi marilah mengundi abang abang kakak kakak pangkah dan masukkan ke tong yang hak yang kau pangkah adalah maruah kau memangkah memangku amanah pangkahlah bila kau berfikir karana ini ibadah untuk tanahair jangan kau tergoda pada ayat si mungkir musim pemilu hanya waktu ia mampir mari mengundi untuk tanah ibupertiwi cantas si gomblok yang menyanyi lagu polos anak anak yang kecil menanti matahari pagi yang membuatkan mereka lorong untuk berlari pangkah jangan tak pangkah menangkan kebenaran bunuh kebatilan diakhirat mungkin akan ada pertanyaan salah benar siapa yang kau naikkan. loppiess. kelana jaya
last modified Feb 27, 2004 at 18:53
|