|
semalam riuh dengan hujan yg turun
beberapa berita pembubaran parlimen ezam dan azmin tak boleh bertanding mak dan abahku akan ke Mekah utk umrah parlimen telah di bubarkan, parti parti diberi lapan hari untuk berkempen dengan jentera kempen yg lemah dan tiada media yg kuat, masa berkempen yg sekejap adalah cubaan kerajaan membunuh pembangkang dgn kaedah mudah. ezam adalah cerita yang lebih mudah. kau ceritakan kebobbrokkan si lanun yang merompak segala kapal jika ada peluang tetapi rompakkan itu adalah rahsia. kerana kau cuba membuka rahsia perompak kau harus duduk di penjara. sedangkan perompak santai santai aja hidup dalam syurga duniawinya. ha ha ha ha pelik aku. dan azmin kau pula hilang kerusi, kau ceritakan sesuatu dalam mahkamah tentang sesuatu yang benar untuk menolong si anwar yang merintih sakit itu lalu kau di tuduh sebagai saksi yang berbohong, kena..!! ha ha ha ha ha pelik aku. mudah sangat rupanya perhitungan yang berlaku. si irene fernandes juga satu, tahanan tahanan yang daif kau ceritakan pada dunia luar, derita mereka kau bawa dan tayang di kolong langit, itu tidak boleh rupanya dan kau kena, ha ha ha ha ha, hukuman apakah ini semua? mak dan abah akan ke umrah, doakan saya supaya menjadi manusia yang wajar.
last modified Mar 6, 2004 at 22:52
Kawan, warna apakah kamu?.. hijau daun pisang atau biru awan..? atau biru tua kegemaraan Uwanku. Jangan sesekali kau hina warna kegemaraan ku... tapi ustaz ku bilang warna merah warna baju si ahli neraka.. issk.. lebih baik ku pilih warna putih saja, kerna warna itu yg bisa menemaniku takala aku mengadap yg lebih maha berkuasa terbilang dan gemilang di langit dan bumi.
terima kasih kepada hanya sayang dan siti, saya dah ke web hanya sayang, sungguh indah sekali. datanglah ke SINI LOPPIESS, saya akan berkongsi dengan hanya sayang hari hari saya dan kemudian ianya menjadi sebahagian pemikiran saya. dan kamu harus merasainya.
siti, saya baru saja menulis puisi untuk Ruslan, kemudian ia belum habis.
Perjuangan ( buat Lan dan kawan kawan )
perjuangan bukan mudah Lan, bukan cuba cuba bukan main main bukan uji, try, test bukan enak bukan sebentar cuma bukan ia percuma
engkau membayar dengan darah dengan payah dengan pahit jadam dengan duka dengan rintih pedih dengan esak tangis dengan gelap panjang dengan jerit pekik dengan lapar dahaga dengan aspal penuh duri kau berjalan
tiada uwang Lan tiada kemewahan yang ada cuma derita
tiada janji Lan tiada puji yang ada cuma mimpi
tiada bintang Lan tiada bulan yang ada cuma resah
tiada gula Lan tiada kelazatan yang ada cuma dendam
tiada enak Lan tiada riang yang ada hanya kejap hati
lalu bagaimana Lan untuk berjuang kerana mahu dan nafsu berlumba di pacu
Lan, perjuangan hanya ingin yang menyala kerana maruah berada di atas petala.
loppiess.kelana jaya
bagaimana pula dgn mereka yg meludah justeru menjilatnya kembali. apa yg boleh dilakukan dgn orang2 sebegini. Ruslan Kassim bolehkah dia menjawab?
Assalammu'alaikum loppiess,
Kali pertama ke sini. Khatam HS baca segala isi. HS tanya diri sendiri. Kenapa baru sekarang ku temui ruang ini. 
HS suka baca puisi loppiess. Teruskan menulis...dan teruskan juga melukis. Insya Allah HS akan datang lagi melepas lelah di ruang weblog loppiess.
HanyaSayang
|