|
terowong data yang kejam
aku mengatakan terowong data itu sangat kejam kerana sekian lamanya komputerku mendail untuk mencapai talian tetapi gagal. Gila apa orang orang hingga bergayut di terowong data terlalu lama hingga nyamuk dibawah meja komputer ku kenyang kerana menanti giliranku untuk terjun ke laluan data data yang berbondong bondong menjungkirbalikkan lorong, bersepah, berterabur sehingga kucil kucil bertabrakkan, tidak peduli..! menunggu untuk berpeluang masuk ke juring data bagai menunggu surat kekasih, tidak sabar, gelojoh dan pasrah. menunggu untuk turut serta berguling di terowong data bagai menunggu senyum kekasih yang merajuk, penuh penantian, penuh harap dan penuh ingin. ini semua kerana pemilu yang akan sampai lewat seminggu dua ini. sampainya musim penipuan dan gelojoh sang pemimpin ingin kedudukkan bukan ingin membantu orang orang kecil yang bersepah disana sini. ohh Tuhan, kenapa aku begini bebas lepas menulis hingga kadang kadang aku berada di luar pagar yang Kau pacakkan tiangnya buat tahu sempadan.
last modified Mar 11, 2004 at 7:29
|