home
login::signup
we::blog

bisik untuk anak sebelum masuk tidur

( buat ayah ayah yang mogok lapar ) 
 
anak, mama tidak tahu apa dosa ayahmu 
pada satu lewat malam ada orang orang yang datang 
mereka merampas ayahmu dari mama dan dari kamu juga 
kata mereka ayah berbuat dosa maha besar hingga 
sampai kini ayah hanya menghantar air mata 
buat kamu anak dan buat mama dan buat adikmu 
yang semakin kurus merindu. 
 
kalau benar ada dosa di dada ayah 
ayuh katakan dan buktikan 
kalau benar ada dosa di kerikil juang ayah 
ayuh katakan dan bicarakan 
kalau benar ada dosa di betis langkah ayah 
ayuh katakan dan tunjukkan 
 
anakku, ayah wujud terang di kalbu mama 
ayah insan besar bergayut di sukma mama 
ayah kuat dan tega bergentayangan disetiap hari mama 
 
anakku, mereka punya kuasa di tangan 
kita punya Tuhan untuk di gantung segala harapan. 
 
loppiess. kelana jaya.

last modified Mar 11, 2004 at 8:19



[ add a comment ]

..maka benarlah kata Haryati kpd Zainudin didalam sebuah novel,
" cinta bukanlah untuk melemahkan semangat yg sering dibayangi oleh rasa duka,lara,angan angan dan rindu.Tetapi untuk menguatkan semangat.." didalam penafsiran yg berbeda.

96636 | posted by jangnoes on March 23, 2004 at 17:46

terima kasih kerana sdr sdr meletakan jujur pada hela nafas dan resah pena.

94580 | posted by loppiess on March 12, 2004 at 1:41

kuasa Tuhan sudah pasti bisa mengalahkan kuasa sekalian ciptaan...

94561 | posted by hanyasayang on March 12, 2004 at 0:00

aku teringat dikejar FRU bersaksikan pagar tinggi Kamunting...

94493 | posted by sitinesta on March 11, 2004 at 17:57

kuasa di tangan yang lemah..

aku pernah baca satu cerpen Uthaya Sangkar tentang kuasa di tangan-tangan yang lemah..bila tangan-tangan lemah ni bertindak impak dan gegarannya mampu sahaja menganggu gugat penguasa rakus yang berkuasa..

aku selalu mengahrapkan tangan-tangan lemah ni mampu untuk bersatu dalam perjuangan menegakkan apa yang mereka inginkan dan percaya...

94425 | posted by rainbowboy82 on March 11, 2004 at 8:24