|
pohon dua ratus tahun dan helang terbang rendah
Perjalanan ke brinchang di momokkan dengan musim hujan dan jalannya yang berliku liku. jalan yang tinggi dan basah, paku pakis yang besar dan kembang. orang asli penjual petai dan juga helang yang terbang rendah. kembali pada alam setelah bermusim asyik dengan riuh kota dan asap asap kenderaan . kembali pada hutan nan tua, kembali pada embun yang lembab, kembali pada serangga yang hidup harmoni, kembali pada burung burung bernyanyi nyanyi. kembali pada tanah tinggi ini sambil merasakan nafas menjadi lembut dan hela angin yang masuk ke hidung amat segar sambil bau pohonan hutan bercampera, bunga bunga kembang dan lumut lumut yang menumpang di pohonan melekap bagai tak mau lepas lepas dari rangkulan pohon nan gagah mencapai awan. kami sampai ke ringlet pada lewat jam 11 pagi. kabus yang mesra dan dingin angin yang lalu lalang mengucapkan selamat datang. ke tanah rata dan ke taman sedia, menetap di kediaman dr ayob. musim dingin di eropah lewat perjalanan kami terdahulu kembali bagai terasa. malamnya dingin yang amat. membenarkan angin masuk ke dalam rumah adalah tidak samasekali. poster porter pilihanraya merosakkan pohon pohon dan pandangan kami. heii kenapa di malaysia riuh sangat dengan poster. ooo siapa yg banyak poster dijalanraya maka pengundi akan mengundi mereka. pengundi akan mengundi party yang banyak poster. hahaha. kemudian sebagaimana lazimnya, ole ole di tanah tinggi cameron, aku sempat menulis sebuah puisi utk beberapa kawan spt hanyasayang, sitiniesta atau rainbowboy. ku tulis puisi buat Sinderut. helang terbang rendah dari pos lemoi ke pos lanai rama rama dan umbang langsuir mengirai dari kuala medang ke tanjung gahai sepi di batu yon resah kubuang ke telamok ahh kena kopi di brinchang sambil bincang bincang makan strawberry di tanah rata, tanahnya tidak rata. ahh dingin sedingin aircond di pejabatku barangkali, lelah dah kami tinggalkan di tapah bercumbu dengan alam tak mahu usai usai bermalas disini santai santai minum tea ginger yang dibeli di boh ladang tea bagai kotak kotak tanah yang retak dari bukit ke bukit bersambut solat di ringlet dalam doa kami ya Tuhan, ini alam indah dan Kau harus lembutkan hati hati si tukang yang membotak hutan agar harus sedar dan kasih akan alam kerana ruang ini semakin sedikit kerana ruang ini semakin sempit. kediaman Dr Ayob, Tanah Rata.
last modified Mar 18, 2004 at 17:55
I'm glad to see U in my weblog, friend. U're welcome. Loppiess tetap hidup sebagaimana kau saksikan ia hidup puluhan tahun dulu. Dia lelaki yang sarat memikul kata kata yang lahir dari matanya atau mindanya yang asyik, dia melihat awan dan matahari seperti dia mampu mengira lekuk dan habanya, dia melihat sungai yang kemudian airnya ia pecahkan menjadi ribuan titik.
Dia mengemudi rasa dan inginnya menjadi kata kata yang jatuh ke keyboard atau kertas tak henti henti kerana jatuhan itu penuh nafsu yang berbondong bondong, kadangkala tidak terkawal.
demikian bila dia menjadi dirinya sendiri.
Assalamualaikum loppiess,mengambil maklum bahawa nama yang dahulunya ku panggil dan sapa kini telah dikormersialkan menjadi nama yang seharusnya sudah punyai peminat spt sitinesta,hanyasayang dan mungkin ramai lagi.
Ternyata,walau ratusan kali namamu kau tukar tetapi daripada apa yang kubaca jiwa kau tetap sama dan sehalus dulu.
"...you would not be a Roman when you are in Rome, right..?
amin.
Terima kasih atas puisi ini loppies... Indahnya kata kata... Izinkan hs "Amiin"kan doamu.. moga kelak cukup masa... Allah makbulkan ia jadi nyata...
ps: Hs rindu berkenderaan melalui pekan Tapah. Kenapa hs rindu, kerana dua pekan dari tapah, adalah kampung halaman rumah ibu dan ayah...sesunggunya hs rindu mak ayah...
|