|
Di dalam train komuter lewat satu pagi jumaat
beberapa hari lalu pak ya tel untuk mengatakan tentang seminar jump start pada 26 & 27 di Bangsar, rasa penat memandu aku hanya menunggang motosikal ke stesyen komuter yang berhampiran, membeli tiket RM 3.70 dan duduk diam diam hingga sampai ke stesyen kuala lumpur sentral. air condnya dingin dan tempat duduknya lembut. di dalam train komuter lewat satu pagi jumaat semua mengantuk di dalam gerabak ini kakak dan abang terlelap mak cik terlelap, pak cik terlelap adik terlelap, dara terlelap si sunti terlelap minachi terlelap si tua bergayut di palang besi tak peduli si kakak perut besar seguni tak peduli si capek bertongkat memerhati tak peduli heii...aku membayar harga kerusi..!! semua terlelap dari stesen ke stesen semua terlelap dari rasa ehsan. loppiess. petaling jaya
last modified Mar 26, 2004 at 7:34
saya simpati dgn puan. pembudayaan sikap tidak prihatin ini nampaknya berkembang pesat, namun tugas kita ialah tidak membiarkan ia menular dari dalam rumah kita sendiri.
TQ for sharing pengalaman.
Mengingatkan aku sewaktu mengandungkan anak yg pertama di dlm perjalanan pulang ke rumah dari K.L. ke Kajang.
|