|
workshop kenali diri dan kemudian aku ingin berkongsi sesuatu.
kebetulan, hari ahad yang santai kemudian menjadi hari yang riuh dengan rasa yang terbakar oleh kata kata motivasi dari nasiron, aku teringat beberapa orang kawan yg selalunya tidak lupa utk datang ke "disini loppiess", berkongsi dengan mereka satu cerita agar cerita ini dapat sedikit menjadi riak yang kalau diizinkan menjadi gelombang kemahuan untuk berubah. cerita mengenai perubahan saya sewaktu saya masih kecil saya bercita cita untuk mengubah dunia apabila saya meningkat dewasa saya rasakan ianya terlalu tinggi jadi saya ubah fikiran untuk mengubah negeri saja. semakin meningkat dewasa, saya rasakan cita cita ini terlalu tinggi jadi saya merancang untuk mengubah kampung saya sahaja. apabila saya sedar, ini juga mustahil untuk saya lakukan, saya mencuba pula untuk mengubah keluarga saya. sekarang saya sudah tua, saya sedar bahawa saya seharusnya bermula dengan mengubah diri saya sendiri terlebih dahulu. "seandainya saya telah bermula dengan mengubah diri sendiri dulu, saya mungkin dapat mengubah keluarga saya, kampung saya, negeri saya dan mungkin dunia, siapa tahu?. * kehidupan merupakan satu perubahan yang berkesinambungan.
last modified Mar 28, 2004 at 6:21
bila saja merasakan bahawa kita perlu kepada perubahan, kita sebenarnya sedang berubah kepada sesuatu yg lebih baik.
sahabat2, saya sebenarnya suka gulai rebung, hahaha.
sitinesta...silap tu kalau rebung yang tukar jadi buluh banyak pulak benda lain yang buleh dibuat dengannya heheheh
setiap insan ingin menjadi yang terbaik dari sedia ada...cuma ruang utk kesana kadang kala masih samar...
terima kasih loppiess sebab berkongsi...
segalanya bermula dengan langkah pertama...dan perubahan juga perlu bermula dengan yang paling dekat...(diri kita) 
benarkah rebung kalau sudah bertukar menjadi buluh, amat sukar diubah, terlalu payah dibentuk? aku selalu mahu berubah menjadi yg lebih baik tapi masih belum mampu...dan kalau kamu mampu loppiess, akan lebih kuhormati kamu...
|