|
Perginya mohd farid ibrahim
aku ingin mengucapkan takziah dan tumpang berduka yang amat dalam kepada ibrahim,norizan dan keluarga termasuk jangnoes di atas perginya mohd farid. mohd farid meninggal dunia akibat dibelasah oleh senior2 disekolahnya.( sek men ugama ampangan seremban). bapa dan ibu mohd farid sekampung dengan ku. jangnoes bapa saudara kpd mohd farid adalah kawan yang selalu juga singgah di "disini loppiess" dan meninggalkan komen2nya yg berkesan. sifat apakah yang singgah kepada senior2 mohd farid ini? ohh Tuhan, tidak dapat kita bayangkannya. Mohon pada kementerian pelajaran yang di terajui oleh YB hisammuddin agar menjadikan kes mohd farid ini sebagai pemangkin gelombang perubahan yang drastik, jangan kau asyik dengan politik adu domba dan gila kuasa semata..! demikian marahku memijar dan sedih dan duka dan rintih kemudian aku sembunyikan agar kau hanya melihat aku sebagai seorang yang tenang, namun aku adakalanya tak upaya.
last modified Mar 30, 2004 at 22:01
mungkin kejadian ni akan membuka mata semua pihak terhadap gejala buli yang makin menjadi-jadi di asrama khasnya. Pada yang suka membelasah orang tu, ingat belasah tu boleh membawa maut.. mungkin bukan niat untuk membunuh, tapi dikala amarah menguasai..akibatnya hanya tuhan yang tahu. Semoga rohnya dicucuri rahmat . Al-fatihah
sekolah itu sgt hampir dgn rumahku. bekas sekolah kawanku Zal, bekas sekolah anak buahku, Qilah. sekolah itu tidak bersalah, murid2nya yg bersalah. jgn disalahkan ilmu di sekolah itu. kadang2 kita terpaksa menerima bahawa sesetengah manusia itu memang dilahirkan jahat. al-Fatihah...
takziah buat keluarga serta sanak saudara Allahyarham...dan al-Fatihah buat Allahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT
|