|
musim panas yang kering dan menghasilkan tengahari yang hamis dan aspal yang pijar barangkali sudah pamit, memang bukan barangkali lagi kerana saban petang lewat beberapa hari nan lalu hujan saja yang menghuni alam, betapa riuh mereka turun, berpesta lagaknya. begitulah musim, kalau mau pamit tergesa gesa saja. tidak peduli. aku terkenang mak di kampung, mak yang duduk dibirai tingkap. rumah pusaka kami yang menghadap bukit bukau yang puncaknya hilang di litup kabus. ayam ayam yang kesejukkan dibawah rumah. curahan air di cucur atap. di sini dibandar ini ketika musim hujan dan memandu pulang dari pejabat pada setiap petang, kita harus bersedia mental dan fizikal. ketika hujan lebat aku masih terjebak dengan gilanya kereta dilebuhraya setiap simpang kereta memanjang jalan pulang tertutup oleh resah bersambung amarah dan gelisah bercampur.
last modified Apr 4, 2004 at 14:02
saya juga, sama dgn hs.
selalu terasa sakit lutut kalau memandu dalam hujan... kenapa? sebab jam dan selalu kena tukar clutch :D
|