home
login::signup
we::blog

terlalu banyak

telah terlalu banyak, tidak dapat dihitung. tidak pernah dapat dihitung kerana terlalu banyak. 
 
terlalu banyak 
 
aku telah pun meneroka hidup ini 
untuk tahun tahun yang banyak 
nafas yang kuhirup adalah 
untuk yang kedelapan biliun barangkali 
lalu aku kemudian kehilangan bahasa apakah 
untuk ku ajukan 
kerana Engkau memberi aku 
terlalu banyak 
terlalu banyak 
terlalu banyak. 
 
loppiess.kelanajaya 
january 2004.

last modified Apr 6, 2004 at 13:26



[ add a comment ]

hs,
demikian Tuhan tidak pernah berkira, cuma kita ( baca:saya ) yang terlalu berkira, tq hs.

sitinesta,
lihatlah weblog saya yg polos ini, rigid dan ala kadar, ia mengambarkan betapa cetek IT nya saya hingga untuk menghantar gambar pun tidak tahu, demikian berlakunya.

zz,
kerana Dia terlalu banyak memberi dan kita terlalu banyak menerima tetapi paradoknya kita terlalu sedikit memberi seperti Dia terlalu sedikit menerima, demikian kebimbangan yang terjadi, tq zz.

99356 | posted by loppiess on April 7, 2004 at 17:36

mmg tak bisa utk dihitung semuanyer......sampai bila-bila..
cuma terpulang pada kita bagaimana harus utk dijadikan semua seperti koleksi hidup yang cukup exclusive......untuk diri selamanya

99278 | posted by zz on April 7, 2004 at 4:02

terlalu banyak, mungkin, tapi manusia akan terus meminta2. tiada erti kesyukuran. dan aku juga suka meminta2. aku mahu minta bilakah akan dapat aku nikmati lukisan kamu loppiess??? ;-)

99198 | posted by sitinesta on April 6, 2004 at 20:27

sedap puisi loppiess

takkan terbayar hutang kita pada Dia
walau mati hidup kembali berulang kali
tapi Tuhan Maha Pemurah
tak berkira-kira dengan hamba
Asal buat disuruh
Tinggal dilarang
Keampunan, Keredhaan
dan mahligai dalam syurga jadi ganjaran

99188 | posted by hanyasayang on April 6, 2004 at 18:54