tarian nostalgia... dihujung pena...

 

::saya tak peduli siapa awak ~ dari mana awak datang ~ tak peduli apa awak dah buat ~ selagi awak cintakan saya :: backstreetboys :: As Long As You Love Me::

home

we::blog login::signup edit template

e    n    t    e    r

:: NOSTALGIA ::

Andai ada pertemuan....biarlah ia sepanjang usia perpisahan....

last modified Mar 7, 2004 at 1:47


Tuesday, February 8, 2005

Post akhir...

Saya dah pindah ke blog baru... do visit me okay, budz!

CLICK and dun forget to re-link me

136620 | sentuhan nostalgia at 10:32 | apa kau fikir? 0 comments

Friday, July 30, 2004

Tuesday, July 27, 2004

</td>

Ini kolejku...
Ini kolejku...
Semacamkah bunynya?Tidak..ini benar-benar kolejku. Kolej Matrikulasi Johor.Yang makin hari, makin menjadi satu kebiasaan buat saya.Srba baru, peralatan pun lengkap.Tapi....hati jauh mengenang rumah yang slalu dirindui.Lagi-lagi pabila hati ni dah ditakluki dek...hmm... [mengeluh]

Apa yang hendak saya tuliskan kali ini, hanya satu.

"Kasih masih ada.Kekecewaan makin menguatkan rasa kasih padanya.Hanya jika dia tahu..."

114748 | sentuhan nostalgia at 6:40 | apa kau fikir? 0 comments

Monday, July 26, 2004

Saturday, July 24, 2004

Friday, June 11, 2004

-Tak tahu-

saya masih di sini?Yup...masih lagi di sini.Tak dapat bercerita panjang.Hanya punyai masa yang amat suntuk untuk melakukan segalanya.Cuti di rumah hanya ada maam ini, dan hari esok.Ahad nya pula akan kembali ke JMC (Johor Matriculation College)

Jatuh cinta?
Belum...belum jatuh cinta pada tempat itu.Masih berendam air mata.Sedih.Entah kenapa tiba-tiba saya berada di sana.Dalam satu panorama manusia dan hidup yang sangat menyayat hati. Okay... ayat mudah untuk kalian- Saya sedih berada di sana.JAuh dari keluarga.Kerja banyak.Payah!Makan susah, kena turun ke cafe.Mandi pon ... hmm... mandi tetap basah, tapi basah yang belum tentu bernama mandi.Kena kongsi bilik mandi.Adoi mak kau! Punyalah payah..tersiksa jiwa dan raga.

Juga rindu.Jadi PERINDU.Rindu ma, abah, adik-adik...kawan-kawan... juga rindukan manusia yang mngkin tidak rindukan diri kita.Kesimpulannya; mula rindukan semua objek alam yang jauh dari saya.

Dalam waktu dan keadaan begini, nak je saya tegaskan pada satu dunia..... RUMAHKU SYURGAKU! Homesick beb! No music... eh, yes... have music but from my own beautiFOOL voice ... (got it???) No tv.... no INTERNET.Sux! there kept thinking about making all those computers as theirs.Eiiii...rasa nak memberontak.

Okay...saya amik course fizikal.Dulu Hayat, tapi dok tukaq! Huahuhuahah...ROOM? Okay laaa... bcoz i live with 3 others rumet yg besh.They are all so sporting. T-rex, Ain and Minnysh. ) Arrgghtt....apa saya cakap sebenarnya ni?Mungkin berhenti menulis lebih baik.Selamat malam.... Ooopsss... nak tanya... rindu saya tak?

109783 | sentuhan nostalgia at 7:56 | apa kau fikir? 2 comments

Friday, May 7, 2004

Rindu Sangat Sangat

Nak beritahu je nih.Saya tak dapat online lebih kerap cam selalu. Blog ni mungkin jarang-jarang sekali baru boleh update.Modem saya buat hal dan esok, saya akan bertolak ke Johor.Tak tahu kehidupan macam mana nanti.Harap semuanya baik

Tiada jaminan dalam hidup.Oleh itu, saya tak mahu kata apa-apa berhubung kehidupan akan datang saya.Cuma doa saya, keadaan tak seteruk yang saya sangkakan.

Wahai kalian!Eheh...doakan saya berjaya dalam pengajian dan gembira di Kolej Matrikulasi Johor itu nanti.Saya sentiasa ingat semua pengunjung blog ni.Untuk semua rakan blog, gud luck!

Rindu sangat-sangat kat korang.Contact saya rajin-rajin yer.Dan untuk Sya, akak rindu kat Sya nih!Kak Zuril dan Kak Isya, maaf sebab kita tak berkesempatan untuk bertemu. Juga buat semua! Saya akan hilang kawan yang ramai dan mungkin temui banyak insan-insan baru.

HIDUP TIADA JAMINAN......

104869 | sentuhan nostalgia at 23:03 | apa kau fikir? 9 comments

Sunday, April 25, 2004

Lagi...Lagi....Lagi...Berlagi-lagi....

Assalamualaikumwr buat blog NOSTALGIA.Buat kalian yg mungkin baca, mungkin hanya singgah tanpa membaca, atau mungkin juga pandang-pandang tanpa baca.Apa saja yang kalian lakukan terhadap blog ini, itu hak kalian.Dan hak saya adalah menyonteng apa saja sesuka hati saya.

Cerita semalam dulu.
Semalam bangun pagi.Sepagi-paginya.Lepas subuh, terus siap nak ke Hotel Nikko untuk raptai hari kecemerlangan.Wahaa... penat.Hanya itu.Penat.Bermula jam 8.30 pagi hingga 11.05 pagi.Konon-kononnya dalam aturcara tamat jam 10.30 pagi.Maklumlah, perancangan manusia...

Jumpa Nabila, Shahila, juga Baqlish.Apa yang bagus tentang Baqlish ialah keramahan.Asyik tersengih.Tapi apa yang kurang selesa tentang Baqlish ialah sikap dia yang tak pernah berselindung.Kadang-kadang berselindung lebih baik dari tidak berselindung kata.Terus terang sangat dia tu.Dalam hidup ni, bukan semua benda patut dizahirkan oleh mulut sebenarnya.Ada yang lebih baik kita batinkan saja dalam hati, dalam fikiran atau jiwa. Ada juga yang boleh dizahirkan.Tapi sekadar cukup melalui perlakuan. Tapi itu tidak pada lelaki bernama Baqlish.Dia akan cakap terus terang.Hingga saya terasa nak lari dan menyorok belakang almari [itu pun kalau ada almari]. Apa yang berlaku? Ermm...tak berhasrat nak saya tuliskan.Tapi untuk Baqlish, rasa-rasanya saya tak akan memikirkan hal itu.Sungguhpun saya minta beberapa hari kononnya untuk berfikir, tapi percayalah bahawa fikiran ini tiada masa nak memikirkannya. Hahaha...apa pun, situasi itu cukup kelakar. [geleng kepala]

Balik rumah tu, terus pengsan hingga petang.Pulak tu, nak ke Hotel Nikko kembali untuk acara yang sebenarnya.Acara ni untuk makan malam.Ah, kena keluar malam! Saya pula sebelum keluar rumah, dok tala kerang semangkuk. Kerang rebus.Entah apasal boleh larat makan kerang semangkuk sedangkan sebelum ni, tak pula nak makan kerang.

Sampai petang tu, terus naik kat tingkat 2, Grand ballroom dia. Ramai orang.Saya pakai apa? Haha...semua orang dok perhati baju saya.Sebab saya pakai baju cam nak pi Arab Saudi.Pakai hijab hitam lagi tu, dengan seluar warna hitam juga.Wahaaa...

Tapi malangnya, saya tak dapat bersama majlis hingga akhir.Perut meragam.Kerang punya pasal!Saya menangis tak tahan sakit dalam changing room. Membazir bayar untuk majlis lima bintang itu, abah ambil saya pulang sebelum majlis mula.Membazirkan? Kan? Kan?

Cerita hari ini.
Pon bangun pagi-pagi.Ma kejutkan sebab ada penyampaian hadiah dekat sekolah pula.Pakai baju kurung hitam, bunga merah. Padankan dengan beg warna hitam merah juga.

Hari ni dengan tak malunya saya bersarapan di rumah Mimi. Eheh Pergi sekolah, terus bersedia untuk ambil hadiah.Tak sangka! Saya bukan je dapat untuk SPM cemerlang tapi juga untuk subjek terbaik Bahasa Melayu dan Pend Islam. Ermm...tak sedar pulak yang saya ni terbaik Pend Islam.Rezeki...rezeki... Alhamdulillah...

Tiba-tiba ada panggilan.Saya jawap.Eheh...kawan saya dah tunggu di bawah.Dah sampai sekolah saya.Ye...kawan saya. Ahahaha

Berlagi-lagi....
Ahahahah...hari ini, 25 April, sekali lagi dan lagi saya keluar dengan teman yang pernah saya ceritakan dulu.Ini kali ketiga.Kelakar mak minah la saya nih.Aisey....apa nak buat kan.Saya rasa macam dah sedap nak keluar hari-hari.

Eheh, dia datang sekolah saya sebab nak jumpa Pengetua sekolah. Dulu pengetua tu bekas pengetua sekolah dia.Ececeh... bukan sikit punya gembiralah Cik Kamariah melihat kehadiran murid paling baik dia tu.Suka betul.Dan saya jeles! Dengar ni, saya jeles! Apsal pengetua lebih ingat dia yang dah 3 tahun meninggalkan sekolah?Sedangkan saya ni belum pun setahun tinggalkan sekolah. Uhukkk... "Dia ni budak baik, lurus...," itu kata pengetua.Beritahu pada saya siapakah dia yang sebenarnya. Senyum saya. Tau..tau... [ekekek]

Terus kami ke Maluri.Makan KFC di JJ.Best? Best jugak.Kali ketiga ni, saya dah tak kekok lagi dengan dia.Rasa cam dah keluar dengan dia 33 kali pulak.Uhuhu....melampau ayat tu.Tak ada lah, tapi serasakan macam dah selesa kawan dengan dia.Nak usik dia pon saya dah tak malu.Ermm...mungkin Nurul makin berubah.Makin matang, makin berfikiran terbuka.Terbuka-terbuka pon, tak boleh bukak besar-besar.Sebab banyak lagi yang Nurul ni jahil. Tapi sumpah! Tak akan saya ulangi melakukan perkara yang sama dengan orang lain.Uish, berisiko ni!

Lepas ni, entah bila lagi nak jumpa.Tapi okey jugak.Dah saya tunjukkan dia sekolah saya.

Dan tadi! Yeay! Jumpa cikgu Fazidah.Mama kitorang kat sekolah. Apa lagi, saya pon mula naik mengada-ngada bila jumpa cikgu paling besh dalam dunia tu.Siap cikgu tolong amikkan air, carikkan air batu sedangkan semua orang dok telan air panas. Ahahaha....

Pendek kata : Hari yang tak bosan.Hari yang best.

Nurul tinggalkan note : Astri kuar pi jumpa-jumpa geng blog heh? Dengar cerita Astri dari blognya, macam best.Baguslaa... sebab astri selalu rungut bosan.Tak de teman. Maklumlah, saya ni nak teman dia pon, apa sangat je boleh teman.Kowang teman kawan kita tu baik-baik yer....Dan lagi, hanya dari blog saya mampu tinjau hidup sehari-hari Astri.Lama tak jumpa.

satu lagi note : Hani dah ke MMU Melaka hari ini.Semoga dia belajar baik-baik di sana.Tapi Hani ramah.Insyaallah dia gembira.

102686 | sentuhan nostalgia at 6:09 | apa kau fikir? 3 comments

Friday, April 23, 2004

Dari Doraemon

its me... your dream ::: 21 Apr 2004 ::: Happy Birthday - 18

Wahaaa...terima kasih saudara ****** [ahahahah] yang sudi lukis Doraemon comey tu untuk saya. Suka laaaa.... Doraemon je ke? Shin Chan tak de ke? Terima kasih....

102558 | sentuhan nostalgia at 22:06 | apa kau fikir? 3 comments

Rajin pulak dah!

Hujan di luar sana. Tadi ada dentuman kuat dari langit.Menakutkan. Ini merendahkan suhu persekitaran.Maka saya terasa sejuk hingga ke tulang.Sepanjang hari ni, memang saya terasa sejuk betul.Seronok kalau dapat secawan nescafe panas, sambil baca novel dan bergolek-golek atas katil.Wah, alangkah indah!Ye... akan saya lakukan keindahan itu selepas ini.

Dalam pada saya merungut malas tadi, bangkit juga kerajinan lewat petang tadi.Semuanya hadir sewaktu saya berbaring dalam bilik membaca novel Sesuci Cinta.Tengah-tengah khusyuk membaca, ada lintasan dua hala fikiran saya.Satu hala membangkitkan idea untuk saya mengemas bilik tidur yang berhabuk sakan ni. Ntah macam mana boleh kepala ni menimbulkan idea tu.Tapi bagus jugak.Selagi tak de rangsangan kepala, tak rajinlah jawapnya tulang-temulang ni.

Terus saya turun ke bawah.Carik-carik bahan pewangi untuk mengelap apa yang patut dilap.Tak jumpa.Saya curahkan saja Ajax untuk cuci lantai ke dalam besen.Wahaaa...best betul bau dia. Maka, hari ini dari tengah hari tadi hingga ke maghrib saya mengemas bilik.Sebab lain yang mendorong ialah kebosanan. Saya pon mengangkut kotak permainan Saidina ke bawah. Konon-konon nak ajak adik-adik main.Tengok-tengok kat bawah, masing-masing tidur.Maka tak kesampaian hasrat tengah hari yang bosan tadi.

Semua saya cuci.Juga saya angkut sorang-sorang dengan tenaga milik peribadi meja solek saya.Wah, nampak berserilah bilik comelku ini. Juga PC ayu ini semakin cun.Dah dicuci.

Secara rasminya, nak saya umumkan bahawa bilik ini telah menjadi -Bebas dari habuk.Huhuhu....mungkin ini kemas kini terakhir sebelum saya berangkat ke Johor.Saya nak tinggalkan bilik ni dalam keadaan paling bersih.

Sekarang : saya nak layan Yatty bersembang. Tata....

102493 | sentuhan nostalgia at 7:14 | apa kau fikir? 0 comments

Nak cepat...

Saya hanya punyai sedikit masa untuk update.Hmm...pembetulan bahasa: Saya punyai banyak masa untuk update.Tapi saya akan sempitkan masa yang ada akibat kemalasan.Saya akui saya asyik malas beberapa hari ini.Anggap saja saya tak punyai masa yang banyak untuk bercerita lebih dan terperinci.

21 April 2004
Selamat hari lahir buat diri saya sendiri.Umur sudah bertambah satu angka.Menjadi 18 sudah.Bukan lagi kanak-kanak bawah umur.Tapi saya tidak dapat merasakan apa-apa berhubung kedewasaan itu. Hanya biasa.Saya masih kecil.Masih memerlukan banyak bantuan untuk terus hidup.

Terima kasih buat yang sudi melontar ucapan selamat hari lahir. Saya terharu... Ada yang menghubungi saya, menemui saya malah ada yang hantar sms pagi-pagi buta.Tak kurang juga yang hantar melalui chatterbox melalui blog ni.Terima kasih kalian. Ada juga yang mengingati saya.

Tepat jam 12 tengah malam, handphone berbunyi.Ada panggilan dari Affan.Dia orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir.Siap nyanyi-nyanyi lagi tu.Rasa geli hati.Terhibur saya.Padahal malam tu saya dah hampir layu.Sebab dah mengantuk sangat. Tambah pula dengan sms Yatty.Juga tepat jam 12 tgh malam.Owh, yatty! Betapa besh dapat hang sebagai kawan.Nak jumpa Yatty.. nak jumpa Yatty!Yatty yang besh!

Astri pon sama.Hantar sms pepagi buta.Sengih saya dalam pada ngatuk-ngantuk tu.
-Happy 18th birthday! Remember that there will always be someone who remembers you everyday with or without messages!. That's me.-
Itulah sms Astri.Astri selalu je ada sms dengan kata-kata yang menyentuh sanubari cintaku terhadapmu.Wakaka...

Hidayah.
-A'kum Haizum. Happy Birthday!Sihat ke arini?Semoga awk ceria slalu.Datang ke hari Ahad ni sekolah? Semoga panjang umur-

Fadzli
-Happy besdey! Semoga pjg umur, diberkati idup, dan dapat capai apa yang dihajati-

Kak Zuril
-Nurul, ari ni bday nurulkan? Happy Birthday!Semoga ceria dan berjaya selalu serta berbahagia dgn org yg disayangi.Jangan nakal-nakal-

Zul
-Good morning! Happy 18th Birthday to U may u always be with Allah's blessing.n may all ur wishes and dreams come true.insyaAllah -

Ilani
-Haizum, kalau tak sihat arini bedey awakkan?hepi besdey. Kalo salah, sori. hehe. dpt offer memana tak? dpt matrix mana? Kita dpt Pahang. Tau x sesapabdk Seraya dpt Pahang?-

Abang Faren
-Basically it said...HAPPY BIRTHDAY !!-

Itu antara sms-sms yang saya terima.Ma pulak call ucap kat saya. Adik, Ijat, Dek Kal, Mak Yang pon ucapkan pagi tu.

Terima kasih juga buat Fathi, Andy, Sya [hantar kad], Siti Nesta, Kak Jihan , Kak Diqq dan Kak Isya [melalui YM], Aizar, Marlia [hantar incompatible msg but i know itz ur wish for me]. Kak Nile, Remi, Azurin, Dynieea, Kak Min [hantar kad].Juga Nur Muhamad [milo boy]. Terima kasih infiniti.

Tapi nak cerita sikit.Pasal hadiah pagi hari lahir yang amat memeningkan dan menyebabkan saya tergaru-garu kepala yang tidak gatal.Saya tak mahu sebut nama dia.Cuma nak luahkan rasa terharu yang dah bertukar jadi haru biru. Katanya, sia-sia dia menghafal hari lahir saya selama 2 minggu lamanya dan dia tak dapat apa-apa. Juga sifatkan saya sebagai pentingkan diri sendiri.Hanya dek kerana saya enggan memberitahu hadiah paling istimewa yang saya dapat. Tak faham.Terima kasih kerana menjadi sahabat saya beberapa bulan lamanya. Juga terima kasih kerana memutuskan untuk tidak mahu lagi mengenali saya dan berkawan dengan saya. Tindakan anda yang mendelete saya dari Friendster, mendelete testimonial yang saya beri dan awak beri untuk saya adalah bertepatan dengan kehendak anda. Saya tak minta permusuhan.Cuma itu kemahuan anda ye saudara. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memperkenalkan saya dengan anda. Satu pengalaman yang menarik kerana belum pernah saya memutuskan persahabatan dengan mana-mana manusia dengan cara yang saudara lakukan.Cukup praktikal untuk dikenang.

Petang tu ikut ma pergi beli barang.Ma belikan cheesecake paling besar.Sampai hari pun belum habis lagi kek paling sedap tu. [pada sayalah].

22 April [semalam]
Pertama kali bawa ma naik LRT.Ma yang beriya-iya teringin nak ikut saya ke Generasi ambil kad jemputan majlis makan malam tu.Saya okay aje.Seronok berdua dengan ma.Tapi dah pula ma merungut-rungut.Katanya payah berjalan tanpa kereta.Susah nak shopping dengan LRT.Penat bawa barang.Selalu adik-adik dengan abah ada. Juga merungut.Katanya tak suka berjalan ikut lorong-lorong sempit di KL sambil mengangkut barang banyak.Tak biasa.Ma mana biasa macam tu.Dah ma yang nak ikut.Manalah Nurul tau... Tapi yang buat saya kerut dahi.Pagi tadi ma juga mencadangkan saya supaya kami ke JJ Maluri naik LRT minggu depan.apa-apalah ma...tapi kalau penat dan lenguh jangan bebel lagi kat saya. Ma yang cukup kelakar....Hahaha....Tapi ma jugak terror.Wanita paling hebat memandu kenderaan.Kalau naik kereta dengan ma, memang tak ada yang saya nak risau. Semua jenis jalan sempit ma boleh masuk. Sangat tabik kat bondaku itu....

Hari ini.
Pagi tadi ke bank.Menguruskan duit bank saya.Pindahkan akaun saya.Whaa...juga hari ni, pagi-pagi lagi abah dah hulur RM400. Saya kan mata duitan.[saya mengaku].Apalagi, jadi semangat keceriaanlah duit tu.Ma pula kasi RM600 minggu lepas.Entah apa kena, sejak saya tinggal beberapa minggu je lagi sebelum ke Johor ni, ma dan abah bertambah-tambah murah hati.Asyik kasi duit.Agaknya kesian ngan saya.Dan tadi bukak akaun baru. Kata abah senang nak masukkan duit bila saya dah jauh nanti.Lalala... riangnya hatiku.

Selamat Hari Jumaat buat kalian.Saya nak berhenti dulu. Wassalam.

102454 | sentuhan nostalgia at 1:14 | apa kau fikir? 0 comments

Tuesday, April 20, 2004

Hanya Bosan

Saya pemalas.Suka bermalas-malas.Suka bersenang-lenang. Malah kerap juga bibir ni merungut nak duduk goyang kaki. Nah, amik kau! Sekarang saya langsung tak punya kerja untuk dilakukan.Tiada apa juga hendak dilakukan.Bagai insan hilang punca.Mati kutu. Ke hulu ke hilir dalam bilik tidur ini.

Sekarang saya bosan.Betul-betul impian lama kurang bijak saya menjadi kenyataan.Saya diberi masa yang terlalu banyak untuk goyang kaki.Kau suka kan, Nurul? Itu yang kau mahukan? Ah! Itu dulu.Suatu ketika dahulu.Ketika saya terasa lemas dengan kerja-kerja yang bagai tak berkesudahan.Tapi sekarang, buat masa dan detik ini saya ingin benar lakukan sesuatu.Saya bosan.Bosan. Hanya bosan.Tiada istilah lain mampu menghuraikan diri saya kecuali bosan.kalau ada istilah lain, istilah itu adalah BORING, JEMU, TENSEN.Apa yang patut dilakukan? Maka saya mengambil keputusan untuk conteng-conteng saja cerita berwajah bosan ini.

Ketika bosan, manusia suka memilih untuk tidur.Tapi maklumlah, nafsu tidur mana mungkin hadir siang-siang begini.Ketika bulan dah mengambang sepi pon saya belum bernafsu tinggi untuk tidur, inikan pula di waktu mentari masih bersuka ria mencurah bahang panas. Wahai sahabat ku sayang, saya bosan! Bosan.

Ingin saja saya tampalkan poster besar di hadapan pagar rumah saya untuk memaklumkan kebosanan ini.Biar semua jasad yang melalui hadapan rumah saya tahu bahawa ada insan yang kebosanan tak bertepi lagi dalam rumah ini.

Bacalah novel yang kau beli semalam, Nurul! Novel ye? Hmm.. tiada mood untuk membuang diri bosan ke dalam panorama cinta sebegitu.Nanti-nantilah.

Kad hari lahir untuk atuk saya di Johor dah pun saya siapkan.Buat sendiri.Semalam merayau dalam KLCC mencari kad hari lahir untuk 'grandfather'.Malang.Tiada satu pun yang saya temui untuk tujuan itu.Atau mungkin saya yang tidak perasan. Tetapi mungkin juga ucapan-ucapan hari lahir untuk golongan atuk sudah semakin dilupakan.Apa daa...belum sempurna idea kreatif mereka yang mencipta kad hari lahir. [geleng kepala]

Petang sikit lagi, saya akan arahkan Haikal pos kad hari lahir itu. Esok, 21 April 2004 bukan sahaja hari lahir saya, malah juga hari lahir atuk kesayangan saya.Kongsi tarikh lahir

TAK LUPA !
Hepi besdey buat Kak Isya ku sayang.Chika minta maaf, tak dapat jumpa untuksambut hari lahir kita bersama.Padahal itu idea chika nak sambut sama-sama. Maaf...tapi masih chika harap dapat bertemu akak untuk sambut besdey kita dua. Semoga panjang umur untuk semua orang. April....masih milikku.

101882 | sentuhan nostalgia at 2:46 | apa kau fikir? 4 comments

Monday, April 19, 2004

Sekali Lagi

Maaf 'Nostalgia'.Saya gagal menulis lagi semalam.Bukan kerana malas, bukan juga akibat kelunturan minat.Tapi kerana tidak berkesempatan dan kepenatan.

Semalam, 19 April 2004
SEKALI LAGI.Sekali lagi dan saya tidak pasti kalau-kalau itu adalah kali terakhir.Saya keluar lagi.Hanya untuk tempoh 6 hari jaraknya, saya keluar lagi dengan teman itu.Entah kenapalah saya beriya-iya nak keluar dengan dia.Mungkin keselesaan, keseronokan dan mungkin juga dia yang dah ajar saya untuk rasa keluar bersama seseorang bernama 'bukan perempuan'.

Terus terang.Saya hanya main-main ketika bersetuju nak keluar dengannya pada 13 April yang lalu.Hinggalah jam 12 tgh malam masa dia hubungi saya.Barulah saya tersedar akan betapa saya tidak boleh berganjak lagi.Dan dengan debaran tahap boleh membunuh, saya tunggu dia.Saya fikir, kami jadi bisu. Tapi rupanya tak.Dia banyak cerita.Saya fikir dia sombong.Tapi rupanya tak.Dia baik hati.Baik baik baik baik....baik yang amat baik untuk diungkapkan.

Saya nak mengaku : Rasa seronok betul keluar dengan dia. Untuk kalian, jangan cuba apa yang saya lakukan sebenarnya. Keluar dengan orang yang tak dikenali.Bahaya.Tapi alhamdulillah, nasib saya baik.Dia tak bahaya pon. [saya yakin tak]. Dan yang menjadikan dia mendiami tangga istimewa bagi saya - dia insan pertama yang berjalan di sebelah saya dalam satu panorama membeli belah dan berjalan-jalan. Mungkin ke ini satu permulaan untuk saya tidak lagi takut-takut keluar dengan lelaki? Jawapannya, tidak! Saya tidak akan keluar dengan sesiapa pun. Kerana sebenarnya kekuatan yang byk saya sembunyikan dah saya keluarkan semuanya ketika keluar dengan dia.Saya tersedar, tiada lagi keberanian untuk manusia lain.Dan saya tak merancang untuk keluar dengan manusia lain kerana saya tidak suka melakukannya. Keluar dengan orang ni, orang tu sesuka hati bukanlah menjadi pendirian saya. Itu bukan saya.Tapi keselesaan bersama dia, sifat dia yang betul-betul sesuai dibuat teman menguatkan hati saya untuk 'tak pe' keluar dengan dia.

Destinasi
Dia tunggu di Maluri.Bertemu kali kedua dengan dia di Maluri dan berhenti di Masjid Jamek.Pindah naik Putra ke KLCC. [ kali pertama Nurul naik Putra :p]

Macam biasa, Nurul kan suka pusing-pusing.Dia pon kata tak kisah.Tapi tak tahulah sejauh mana tak kisah dia tu.Yang pasti, dia baik je.Pusing punya pusing...sampai penat tak terkata.

Masuk Kinokuniya.Saya beli 2 novel. Sesuci Cinta dan Hadirnya Cinta. Masuk juga kedai buku Times untuk beli hadiah buat Nina, sepupu yang berusia 7 tahun.Hadiah keputusan baiknya dalam peperiksaan.Saya belikan buku Story Time.

Dia beli teddy bear lagi.Saya? Saya tak belikan dia apa-apa. Sebenarnya sepanjang jalan saya fikirkan barang nak beli untuk dia.Tapi otak beku betul.Nak bayarkan baju yang dia beli, tapi teringat kata-kata orang tua.Saya pernah dengar.Tak baik belikan orang baju.Entah apa kenanya, tak tahulah pula saya.Maka, tak mahulah saya bayarkan baju itu sungguhpun saya rasa nak je bayarkan. Saya plak?Saya beli beg Adidas. Ini beg Adidas kedua saya beli setelah yang pertama dulu tercampak je pada rak. Dah bosan memakai beg yang sama.Bagusnya hidup ini jika hari-hari dapat menayangkan beg baru kan?Hahahah....

Kami redah hujan.Semata-mata nak carik kain pula.Kain nak dibuat baju kurung.Kata ma, nanti pergi belajar, bolehlah lebih kerap kenakan baju kurung.Maka saya pun dengan sesedap hati main pakai beli saja 3 pasang kain.Saya sakit kepala masa tu.Kena hujanlah katakan.Maka, apa saja yang dikatakannya cantik, saya arahkan aunty penjaga kedai tu kerat 4 meter. Yang herannya, bawa balik rumah saja, ma memuji-muji kain-kain tersebut.Mak Yang juga.Kata mereka, pandai betul saya pilih kain.Nampak lembut, sesuai dengan saya. Ekekekek.....saya senyum. Hati saya sengih. Bukan saya pilih, dia yang cadangkan dan saya iyakan. Bagus jugak rupanya citarasa lelaki zaman ini.

Balik tu, dia temankan saya sampai Cempaka.Terima kasih.Dan saya tunggu dia sms saya untuk dia beritahu saya yang dia dah pun sampai rumah. Tapi sampai ke malam dia tak sms saya.Risau juga. Takut hujan lebat, dia tak dapat balik.Rasa bersalah betul.Dan sebenarnya hingga pagi ni saya jadi susah hati.Saya rasa bersalah ajak dia ke sana ke sini semalam.Dia kata dia betul-betul letih. Kalau begitu, maaf infiniti.Lagi-lagi, saya takut parents dia marahkan dia.Dah dua kali balik lewat kerana keluar temankan saya. Tapi katanya, dia yang ajak saya, bukan saya ajak dia.Ye ye.. tapi tetap saya rasa bersalah yang amat.Macam tak patut juga saya semalam.Apa boleh saya lakukan untuk balas budi baik dia semalam?Cukup ke hanya untuk dikenang?Budimu dikenang. Hah! Mana cukup.Haih....*mengeluh*...saya rasa amat bersalah. Mesti dia penat sebagai mana saya penat ketika ini. Terima kasih yang tak berkesudahan buat dia.

Yeay yeay...semalam juga saya dapat makan cheesecake. Saya memang dari awal lagi teringin sangat nak makan cheesecake setelah hampir dua bulan tak jumpa kek paling sedap tu. Tapi saya malas nak mengaku saya nak makan.Sebab saya tak lapar.Betul-betul tak lapar, tapi saya teringin benar.Akhirnya, berhenti juga makan kek.Lega...lepas rasa kepingin saya. Huhuhu....

Hari ini, saya kembali bosan.Tiada apa hendak dikenang untuk hari ini.Cuma barangkali saya masih harapkan pertemuan seterusnya. Atau barangkali, pertemuan itu hanya terjadi hanya setahun dari sekarang.Entah.Atau lebih malang, tiada lagi pertemuan. Tak mengapa, sekali bertemu itu pun dah merupakan pencapaian yang amat baik.Seronok menjadi kawannya.Moga terus berkawan...

101776 | sentuhan nostalgia at 19:22 | apa kau fikir? 2 comments

Saturday, April 17, 2004

Rindu-Rinduan

jam : 10.51 am.
persekitaran : pagi yang sejuk.Tapi di luar matahari mula nak terik
mood : resah kerana rindu

RINDU.Cuba kalian sebut.R.I.N.D.U.Sebut lagi dan lagi. Pernahkah kalian tersedar bahawa setiap ketika, setiap masa dan waktu kita ini PERINDU sebenarnya.Ada-ada sahaja yang nak dirindukan. Dah rindu dah menjadi salah satu elemen asas jiwa bagi manusia yang hidup dan berperasaan.

Bohong kalau ada yang mengatakan dia tidak pernah berindu-rinduan.Bohong sangat.Rindu tu bukan hanya pada seseorang yang kita sayangi atau lama tak ditemui.Boleh jadi juga kita rindukan sesuatu objek.Objek kaku seperti pensel, buku, pokok, malah boleh juga rindukan tunggul.Apa sahaja boleh menimbulkan rasa rindu buat kita.

Pagi yang sejuk ini.Saya mencelikkan biji mata pagi dengan istilah rindu.Ada-ada saja nak dirindukan.Saya teringat Marlia.Rindu padanya. Saya teringat Aizar.Rindu padanya.Saya teringat sekolah, rindu pada bangunan tiga tingkat itu.Saya teringat bumi Arab Saudi, rindu pada Kota Mekah.Teringat-ingat juga banyak perkara lain.Dan semuanya melahirkan satui rasa yang sama iaitu rindu.

Pengubat rindu ialah bertemu.Itu saja sebenarnya.Mudahkah itu mengubatinya sedemikian rupa?Agak payah sebenarnya. Dan saya akan nantikan kepulangan teman baik itu.Banyak yang perlu dia ceritakan pada saya.Saya jadi ghairah nak mendengar ceritanya. Saya rasa dia bahagia.Saya rasa dia seronok.Saya nak tumpang. Nak menumpang seronok, boleh?

Tak berhasrat nak tulis lagi.

101425 | sentuhan nostalgia at 21:03 | apa kau fikir? 1 comments

Friday, April 16, 2004

April ini....

Sedang mendengar lagu lama.Lagu yang pernah berkumandang dalam filem Ali Setan.Suka juga dengan lagu itu.Bagai bernostalgia tersendiri.

Masih dalam bulan April.Masih saya mengaku April ini milik saya.Masih saya nantikan hari demi hari sepanjang April.Mungkin benar. April hanyalah April...satu-satunya ruang kegembiraan yang boleh saya miliki sepanjang tahun ini.Lepas ni?Entah...tiada siapa tahu.Hanya Allah yang tahu.

14 April
Malam tu Ikram ada telifon bilik saya.Lama dia tak hubungi saya. Lama tak lama pun, hanya kurang dari 2 minggu.Bukan apa.Biasanya setiap malam dia hubungi saya.Baguslah... dia hubungi saya untuk maklumkan yang dia akan ke temuduga untuk menyertai KTU.Kolej Tentera Udara.Semoga dia berjaya.3 tahun di Perak nanti.Dan ada juga dia suarakan lagi tentang...tentang kisah itu dan itu...[apa?] Tak apalah...saya tak mahu ulangi terlalu kerap apa yang dah saya beritahu dia.Terus terang, satu keselesaan berkawan dengan dia.Satu kesenangan mengenali dia.Dan satu keseronokkan berbual hingga lewat pagi dengan dia.Tapi bukan satu kemahuan untuk menjadi lebih dari sahabat.Hanya kawan.Maaf. Sebab saya betul-betul tak boleh berikan apa-apa jaminan sebab saya pun tak tahu kalau-kalau hati ni dah ditakluki atau belum.Arrhht...cakap pasal perasaan lagi.Ingatkan dah sembuh.Belum rupanya.Nurul masih sakit.Sakit perasaan.

15 April
Ada interview di UiTM.Pagi-pagi lagi saya dah celikkan biji mata. kesian, mata tercelik dalam keterpaksaan.Pukul 6.00 pagi, saya terus ke bilik mandi.Sempat menjawap sms dari seorang teman. Seorang teman yang makin hari makin bergelar teman. Terasa betul-betul saya berteman.Akan ulas lebih lanjut kisah teman ini kemudian nanti.

Berbalik kisah temuduga untuk course senibina.Saya pergi dengan Mimi.Naik teksi, abah yang uruskan semua hal teksi tu.Masyaallah, bersabarlah wahai jiwa wanita! Punyalah ramai manusia yang memohon untuk course yang sama.Dan saya dah terlajak masa untuk ujian lukisan.Maka lambatlah.Menduduki ujian lukisan untuk sesi terakhir bersama Mimi.Penuh satu dewan kuliah tu. Itu masih boleh diterima akal.Masih tidak mencabar kesabaran. Selesai sahaja ujian lukisan lebih kurang pukul 12.30 petang, terus beratur menanti turn temuduga.Bermulalah cabaran terhadap tahap kesabaran saya....

Ya! Senarai objek untuk dibom oleh saya dah bertambah. UiTM- objek terkini dalam perhatian.Saya sms teman itu.Katakan padanya hasrat nak mengebom. Dah la tak makan dari pagi, selayaknya saya berpuasa.Dari matahari pagi tersipu-sipu keluar, sampai matahari dah tak malu lagi mencurah bahang terik, saya tahan saja jiwa.Hinggalah matahari terus hilang, di ganti dengan curahan hujan lebat bertemankan guruh petir, dan angin kencang.Sabar... sabar lagi...sampai bila nak sabar? Akhirnya saya dan Mimi putus harap. Lagi-lagi lepas kami dah putuskan untuk buat matriks.

Kes matriks! Malang! Malang!
Saya dan Mimi hanya tinggal kurang dari sebulan untuk terus tinggal bersama keluarga di KL.Selepas ni, bolehlah kami dimartabatkan sebagai pelajar yang merantau ke Johor. Saya tak mahu.Serius tak mahu.Betapalah jauh....dan seorang lagi makhluk iaitu yang menempatkan saya di Johor memang nak kena bom.Good for nothing! What the hell la this life?Kadang-kadang kita hanya mampu melopong mulut dan membiarkan perkara lain menentukan diri kita.Bodoh kan ini?Bodoh tak bodoh....tiada jalan untuk lari lagi.

Saya dan Mimi pon apa kurangnya.Boleh diklasifikasikan sebagai kurang bijak.Kepala dah tekad, hati dah kuat mengatakan yang kami akan ke Johor, buat matriks.Tapi untuk apa berpanas berhujan menunggu interview di UiTM itu?Kami gelak sendiri.Saja... nak test market.

Akhirnya Mimi angkat bendera putih.saya angkat dua bendera putih.Muktamad.Kami takkan menanti lagi sebab terlalu siksa nak menunggu dalam keadaan seteruk itu.Orang ramai, hanya satu pusat interview yang dibuka.Lembab pulak tu.Saya hubungi abah, minta mengambil kami pulang.Tapi abah kata, tunggu je lah. Cuba...Saya tak mahu.rasa nak memberontak pon ada.

Dipendekkan cerita, saya dan Mimi tetap menjalani temuduga itu,Waaa...seronok betullah disoal itu ini. "Now u can speak english, " kata pensyarah yang menemuduga saya.Alhamdulillah, memandangkan saya memang kuat bercakap malah tak biasa membiarkan diri dibodohkan dengan hanya membisu, semua soalannya berjaya saya jawap.Tak dapat jawap kot ni, saya ikut tu. Tak dapat kot tu, saya ikut ni.Huhuhu...dan semuanya saya tak kisah. Siapa peduli? Saya akan ke JOHOR! Johor...nanti kehadiran tapak kakiku memijak bumimu! Dan ketahuilah olehmu wahai bumi Johor, aku tak rela mendiamimu selama setahun itu.Aku benci!Tapi aku tak kudrat nak lakukan apa-apa.Baik tak usah sebut lagi. Mendorong api geram je nanti. Dari pukul 8.30 pagi sampai 8.00 malam baru balik rumah. Temuduga yang amat menyiksa jiwa dan raga.

Kisah teman.
Saya sentiasa terkurung dalam rumah.Tak berteman, seorang diri.Hanya bersama keluarga setiap masa dan ketika.Tapi sejak seminggu ini, saya rasa betul-betul berteman.Sekurang-kurangnya saya tahu hendak mencari siapa dalam kebosanan.Terima kasih.

Maka tersedarlah saya yang saya masih diambil peduli oleh ramai insan bernama teman. Ada sahaja manusia yang akan bertanyakan khabar.Kalau bukan dia, dia yang lain.Kalau bukan dia yang lain tu, dia yang lain lain lain lagi.Dan kini, bolehlah saya katakan, seperti saya mendapat seorang teman baru yang sentiasa ada sebagai teman.Tapi itu tak lama mungkin.Matriks, Johor, Study, Kampus, Mei, dan beberapa perkara yang bakal datang mengganggu hidup saya akan mengganggu juga kisah saya dan teman itu. Dan kini...entahkan ada entahkan tidak cerita ''see u di ipt'' yang pernah saya dan teman itu sebut-sebutkan.Johor jauh.Sangat jauh. Sangat sangat jauh untuk menjadikan cerita 'see u di ipt'' itu sebagai kenyataan.Dan tersedarlah saya, betapalah seronok berkawan dan mengenali diri teman itu.Kawan...kawan...kawan...

TAPI!

Sejak menamatkan nama sebagai 'budak sekolah' ni, saya memang punyai terlalu ramai teman yang memang layak bergelar teman. semuanya baik.Dan semuanya punyai kisah tersendiri.Tapi saya dah semakin kehilangan seorang demi seorang.Kehilangan yang terjadi kerana sebab-sebab tententu yang tak dapat dielak.Mungkin ke saya akan terus kehilangan sahabat? Teman itu...mungkinkah akan hanya berteman untuk satu tempoh yang terhad?

RESOLUSI : terserah pada keizinan Allah SWT.

Tak lama lagi, umur saya akan meningkat satu angka.Semoga usia yang menuju ke angka 18 itu menjadi titik tolak yang bermakna. Terserah pada Allah lagi....

Semalam : balik Tg Malim.Jumpa Pak Ngan dan Mak Ngah.Ye la.. sebelum diri ini terhumban ke Johor....Ternyata ahli keluarga terdekat melahirkan rasa simpati pada saya.mereka tahu betapalah saya akan terseksa tanpa ma, tanpa abah.Nak buat camana...

Juga semalam menonton filem Kuliah Cinta.Boleh la....

101279 | sentuhan nostalgia at 23:44 | apa kau fikir? 3 comments

Tuesday, April 13, 2004

Akibat pusing-pusing...saya dah terpusing-pusing.

Morning.Selamat pagi buat semua.Harapan saya, moga Rabu yang dimulai dengan senyuman ni akan berkesudahan dengan senyuman juga.

Saya rasa kurang sihat.Kaki sakit lagi-lagi kat betis. Kaki juga dah melecet.Semuanya gara-gara semalam.Tak sedar diri saya ajak dia pusing-pusing.Walaupun dah biasa saya dengan kerja pusing memusing pusat membeli belah, tetapi semalam saya telah membuat pusingan berlebihan.Tak pernah lakukan sehebat itu.Pusing tanpa henti. Dari Times Square lintas ke seberang.Lepas tu lintas balik ke Times Square selepas masuk Low Yat. Puas tawaf satu Times Square berulang kali, kami lintas balik.Menuju ke Sg Wang.Entah apa yang bagusnya pusing-pusing tu, saya pun tak tau.Tapi betul-betul terasa tak bosan semalam.Rasa best jer.Setelah lama terhumban dalam dunia bosan, akhirnya semalam saya ada peluang keluar dari dunia bosan itu.Hmm...tapi mungkin hari ni saya bosan kembali.

Kepala pun terasa berat.Sakit betul.Ye lah, petang semalam hujan. Masa tunggu train tu, hujan turun lebat.Langit berdentam dentum.Takut campur risau. Dah la train lambat pulak. Dia tu pulak tak mahu dengar kata saya. Ekekeke.... Sungguhpun saya jahil ilmu perjalanan, kata-kata saya semalam sememangnya betul.Eceh! Kerana dia merasakan dia lebih betul, kami telah ternaik salah train.Train yang kami naik tu menuju ke depan lagi.Hahaha... dan dengan tenangnya, dia telah memberitahu saya "awak...kita salah naik train ni.Nak turun?," saya pun buat-buat tenang.Sebenarnya saya dah agak memang salah.Maka, tergelaklah saya dalam hati sebab tak sangka, kejahilan saya taklah sebesar mana. Ahah... Dan dengan penuh kesiannya, kami berdua terpaksa turun dan tunggu train lain.Hujan tetap hujan.Tapi tak pulak terasa sejuk.

Sebenarnya saya kesian jugak dengan dia.Pertama kali diajak main pusing-pusing.Saya biasa je melakukan permainan tersebut dengan kawan-kawan saya.Tapi semalam, serius sungguh saya telah terlebih pusing.Lebih risau sebab masa tu dah petang.Hampir ke pukul 5.Dan dia pula duduk jauh dari KL ni. Kang mengamuk pulak mak dia... Tak pasal-pasal saya kena tuduh membawa keluar anak bujang orang.Ekekek....[baca : Nurul merepek di waktu pagi]

Apa yang kami dapat?
Di Times Square.Sepanjang berjam-jam mengelilingi bangunan besar tu, hanya LUCKY STARS glow in the dark dan satu key chain teddy bear untuk gantung kat hp je saya kami beli. Maka malam tadi, rumah saya blackout.Hehehe...glow betul bintang-bintang tu. Dok main bintang saya malam tadi.
Di Sg Wang pon.Beli teddy bear.Key chain juga namanya.Huhu...

Sebenarnya semalam adalah kali pertama saya merasakan yang langkah saya berbeza. selalunya apabila keluar, saya dan teman yang lain menuju dari satu kedai ke satu kedai yang menjual pakaian wanita, beg, kasut, dan apa-apa sahaja berkenaan wanita, Tetapi semalam, boleh dikatakan keseluruhan kedai yang saya jejaki, adalah kedai lelaki.Tak kisah pun.Tak apa.Saya jarang masuk ke kedai lelaki.Huhuhu....

Saya tanya dia...penat? Dia angguk.Hahah...mari kita berpenat-penatan. Pagi-pagi tadi, dia sms.Katanya dah tidur lama pun masih penat.Cubalah kalian bayangkan...bagaimana aktiviti pusing-pusing kami semalam.Dahsyat tak dahsyat tu?

Quick note- semalam dapat surat dari UiTM
- esok ada interview. Mimi pon dapat
- hari ni nak kemas bilik.
- nak cari bekas isi bintang.
- nak tidur awal malam ni

100501 | sentuhan nostalgia at 20:28 | apa kau fikir? 4 comments

Hari yang Lalalala....Besh Lalalala.... Tragedi 13 April

Saya : tersenyum
mood : antara lega, pelik tak berkesudahan dan hepi

:: Saya tersenyum kerana memikirkan kembali apa yang dah saya realisasikan pada 13 April 2004 ini. Ye, tarikh 130404.Tarikh yang amat lucu dan penuh sindiran untuk diri saya. Maka, elok saya senyum dan sengihkan diri sendiri. Adakah Nurul telah berubah gara-gara usia yang sudah meningkat satu angka? Saya masih senyum... ::

::Mood yang saya nyatakan itu serius dirasai.Saya rasa lega kerana debaran dah berakhir. Saya rasa pelik sebab ini adalah kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya melakukannya. Pelik juga bagaimana saya punyai keberanian itu?Atau mungkin itu adalah keberanian yang telah lama saya simpan sedikit demi sedikit? Hepi.... hepi kerana semuanya berjalan lancar.Saya enjoy. Saya rasa....Okey! Mungkin sebab dah lama saya kurung diri.Bukan dah lama.Tapi sememangnya saya kurung diri tanpa pernah beri peluang diri ini untuk lepas.::

Ah, bahasa bunga-bunga.Kalian tak faham.

Bahasa mudah :
Saya temui seseorang.SESEORANG. Baca lagi - SESEORANG. Siapa? Siapa? Mr Bean? Tidak...tidak...David Beckham? Ahahaha....mana mungkin.Saya temui seseorang yang datang atas nama LELAKI. Ahahaha....Serius saya menganggap hal ini sesuatu yang amat membanggakan saya kerana ini adalah percubaan pertama saya keluar dengan seseorang bernama 'lelaki'.Mungkin ada yang geli hati.Barangkali nak serahkan simpati kerana saya tidak pernah keluar bersama lelaki sebelum ini.Tapi ini tetap kenyataannya. Saya dah pun keluar dan melalui hari serba tak berdefinisi ini bersamanya. Tak usah sebut nama.Sebab saya bukan nak bercerita tentang diri dia, cuma nak memberitahu kalian, betapalah saya berani.SAYA BERANI. Pertama kali dalam hidup saya, saya dapat merasakan yang saya sebenarnya berani. Maka selepas ni, saya tidak akan berdiam diri sekiranya ada yang melabel diri ini sebagai penakut.

Jam 11 pagi, di hadapan McD tidak jauh dari stesen LRT Masjid Jamek, saya telah temui dia.Tak pernah jumpa sebelum ni.Lebih dahsyat, dia tak mengenali saya.Sekurang-kurangnya saya ada juga melihat gambar dia.Tapi dia? Ye...keberanian juga untuk dia. Tapi antara saya dengan dia, saya lah lebih berani. Ahahaha... Nurul! Macam mana awak boleh lakukannya?

Main pusing-pusing.Penat dia.Saya juga.Terima kasih yang tak terhingga buat dia yang sudi layan saya pusing-pusing Times Square, Sg Wang dan sekitar BB Plaza tu.

Tak mahu cerita banyak.Sebab itu bukan untuk dikongsikan. Hanya yang nak saya tunjuk-tunjuk dan megah-megahkan diri.... eceh... saya berani! Saya dah lakukannya. Dan...dia sangat comel [dah banyak kali saya katakan benda ni].....

Kaki oh kaki...! Kaki saya dah melecet.Baiklah, nak berhenti.Saya belum solat. Wassalam-

-SEBUAH PERTEMUAN-

+++ Baru sedar : setiap insan ada keberanian. Cuma kadang-kadang tersorok dalam diri mereka. +++

saya mahu cerita lagi.Tapi bukan sekarang.

100343 | sentuhan nostalgia at 4:44 | apa kau fikir? 2 comments

Monday, April 12, 2004

Nur Kasih

Nasyid lagi
Ye...masih terhumban dalam mood jiwang.Maka masih bergelumang dengan lagu-lagu nasyid untuk memenuhi keperlua mood yang sedang saya alami...Nurul...oh Nurul...bila nak sembuh?Penyakit ni berjangkit tak?ye...mungkin kot.Saya pun mengidap penyakit angin jiwang ni dari insan lain.Kiranya, saya ni dah terjangkit.Harap-harap, tiada yang berjangkit dari saya.Mood ini kurangs elesa untuk dinikmati.Luar tahap normal.

"Nur kasihmu...mendamai di kalbu...
jernih setulus tadahan doaku...
rahmati daku dan permintaanku...
untuk bertemu di dalam restu
..."

Siapakah Si 'Nur Kasih'? Biar AllahSWT yang tentukan.Saya tunggu saja.Kalian juga. di tanganMU Tuhan ku pasrah impian..penentu jodoh pertemuan...seandai dirinya tercipta untukku...relaku menjadi miliknya...

Siapa-siapa pun, itu satu ketentuan Yang Maha Esa.Jangan dipersoalkan ketentuan DIA.Kita hanya mampu tadah tangan dan meminta.Dan mintalah yang baik.Arrrght...!Apa kata hentikan dulu mood jiwang yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh buat ketika ini?Ya, saya akan hentikan dulu.

Oh, tulang!Terasa ringan tulangku.....
Saya nak cerita pasal 'ringan tulang'.Sepanjang minggu ni, saya bangkit awal.Tak mahu tidur terlalu lama.Mungkin kerana saya tidak lagi bersepupukan kelawar yang berjaga hingga lewat pagi. Mungkin juga kerana....kerana...kerana apa ye? Ye...kerana saya mendapat seru sepanjang minggu ini untuk meringan-ringankan tulang lebang. Pemalas.Selalu saya dilabel dengan cop itu.Saya terima dengan hati yang tidak begitu terbuka.Sungguhpun itu benar.Saya pemalas. Nurul pemalas.Betul juga tu.Tapi ada ke insan yang mahu mengaku dirinya malas?Tiada....Maka, saya juga tergolong dalam kategori yang sama.

Tapi pagi tadi, saya bangkit awal.Tidak dikejutkan oleh kekasih saya [handphone].Bukan kerana ada miskol, bukan juga kerana ada msg yang menjerit minta dibaca.Cuma kepala angin baik yang membuatkan saya bangkit awal.Terus ke dapur.Tapi aktiviti pagi kegemaran tetap berjalan seperti biasa.Apa dia? Owh...bersenam ye, Nurul? Bukan...bukan...Bukan bersenam. Cuma berangan-angan seperti kebiasaannya.Tapi hari ini tidak lama masa yang saya ambil untuk berangan-angan.Hanya secukup rasa.

Kerja rumah paling saya gemari : Cuci pinggan dan sidai baju
Sebab : Saya pencinta air sedunia.Bermain dengan air ketika mencuci pinggan taklah seteruk mana.Sejuk dan terasa mudah. Saya juga seorang pakar cuci pinggan amatur yang baik. [ huh? ] Sidai baju juga begitu.Kain yang disidai semestinya basah.Maka menyejukkan saya juga.Hahaha....alasan kurang bijak yang mampu saya berikan.
Sebenarnya : kedua-dua kerja ini mudah.Tak lenguh tangan dan tak menyakitkan.Juga tidak menyeksa jiwa dan raga.

Lebih rajin - saya tambah sedikit kerja rumah tanpa paksaan sesiapa.Mendengar ma berkata yang ma mahu membersihkan rumah hari ini.Mahu menyapu dan mop satu rumah.Memikirkan itu, saya lekas-lekas lakukannya dulu awal pagi tadi.Tidak mahu ma bersusah payah lakukannya.Dan tak keterlaluan kiranya saya katakan, saya perlukan sedikit pujian dan penghargaan hari ini.Entah mengapa.Tapi benar-benar saya melakukan semua kerja itu dengan impian yang tinggi memuncak bahawa ma akan ucapkan terima kasih dan tersenyum lebar.[baca : tapi kerja ini tetap ikhlas dari hati kudusku]

Yes! Nampak muka ma hari ini, perkara pertama yang saya beritahu...."Ma, orang dah kemas semua.Dan sapu dan mop lantai," kata saya tak menyempat-nyempat.Bangga pon ada.
Impian tercapai - Ma senyum lebar... dan dengan riang hati ma katakan pada saya, "iye?Bagus la...terima kasih...," berbunga-bunga mekar hati saya.Saya hanya suka berterus terang.Dan kebenarannya memang begitu.Saya ikhlas lakukan semuanya, tapi saya memang minta ucapan terima kasih sebagai penghargaan.Saya perlukannya.Benar-benar perlukannya hari ini.

Selebihnya, menjalani hidup seperti biasa.Diam di bumi, apa lagi yang manusia lakukan kalau bukan bernafas, makan, minum, tidur dan rutin-rutin harian biasa.Kalau saya tinggal di Marikh atau Pluto, mungkin rutin harian saya luar biasa.Amat luarbiasa. Tak mengapalah, Bumi dan cukup baik.Cukup indah.Tak terkilan pun kerana tidak berkesempatan melawat Marikh ataupun Pluto.

Hanya esok.Hanya dengan sekali lompatan hari, semuanya akan saya hadapi.Tak tahu lagi.Samada esok jantung saya akan bertindak normal atau sebaliknya.Risau-kalau-kalau saya diserang letupan jantung.Saya akan lakukan perkara yang tidak pernah saya lakukan sepanjang usia kelahiran saya.Dan saya akan lakukannya esok.Saya pun masih bersoal jawap dengan diri sendiri.Waraskah saya ketika mengesahkan hal itu?Waraskah? Ada sedikit waras...masih ada waras.



++++ akal yang kecik, banyak yang saya sumbatkan.... sabar lagi wahai kepala, akal, dan otakku..... ++++

100107 | sentuhan nostalgia at 1:30 | apa kau fikir? 1 comments

Saturday, April 10, 2004

Satu Hari Lagi....

Ye...satu hari lagi untuk saya miliki.Permulaan satu lagi hari baru. Dan saya belum tahu apa yang akan saya lalui sepanjang hari ini. Insyaallah, kalau bukan hari ini menjadi hari yang paling istimewa, sekurang-kurangnya ia akan jadi tenang.

Celik mata pagi lebih kurang jam 8.Kemudiannya, macam biasalah.Bermalas-malas dulu atas katil.Berangan jauh sampai ke kisah yang bukan-bukan.Sengih-sengih sendiri memikirkan angan-angan tersebut.Dan akhirnya...mata kembali bernafsu untuk tidur.Eh, tak boleh! Kena bangun.Tak boleh tidur lagi.Terkebil-kebi mata sambil tu anak mata merayap memerhati segenap sudut bilik. Biasa.Bilik ni nak kata bersepah, tidak! Semuanya tersusun lagi. Nak kata kemas, pun bukanlah sekemas mana. Di antara kemas dan tidak.Kalau kira cincai-cincai, boleh lagi kata bilik ni selesa.

Masih berbaring, tiba-tiba hp berbunyi.Ada panggilan. Belum sempat tangan mencapai, dah berhenti.Oh, miskol! Saya lihat skrin. Nama seorang teman tertera.Hmm...senyum saya.Dah sah kebosanan. Apa da...baru cuti belum pun 24 jam dah bosan.Saya ni? Tahap kebosanan yang tak boleh dibantu lagi.

Jantung...
Merah menyala oh jantungku...
berdegup pantas kernamu..
haru biru fikiranku...
bila kau pergi jauh...


Eceh!Nyanyi-nyanyi pulak untuk jantungku sendiri.Tapi itulah yang dirasai oleh jantungku ketika ini.Tapi rangkap akhir "...bila kau pergi jauh..." tu memang sekelumit pun tak de kena mengena dengan jantung saya.Maklumla... siapa pula yang nak pergi jauh kalau yang datang pun belum ada. Ekekek..Tapi sememangnya berdegup pantas kernamu. Dah masuk hari ke4 saya berdebar-debar.Kenapa? Sebab... hmmm.. nantikan kisahnya pada 13 April ini. Saya tak mahu cakap... tak mahu juga ceritakan sekarang.

Betullah seperti yang saya jangkakan.April ni seakan-akan dipenuhi dengan debaran.Masuk 13 April yang bakal datang ni, bertambah lagi satu debaran saya.Saya tekad sebenarnya kali ni.Tak kira apa pun, debaran tu tetap akan saya tempuhi.Ewah...!Biarpun debarannya bagaikan drum yang diketuk-ketuk sehabis tenaga. Saya tetap dan tetap akan teruskan. Wohoo..bunyinya macam nak berperang Nurul ni.

Untuk pembaca, kalian nantikan sahaja kisah 13 April.Insyaallah, kalau diizinkan Allah, peristiwa 13 April akan terjadi.Kalau tiada keizinan Allah..bermakna ia memang lebih baik tidak terjadi. Hmmm... saya terpaksa bercerita pasal hal ini kerana saya betul-betul asyik memikirkan hal tu.Maklumlah, pertma kali dalam sejarah kelahiran saya.Takut beb~

Semoga hujung minggu kalian menceriakan.



+++ kita tak tahu apa yang ada dalam beg kertas ini...hinggalah kita membukanya....Begitu juga hari hidup kita...kita tak akan tahu sehinggalah kita berhadapan dengannya... +++

99906 | sentuhan nostalgia at 20:21 | apa kau fikir? 1 comments

Ingin Tahu

"Tidak sukar untuk kumembaca hatimu...
bila mata lebih lantang bersuara...
apa kupercaya
dedaun mekar di pepohon
rupanya gugur di musim luruh...

Dalam diam cinta telah merubah hati
dalam diam persimpangan menanti..
bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi
tiada sinar kasih menyinari

mungkin dirimu dah ada pengganti
yang mengukir senyuman hatimu dah dicuri
mungkin juga diriku sudah menyusahkan
tidak sempurna lagi..
apa itukah di hati

demi kasih kita...
katakanlah sayang...
hanya awan mendung yang kan menanti kita
tak guna berpura jika hati tawar
oh demi kasih kita...
ikhlaslah padaku..
masihkah punya ruang di sudut hatimu...
atau dah tertutup pintu di hatimu...
katakanku ingin tahu...
ingin tahu kerna masih sayangkanmu..

daku faham bibir enggan berbicara
mungkin tak sanggup lihat kukecewa
setelah sekian lama
impian dibina bersama
namun takdir punya kisah berbeza...

tak terbayang pedih rasa di hati
tak pernah kualami
tak bisa diubati
tanpamu di sisiku..
bagai hilang punca
kuhilang segalanya..
hanya kau yang ku cinta
"

Lagu Ingin Tahu.Entah...entah...entah...Entah kenapa hati jiwangku sudah jatuh cinta pada lagu itu.Sebenarnya ini cinta pandang pertama [baca : cinta dengar pertama]. Masa menonton filem Mr Cinderella 2, terkeluarlah pula lagu ni sewaktu Erra Fazira lari meninggalkan pejabat Yusry.Maka tercicirlah kasut merah Erra Fazira....Hmm..tak berapa menonton filem Melayu. Tapi memandangkan filem tu macam best-best je, saya pon belilah cd. Boleh la...Tapi lagu Ingin Tahu memang sedih pula bila didengari. Maklumlah, dalam mood jiwang yang masih belum sembuh ni, lagu-lagu jiwang memang cepat berkenan di hati.

Saya : sekarang terbelengu antara ingin mengaku diri bahagia atau sebaliknya.Tak mahu mengaku apa-apa.Kerana perasaan yang dialami boleh berubah bila-bila masa.Emosi tak tentu.

99825 | sentuhan nostalgia at 1:29 | apa kau fikir? 1 comments

Friday, April 9, 2004

-Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih-

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih...walau ke dasar lautan sanggupku selami...
Nurul kata : betul.Bukan senang macam nak pilih kicap kipas udang untuk hidangan makan malam.Mencari kekasih susah. Terpikir-pikir... bagaimana agaknya ada insan yang mudah betul jatuh hati lalu menganggap itu serius.Senang.Cukup senang...dan saya terus heran.

Hari Jumaatku...
Pagi-pagi.Pukul 7 pagi ma dah kejutkan saya.Saya pulak set alarm pada hp pukul 8 pagi.Maka tidur lagi sejam.Tak tidur sebenarnya. Berbaring atas katil sambil fikir macam-macam.Uish..pagi-pagi buta lagi dah beri tugas berat untuk kepala.Sorrylah kepalaku....

Siap-siap, terus abah hantar ke Cempaka.Hmm...hari ni kali pertama saya beli sendiri tiket LRT untuk one trip.Selalunya Aizar atau Hani yang belikan.Ataupun saya hanya beli stored value card. Tapi memandangkan hari ni hari terakhir saya akan ke kelas, baik tak usah membazir duit beli kad stored value. Saya pun bukan rajin merayap keluar.Dan nasib kurang baik, abang tu pulak yang jaga kaunter.Ni adalah kali ketiga dia tegur saya.Dan ini kali ketiga jugalah saya suruh dia ulangi apa yang dia cakap.Dan lagi....juga kali ketiga saya kurang faham apa dia cakap.Abang oh abang....dirimu yang tak dikenali, maka bahasa mulutmu juga tak saya fahami. [ahahah] Kali pertama dulu, entah apa dia cakap langsung saya tak tau.Yang pasti dia suka gelak-gelak bersama teman sekerja dia yg berbangsa India bila ternampak saya.Tak selesa.

Kali kedua saya ditegur ialah sewaktu berlaku satu kes yang menakutkan saya.Rasa tak hidup.Fuh...dari Masjid Jamek sampai ke Cempaka saya diekori.Oleh siapa?Oleh seorang lelaki gila yang belum diiktiraf gilanya.Punyalah saya nak larikan diri dari lelaki gila tu [baca : bukan org gila.Cuma pada saya tingkah laku dia memang seangkatan golongan gila], saya lari naik ke tingkat atas.Abang yang jaga kaunter tu pula yang keluar.Barangkali dah abis tugas. Dia dekat ngan saya, katakan sesuatu sambil tergelak sendiri dengan kata-kata dia.Saya tak faham.Rasa nak buat bodoh, tapi rasa kesian melihat dia tergelak sendiri.Lalu saya keluarkan skit je suara..."ha?," Dia ulang lagi apa dia kata.Pon saya tak faham.Yang saya dapat tangkap hanyalah "bla bla..bla..tak balik lagi? bla..bla..bla..." Maka saya hanya senyum.Buat-buat faham.

Dan pagi tadi, buat kali ketiga.Terpaksa berdepan dengan dia.Sbb nak beli tiket.Dari jauh dia sengih.Saya? Saya mana reti sengih kat orang yang tak dikenali.Saya buat muka selamba mak minah. Dia kata sesuatu lagi kat saya dan tersengih-tersengih cam biasa. Saya sekali lagi.."ha?," Dia sengih makin lebar. Apa daa... Maka dia ulang apa dia cakap. Dan kali ni pun masih kurang jelas... "ha?," sekali lagi saya ha? Dia sengih lagi dan lagi... "senyumlah sikit," kata dia kuat sedikit ton suara.Owh...suruh senyum.Hmm..maka senyum tak ikhlaslah saya pagi tadi.Tu pun antara senyum dengan tak.

Saya paling tak gemar disuruh senyum.Kan saya tahu kalau saya nak senyum.Kalau saya tak senyum, maknanya memang tak berkeinginanlah tu nak senyum. Tapi abang tu saya tak kisah sangat. Dia tak menakutkan. Seorang pakcik yang jadi pengawal kat Cempaka tu lagi menakutkan. Dahlah pakcik. Entah-entah ma pun lagi muda dari dia, Dia pergi ikut saya, sengih-sengih.Eiii... kalau pangkat pun dah pak cik nak buat begitu, memang namanya gatal tak boleh garu. Nak saya garukan ke? Boleh ajer. Garu dengan gergaji. [baca : beremosi]

Xm berjalan lancar.habis xm terus balik, tak mahu jumpa sesiapa kerana tiada masa.Ma dah tunggu lama di Cempaka.

Seorang budak perempuan nangis di Cempaka.
Sayalah budak perempuan tu.Menangis sebab ditinggalkan.Ma dan abah tak lalu nak tunggu saya lebih lama sebab saya lewat sejam dari yang sepatutnya.Abah pun nak kejarkan sembahyang Jumaat.Itupun sebab pihak pentadbir Generasi kecoh-kecoh pasal konvo. Bengang! Saya menangis masa telifon ma.Entah kenapa itu pun nak menangis.Ada amoi yang duduk sebelah saya pun asyik perhatikan saya.Apalah punya budak.Buat adegan nangis-nangis pulak tengah-tengah hari terik camtu. Air mata murah...

Ingin Tahu.
Lagu-lagu yang sedang saya ketagih.
-Demi Cinta Suci
-Sebuah Pertemuan
-Bisikan Nurani
-See U di IPT (hepi2 je lagu ni)
-Ingin Tahu (erra fazira)

cuba kalian yang meminati mood jiwang rajin-rajinkan diri mendownload lagu ingin tahu.Mesti lentuk habis. Hahaha... haish..Nurul makin parah jiwangnya. Ada tak unit rawatan rapi kejiwangan.Nak daftar dirilah sebagai pesakit.Saya dah terjebak dalam arena jiwang antara bangsa ni.Jiwang itu adalah penyakit ke?

99708 | sentuhan nostalgia at 3:43 | apa kau fikir? 1 comments

Thursday, April 8, 2004

-Yang Kumahu-

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan


Berkumandang lagu 'Sebuah Pertemuan' nyanyian UNIC mencabar sepi malam.Selesa dengan lagu tersebut, malah makin lama makin terbeli minat saya pada lagu nasyid itu.Sama seperti lagu 'Bisikan Nurani'.Mendengar lagu-lagu sebegini tiap kalinya mendatangkan sesuatu.Iaitu rasa.Rasa tenang, pilu dan cemburu.

Tenang
Alunannnya tenang.Tak terhangguk-hangguk kepala 'rockers sedunia'.Dan lagi, rasa selamat dan terlebih-lebih selamay cinta sebegitu. Sebegitu?Ya...seperti yang tertulis dalam lirik kata lagu tersebut.

''Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
''

Kasih sayang beginikan selamat.Selamat dari segala kemungkaran. Jauh dari apa yg kita perolehi dari lagu-lagu cinta lain. "menunggumu di pintu syurga..." konon-kononnya pintu syurga. Demi cintakan Si buah hati, boleh sampai ke syurga ke? Tak mengapalah...sekurang-kurangnya masih mengharap syurga.

Pilu
Ada liriknya yang menyentuh dalam ke sanubari.Lagi-lagi buat jiwa yang sedang berkasih.Eceh...Hmm...[baca :tapi bukan jiwa saya]

"Lautan kematian ombak
tenang pantai tiada terusik
begitu tasik hatiku...
sejak kehadiranmu...
"

Pilukan?Betapalah pilunya dengar lirik sebegitu.Secara peribadinya, saya tersentuh habis kalau ada manusia yang menganggap kehadiran saya sebegitu rupa.Malah setiap wanita akan tersentuh.Terasa betapalah berharganya kehadiran kita di sisi seseorang.

Cemburu
Tang mana cemburunya?Entahla kenapa, tiap kali dengar lagu 'Bisikan Nurani', tang korus dia tu betul-betul buat saya cemburu.Risau kalau-kalau ada wanita sesempurna itu dimata lelaki. Dan ini sekaligus menimbulkan rasa cemburu yang amat.

"<u>kejernihan wajahmu...
sempurna pada pandanganku
kau kirana...
keturunan terpilih
disanjung serta dihormati
kau permata...
kesederhanaanmu..
mengecap kekayaan dunia..
kau mestika..
ketakwaan dirimu..
itu yang merantai jiwaku...</u>"

cemburu tak?Cemburu kan kalau ada seorang wanita lain disanjungi seorang lelaki kerana itu.Tapi sememangnya layak sangat wanita sedemikian sifatnya disanjung tinggi.

Dan impian saya adalah memenuhi ciri-ciri wanita yang ada dalam lagu tersebut.Akan kah?Akan kah? Akan kah? Berkali-kali kena saya soalkan diri ini.Mampu ke saya?
Dan bagi lelaki yang menyanjungi dan menghargai wanita akan kerana sedemikian hal, sangatlah takjub saya akan dirinya. Ada ke lelaki yang sebegitu?Kalau benar ada...[sekejap...ada yang datang msg berhubung status nasyid mode saya ni]

ehem...seseorang datang.Dan seperti biasalah.Dia akan datang demi menegur status YM saya. Status semasa : Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih-UNIC. Katanya jiwang sungguh status tu.Tersentak juga kerana saya sebenarnya tak begitu betah dilabelkan jiwang.Lagi katanya...tak apa lah jiwang-jiwang dalam usia macam ni.Nak tergelak pon ada bila katanya, itu lebih baik dari saya mencari 'player' dibuat boifren.Hahaha...sudah tentulah tidak.

Tapi betul jugak.Tak tahu apa puncanya, asyik jiwang ajer saya ni. Tak kena sungguh!Mana taknya, rata-rata teman yang diajak berbual pon gemar berjiwang-jiwang sekarang ni.Termasuklah waktu ini.Pun sedang membualkan topik jiwang.Pasal lagu nasyid la. Lagu Sebuah Pertemuan tak sesuai untuknya kerana dia single? Maka tak sesuai jugakah untuk saya? Ekekekek...

Astaghfirrulah...dah terlalu jiiwang jauh ke mana saya ni.Baik berhenti sebelum menjadi-jadi saya layan jiwa ni.Wassalam.

99535 | sentuhan nostalgia at 9:06 | apa kau fikir? 3 comments

Tak Terkata...

Ada sesetengah perkara yang tidak boleh dijelaskan melalui bahasa.Iye ke? Habis, nak guna apa?Guna tiang? Guna haiwan peliharaan? Atau pun gunakan parang?Hmm...Guna renungan mata, perlakuan, malah boleh juga dengan isyarat-isyarat khas tertentu. Berkesan ke?Sampai ke bahasa mata dalam komunikasi bisu sebegini?Merenung jauh ke dalam mata....[aksi : nak tergelak]...

Ikhlas saya katakan, ada masanya saya bukanlah manusia bijak berkomunikasi menggunakan bahasa selain dari bahasa mulut.Kata orang, kalau kita direnung, ada sesuatu boleh disampaikan pada kita.Itu kata orang. Saya tak pulak nak katakan yang sama.Sebab akal saya barangkali selalu dididik patuh dengan hukum yang termaktub.Kalau nak, baik suarakan 'nak!'. Kalau suka, baik suarakan 'suka!'.Tapi kalau nak menilai isyarat komunikasi melalu mata...memang biasanya saya gagal.

Malah saya tak bijak juga menggunakan isyarat-isyarat tersebut. Saya hanya yakin pada perkataan sungguhpun tak dapat ditolak bahawa ada perkara dalam hidup ini, yang tidak dapat dijelaskan oleh bahasa.Tapi saya tak pula selalu punyai keberanian untuk bersuara.Lebih-lebih lagi yang mengaitkan hati dan hubungan sesama manusia.Sungguh...saya mahukan sesuatu yang terus. Terus-terusan tanpa simbolik.Itukan lebih mudah.

Tiada apa-apa sebab yang membawa saya terpesong ke arah topik ni.Cuma kepala ni tiba-tiba menyambar idea itu.Maklumlah... kepala ni tak reti diam.Sering ditakungi macam-macam hal untuk difikirkan. Dan ini adalah tabiat yang telah saya warisi sejak kecil. Pantang nampak sesuatu.Bukan sahaja mata yang memandang, tapi akal juga ligat berfikir akan apa yang dipandang mata. Inilah mungkin penyebab kenapa saya rasa sentiasa 'berat'.

Berbalik pd topik bahasa-bahasa tadi, saya menyokong manusia menggunakan komunikasi mulut.Biar bersuara.Biar telinga manusia lain dapat mendengar.Sebab bukan semua manusia mampu respon terhadap bunga-bunga perlakuan kita.Takut terlebih bunga, tak sampai pulak tujuan yang satu.

Hari Saya.
Semuanya kembali normal.Kalau ada saki-baki yang abnormal, mungkin boleh diabaikan.Saya dah malas nak menyesakkan jiwa lagi. Esemen dah beres.Cuma tinggal kemas kini.Tapi bolehlah dikira siap.Astri yang tolong print kan. Wah wah...tak malu betul diriku ini.Huhuhu...dahlah ke rumah Astri, Astri yang jemput.Balik pun berhantar.Jasa-jasa itu akan saya kumpulkan dan satu hari nanti, kalau-kalau awak memerlukan saya, saya sedia je berkhidmat. Ehem...

Malam ni, tidak mahu main pengsan-pengsan atau mati-mati lagi. Biarlah saya lepaskan nafsu tidur pula.Lama sudah nafsu itu terabai. Hampir bersepupukan kelawar saya ni.Berjaga hingga ke pukul tiga, empat pagi.Tak baik untuk kesihatan gadis-gadis sedunia. [cakap : betul!]

Oh ha! Mana yatty? Lama tak 'nampak' yatty.Akhir 'jumpa' pun masa kitorang main-main di pagi hari.Main 'cakap-cakap'. Di mana pun Yatty berada, Nurul tetap ada di sini tak berganjak-ganjak.Huhuhu....

Sebenarnya pagi tadi dah sempat merayap di blog-blog orang lain, Juga sempat jenguk blog Sya. Terkejut.Dah lain.Untuk adikku sorang tu...jalanilah hidup semeriah yang boleh.Pedulikan apa yang patut dibiarkan sahaja.Belajar pandai-pandai...dan yang penting, jangan sesekali melupai kakakmu yang baik hati ini... [baca : perasan lagi].Siti pon dah lama saya tak dengar cerita.Selalu juga perasan dia online MSN.Tapi saya bukan penggemar MSN, maka wujud atau tidak MSN, saya tak pernah ambil pusing. Eh eh...hari ini hari memperingati sahabat-sahabat sedunia ke? Hmm...sebut pasal sahabat, apa khabar pula teman sehati sejiwa, Marlia.Aizar juga.Bagaimana keadaan penasihat kanan dan pengawal keselamatan peribadi saya? Saya amat merindui kalian.....

Untuk Azhani : Selamat melangkahkan kaki ke alam baru.Gembira hendaknya nanti di MMU Melaka.Tiada lagi teman baik seperti Mimi akan Hani jumpa nanti.Tiada lagi sumber kaunseling sebaik Marlia nanti. Juga tiada teman nakal yang suka usik orang sana sini semulia saya [baca : Nurul perasaan lagi dan lagi].Tiada Aizar, tiada Astri, tiada! Semuanya tiada.Nanti Hani akan bertemu dengan kumpulan manusia lain.Samada kumpulan itu layak bernama teman atau sebaliknya, tengoklah nanti.Wohooo..bukan Hani saja.Malah setiap seorang dari kami akan terpisah.Akan ada haluan sendiri. Akan juga bertemu manusia baru.Harapnya, sebaik dan seselesa teman-teman yang ada kini.Saya sayang sangat pada kalian... Tapi kita tetap akan memulakan langkah sendiri yang tak sama hayunannya. Kena lah terima....

Untuk Mimi : 'Dia' datang lagi ye?Tak usahlah terlalu menghalau.Biarkan dia datang.Yang penting, kuatkan hati Mimi agar tak terikut kali kedua.Benar.Dia bukan makhluk sempurna.Sebab manusia bukan malaikat.Ampunkan dia...Tapi untuk menerima dia kembali, cuba-cubalah dibawa berfikir seberapa banyak yang boleh.Tak mahulah campur urusan kalian berdua.Cuma beri pendapat sebagai teman.Lagipun, Mimi banyak mengadu kebelakangan ni.Kesian bunyinya...dan keadaan-keadaan hiba manusia selepas musim 'cinta' [kononnya cinta] lebih menguatkan pendirian saya agar berdiri lebih jauh dari garisan cinta.Belum masa... betul-betul belum masanya.Dan ini semua...kekecewaan manusia, air mata teman, seksa sakit hati yang manusia-manusia sekeliling alami telah menakutkan saya. Benda ni tak perlu dicari.Biar datang sendiri...biar dia payah nak mendatangi kita supaya dia payah juga nak meninggalkan kita. Jika terlalu mudah ia datang, semudah tu lah juga ia pergi.Tak seronokkan? Ah, tak suka topik ni. Saya masih kecil.Dan saya akan sentiasa memikirkan yang saya masih kecil untuk itu.

Untuk yang sedang berduka lara akibat cinta.... cuba jadi bijak.Kalau tak banyak, sedikit.Jangan terus membodohkan diri dengan terhumban jauh dalam alam maya kesedihan.Tak siapa yang suka.Malah selesakah begitu?Hidup ni untuk dinikmati.Dan teringat sentiasa kata-kata Teacher Marziah.. "this life is too short to cry'...Iyalah tu Nurul...kau pun kuat nangis! Ehem.. Yang masih kecewa, ingat Allah banyak-banyak...

"Sedang hati kita elok cantik kebahagiannya, kita berikan pada seorang kekasih.Lalu ia dirosakkan oleh kekasih itu.Sedang hati kita tak cantik, tak elok dan telah dirosakkan, kita berikan hati rosak itu pada Allah SWT...maka Allah akan cantikkan kembali. Semua ada akal. Fikir sendiri."

99495 | sentuhan nostalgia at 5:05 | apa kau fikir? 0 comments

Wednesday, April 7, 2004

-belum tidur-

Saya harap saya sedang tidur dan hanya bermimpi bergelumang dengan esemen yang jenuh tak terbuat ni.Tapi sebaliknya.Saya bukan tidur dan saya tak bermimpi juga. Saya betul-betul sedang menyiksa badan dan berlaku zalim dengan mata saya.Saya belum tidur.Padahal nafsu tidur memang tinggi malam ni. Kerja...kerja...kerja...mesti siap!

Teman saya sepanjang malam ni : Tadi Astrie. Terima kasih darling...memang Astrie la satu-satunya teman yang tinggal dibuat tempat nak ngadu-ngadu. Kak Wanie pulak, tak muncul hari ni. Maka, saya usik Kak Zuril.Hahaha...asalkan dapat saya lepaskan keinginan mengusik manusia yang ada. Masih ramai yang online. Masih kuning icon senyum mereka di YM.Dan di MSN, ada seorang yang online lagi.Hmm..bukan saya yang terseksa mata sebenarnya. Bukan saya seorang juga pungguk rindukan bulan. Eh...taklah.Tak rindukan bulan pon.Bulan yang rindukan saya barangkali.[kata bulan : errr... tak langsung].Tapi mungkin juga.Sebab dah lama selama-lamanya saya tak tengok bulan. Maklumlah, tak keluar rumah.Jangankan bulan, matahari pun tak berpeluang nak menjilatkan cahayanya pada jasad saya.

Kak Zuril tunggu jam 2.30 pagi.Nak saksikan perlawanan bola.Moga-moga AC Milan memang.Kalau tidak...sia-sia belaka pengorbanan kak Zuril atas nafsu tidurnya.

kak zuril: ngantuk la plak
kak zuril: camne nak tgk bola nih
kak zuril:
NuRuL: uishhh
NuRuL: dah tergugat ke keinginan
NuRuL: sabar kak...
NuRuL: demi milan
kak zuril: adeii
kak zuril: takpe2
kak zuril: ade lg nafsu nih
NuRuL: tahankan nafsu tu bebaik
NuRuL: tak lama
NuRuL: sejam setengah ke lg
kak zuril:
kak zuril: tgh bertahan la nih
kak zuril: ekeke
kak zuril: adui
NuRuL:
NuRuL: demi nafsu bola
NuRuL: maka terkorbanlah nafsu tido
NuRuL: kak zuril
kak zuril:
kak zuril: amboi
kak zuril: ayat dia
kak zuril: mana blajar nih?
kak zuril: ewah
NuRuL: nafsu yg ajar
NuRuL:
kak zuril:
kak zuril: sudah pandaiii arr sikalang
NuRuL: pandai dr dulu lg
NuRuL: tp tak menyerlah
kak zuril: hehe
kak zuril: paham2

Hmmm...tiada bahan cerita.Sumbatkan ajer perbualan ni pun okay jugak kan?Jelas ketara tak pengorbanan Kak Zuril?Saya tak mau cakap...anda ceritakan...[ceh! mcm iklan Ponds]

Sensasi hari ini : Si Mengader [maaf..terpaksa gunakan ayat ni untuk kefahaman pembaca].Dah mengalah.Dia mengalah dan juga kalah.Ahahaha...Kira dah berdamailah jugak. [baca : susah nak dptkan kedamaian ni]...Berhubung kes ni...pon saya tak mau cakap, anda ceritakan... [pengaruh iklan]

Dah rancang
Esok akan bangun pagi.Sepagi yang boleh.Pesan astri - kejutkan dia waktu subuh.Kejut guna telefon lagi tu.Insyaallah. Pagi esok nak ke rumah Astri.Astri yang jemput.Nak pinjam printer dengan membawa kulit muka setebal kulit badak berendam ni.Terima kasih sangat-sangat Astri. Sensitif gak teman ku yg satu tu dengan masalah kawannya ni. [terharu]Selepas tu, Astri setuju nak temankan saya pergi bind esemen.Lagi terima kasih.Kalau dikumpul-kumpul, boleh bukak gudang jugak 'terima kasih' yang pernah saya bagi kat Astri.Haaha...

Sekarang
Hanya bersama Saudara Remi atau....[tak mo sebut dah].Sambil buat esemen, sambil berchatting.Juga sambil download dan mendengar music.Sempat juga update blog.Tu lah yang dikatakan oleh Kak Zuril sebagai sambil menyelam minum air.Dan pesannya, baik-baik...jangan lemas.

....berhenti....

99325 | sentuhan nostalgia at 11:57 | apa kau fikir? 1 comments

Marah, Tahan Nangis

MEMANG MARAH!!!!Banyak kegilaan yang menyumbang kemarahan

1- Printer rosak.
2- Apa yg saya dah tulis sepanjangnya untuk entry kali ni ter'cancel
3- Esemen belum siap
4- Tadi ingat nak main pengdsan-pengsan sahaja malam ni, tapi
nampaknya mungkin akan mati.

Serba tak kena.Sungguh malang kehidupan yang terpaksa dilalui beberapa hari ni.Sungguh malang!!!!Dan cukup membosankan semua ni.Kerja gila!

99300 | sentuhan nostalgia at 8:15 | apa kau fikir? 0 comments

-Bentuk Hati Saya? Hati saya tak berbentuk!!-

Pagi :
Sakit Hati!

Hanya itu yang menghuraikan saya ketika ini.Sakit hati yang dari mana entah datangnya.Bukan atas dasar ngada-ngada.Tak juga atas dasar sengaja suka-suki cari masalah.Bukan! Dan suka nak saya maklumkan, saya tak suka dituduh mengada-ngada atau manja.Sebab saya tak sebegitu.[Baca : tak]. Bagi yang gemar mengata orang, mari kita renung-renung diri kita dan tengok kembali siapa yang mulakan.

Dah saya kata, saya tiada mood untuk berjenaka, jauh sekali menerima apa-apa kata yang tak masuk dek akal. Saya mengada-ngada? Jangan tuding ke arah saya, tuding diri sendiri dulu.
______________________________________________________

petang:
Hmm..sebenarnya mood saya tetiba je baik.Taklah panas macam tadi.Yang mengada pun dah munculkan diri. Minta maaflah ngada sebab pagi tu saya psycho. Bukan sengaja nak melenting, tapi angin kurang baik.Tu yang suka-suka hati nak menyerang orang. Memandangkan juga Si Mengada tu jauh lebih 'tua' {baca : barangkali terlalu tua]....saya tak berhasrat nak terus-terusan melepaskan angin tak sudah saya padanya. Kena hormat...sebab dia 'orang tua'. Tapi masih mengada.Sukar menyingkirkan kemengada-ngadaannya itu.Dan saya pun dah semakin serabut dengan soalan-soalan Si Mengada.

Soalan terakhirnya : pernahkah saya bermain layang-layang? Umur saya berapa? Dan bertanya adakah saya bermain layang-layang dalam usia 18 tahun.Hmmm... minta penjelasan.Kurang pasti apa erti pertanyaan tu.Bunyi yang pelik, dan mungkin juga itu muslihat mengada.Apapun...Si Mengada dan kaum kerabatnya [baca : Duwe dan bla..bla...] benar-benar menguji kesabaran saya pagi tadi.Saya betul-betul beremosi tak baik pagi tadi.Dan timbul pula kata-kata merepek mereka.Bukan-bukan, menambah sakit hati. Betul-betul saya bengang.Dan harapan saya, turunlah dewa dewi ketenangan...huhuhu....

Untuk yang mengada, terima kasih kerana sering melabel diri ini sebagai yang kuat melenting, kuat melawan.Ye...sememangnya begitu, tapi sebagai yang mengada-ngada, jauh panggang dari api. Mengada-ngada bukan milik saya.Milik kalian yang gemarkannya...Terima kasih.

99230 | sentuhan nostalgia at 0:38 | apa kau fikir? 0 comments

Tuesday, April 6, 2004

cuba bertenang...

"cuba bawa bertenang, Nurul..."
Berjuta kali saya cuba sumbatkan ayat tu dalam kepala saya harini. Ntah masuk entahkan tidak.Datang lagi angin ribut tak baik tu. Biasalah...sayakan orangnya kepala angin.Dan beberapa harini serba tak kena.Asyik nak meradang.

Kalau tak menyentuh orang lain, siapa peduli angin ribut saya kan?Tapi masalahnya saya gemar 'kongsi' angin tu dengan pihak kedua. Saya sedar tiada pihak berminat atas urusan perkongsian tersebut.Tapi nak buat camana...Saya sendiri tak suka berperasaan seteruk ini.

Dalam keadaan emosi tak baik begini, pc pula meragam.Lembab mengalahkan kura-kura tua dah nazak.Teringin juga rasanya nak mencampak external modem streamyx ni.Good for nothing!.Tapi untuk apa?Berbaloikah nanti?Hanya menyerlahkan kebodohan diri.Tak usah bertindak bodoh!

Hujan.April musim hujan.Semua orang tahu.Sedia maklum akan datangnya April, maka datanglah hujan.Sedih pula hati melihat kawasan Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru.Tidak jauh dari tanah perkuburan itu, sedang berjalan kerja-kerja pembinaan.Tak berhati perut pun ada nampak gayanya.Tak hormat langsung tanah persemadian mereka yang telah meninggal dunia.Makin lama makin terancam tanah perkuburan di situ.Entah! Tak boleh bersuara lebih. Hak bukan pada suara saya.Malah jeritan sekuat mana pun tak berfungsi apa-apa.Baik diam.Lihat saja.Lihat saja? Yer...lihat saja. Lihat sambil melopong bagai Pak Pandir yang bodoh-bodoh alang. [argghhtt....lagi satu cerita emosi saya]

Waktu hujan, aktiviti indoor paling sesuai ialah membaca buku, menonton tv atau pun tidur.Dan hujan petang tadi, saya memilih untuk menghadap komik.Tak lama, akhirnya...komik yang menghadap saya.Entah bila masanya,terlelap sudah mata ni.Sedar-sedar hanya pada jam 6.40 ptg.Bangkit, terus ke bilik mandi.Membersihkan tubuh untuk masa menghadap Ilahi pula.Dan lagi, pantang ma kalau ada yang membuta waktu-waktu maghrib.Alamatnya memang minta skrip untuk babak leter-leter lah jawapnya.

Selesai solat maghrib, tergerak hati nak membaca Al-Quran.Lama sudah mulut ni tak mengaji surah-surah kalam Allah itu.Terus saya selak ke surah Yaasin.Teringat pulak yang adik-adik saya berempat tu dah menghafaz lebih banyak ayat dari surah yaasin berbanding saya.Biasanya kami berlumba.Siapa lebih panjang bacaan yang dihafal.Dan sayalah yang paling ketinggalan.Hanya beberapa ayat yang terhafal dek kepala saya.Malu...Si Adik bongsu pun dah menghafal lebih.Barangkali saya terlalu alpa kebelakangan ni. Menyentuh Al-Quran pon jarang-jarang sekali.Kadang-kala terlepas solat.Dulu, setiap Khamis malam Jumaat pandai-pandai ajer akal ni menggerakkan hati untuk baca Yaasin.Tapi sekarang,sebulan sekali pun payah.Kenapa?Makin liat agaknya hati ni. Subhanallah...patutlah hati tak tenang.

Saya habiskan waktu selepas maghrib tadi dengan membaca Yaasin.Tenang.Ingat kembali kata-kata Arwah Pak Mus yang mengajar saya mengaji ketika saya berusia enam tujuh tahun dulu.Katanya, sedang marah ambil wudu'. Sedang radang atau kurang tenang, bacalah Al-Quran.Sedang berusah hati juga bacalah Al-Quran.Rajinkan berzikir.Dan jangan lupa baca doa untuk ibubapa sekerap yang boleh. Rabbanaa atina fiddunyaa..hasanah.Wafil aakhirati hasanah.Wakinaa..azaabannar.. [maaf : kurang pandai menterjemah ke ejaan abjad sebegini]

Sedang mengaji, terdengar suara Haikal mengusik Ijat.Usiknya juga Adik.Riang sungguh hati budak Haikal tu menyanyi-nyai.Bila maghrib, suka sangat menyanyi.Kalau ma dengar, mesti ma naik angin.Saya pon sambil mengaji tanamkan juga hasrat nak memarahinya.Tapi saya simpankan dulu.Tup-tup..dialihnya arah kipas angin ke arah dia sorang.Mulalah saya naik angin.Sakit hati.Pantas saya bangkit, saya ungkitkan semua pasal tabiaat buruknya tatkala maghrib.Dia menjawap.Apalagi, naiklah tapak tangan yang dilapisi kain telekung ni ke pipi kiri dia.Tergamam dia.Terkejut.Sakit barangkali.Hayunan tangan ni laju bukan main.Nampak ada genangan airmata. Dia diam menahan marah.Mungkin kalau saya bukan berpangkat kakak, dah lama dibalasnya balik.Tapi satulah, Haikal tak pernah naikkan kaki tangan dia pada saya.Sekurang-kurangnya sikap hormat masih ada. Tapi betul-betul menyirap dengan tingkah dia sejak akhir-akhir ni.Apa dia fikir dia dah besar?Usia 15 tahun tu dah besar ke? Dah boleh hidup sendiri ke?Kalu iyerlah begitu...silakan hidup sendiri. Ya Allah...memang mood saya tak baik.Asyik nak marah-marah.

Pesan : Jangan nak carik pasal dengan saya waktu-waktu macam ni.Tak berminat dengan apa-apa jenaka ketika ini.Tak berminat juga nak bergurau senda.Simpan saja wahai teman-teman sekalian gurauan yang ada untuk hari lain.Sekarang, Nurul bukan dalam mood jenaka.Tak berminat dengan segala-galanya.Entah kenapa...usah ditanya.Saya pun tak tahu.

I need NO ONE.If peoples think about leaving me, juz leave me! I will miss them all for sure.But to need you guyz...is all i cannot do. I need no one.Arrgghtt!At the other worse moment...i seriously need someone.What the hell la is this?I better stop.

99154 | sentuhan nostalgia at 8:02 | apa kau fikir? 1 comments

Monday, April 5, 2004

- Andai Kau Tahu....-

Astaghfirullah...
La haulawalaakuatailla billah...


Ya Allah...tenangkanlah hati yang remuk redam malam ni.Tenangkanlah hati yang tak tentu hala malam ni.Bagaikan ada letupan nuklear dalam hati ni.Bagaikan ada peperangan dan bencana alam paling dahsyat dalam jiwa ni.Dan saya hanya melopong kurang faham.Tak tahu kenapa saya alami semua ni secara tiba-tiba.Tak faham. Dan masih buntu.

Sekarang - hanya Q yang menemani saya.Yang sudi pinjam masa untuk saya.Dan saya rasa, tak mampu nak pulangkan balik masa tu.Terima kasih Q.Terima kasih astri sbb kenalkan Nurul dengan Q dalam Voice Conference tadi.

Status lewat petang tadi : Dengan angkuh saya umumkan..I need no one.I want no one.

Status terkini : Tak tahan lagi. Saya harus tukar status. Dan terpaksa saya umumkan pula... Suddenly...i need someone.

Entah kenapa hidup harini.Namapun hidup, sentiasa tunggang-langgang antara damai dan celaru.Mungkin ini bahagian sedih untuk saya datang lagi.Harus terima.Dan terlalu seksa nak melalui keresahan sebegini rupa.

Gurauan atau kesilapan?
Dapat dirasakan, lewat kebelakangan ni saya bijak benar mencari pasal dengan orang.Saya bukan suka bergaduh sebenarnya.Tidak pandai juga mencari musuh.Selalunya musuh datang sendiri.Tapi kini, mungkin emosi yang tak menentu mendorong mulut dan fikiran saya supaya bernakal-nakal berlebihan sedikit.Heran sebenarnya. Saya sanggup mengata orang mengada-ngada. [walaupon dalam kes ni 'dia' yang mulakan dulu]. Tapi tu tak kisahlah.Satu hiburan sebenarya.Cuma tertanya-tanya... pandai kau carik pasal heh Nurul?Dan heran juga membaca kata-kata saya.Seperti bukan saya.Saya pandai berperang kisahnya...

Dan kes baru, saya bersama dengan mulut dan anggota pikiran saya dah menyebabkan orang lain berkecil hati.Tak pasti kalau betul-betul 'dia' berkecil hati. Tapi mungkin benar.Ada manusia sensitif orangnya.Saya juga.Dan saya mungkin dah terlajak tingkah laku hingga melanggar zon sensitifnya.Maaf kepada orang yang berkenaan.Sesungguhnya bukan niat saya nak labelkan saudara sebagai kedekut.Itu cuma gurauan.Tiada niat. Malah saya akui saya tak nampak sedikit pon sifat kedekut tu dalam diri saudara.Hanya sekadar mengusik. Tapi kalau benar saudara terasa hati, maafkan saya.Ini benar-benar tak selesa buat saya.Saya tak suka bermasalah dengan manusia lain.Sungguh saya minta maaf. Hanya main-main sahaja ketika itu.Bukan serius.Harap saudara mengerti.

Kes lain, kalau bukan saya menyakitkan hati orang lain, orang lain pula menghentam hati saya.Remuk.Remuk agak teruk hati ini sebenarnya.Entah mahu dihantar ke bengkel manalah agaknya hati ni.Tak tau saya.Sekali lagi...ketenangan saya dirosakkan oleh manusia itu.Manusia yang sama.Dia yang suatu hari dulu menyebabkan saya kembali ceria, dia juga yang mengoyakkan keceriaan tu.Dah banyak kalilah awak! Bukan sekali dua.Awak ni jenis apa heh?Tapi bukan salah awak [sedey].Awak pun tak sedar semua ni.Semua ni permainan belakang-belakang.Agaknya kita tak patut berkawan.Tak patut juga mengenali satu sama lain.Kita saling menyakiti.Saling?Tidak...bukan saling menyakiti.Sebab saya tak pernah menyakiti awak.Maknyanya...situasi ni tak adil untuk saya.Kalaulah saya boleh singkirkan awak dari senarai kenalan saya.Alangkah indah kalau tak mengenali awak.Alangkah....Tapi alangkah rugi juga tak mengenali diri angkuh awak tu.Kerana di sebalik angkuh, ada jutaan sifat lain yang saya gemari.Ye jugak....kalau bukan kawan yang menyakiti kawan...siapa lagi?Awak kawan saya ke?Hmm..barangkali bukan.

PC ni selalu sahaja saya puji.Selalu saja menjadi pujaan saya.Tapi hari ni, terbukti makin dipuji, makin mengada-ngada.Seperti manusia juga.Wahai PC kesayanganku, janganlah meragam.Janganlah carik pasal dengan tuanmu yang menyayangimu ini.Tolonglah...kau merosakkan mood baik tuan kau! [baca : marah]

Perihal blog.
Blog ni mula meragam.Banyak songeh.Ni lah yang membuka hati saya untuk memfailkan tuntutan cerai.Tadi, benar-benar saya dah tekadkan, blog ni akan diceraikan talak tiga.Tapi masih waras.Kita lihat selama mana Nostalgia akan terus bersama blog ini.Mutu perkhidmatan makin merudum.Menambah masalah jiwa dan mental saya.

Makin kritikal mental saya.Tak mahu terus menulis. Jumpa lagi esok dengan catatan kisah lain. Moga ada nafas untuk esok hari.Jika tiada lagi nafas mampu terhembus, ampuni saya.Saya terasa betul-betul teruk hari ini.Satu hari malang...moga berakhir...

99026 | sentuhan nostalgia at 9:06 | apa kau fikir? 1 comments

-Kau Pikir Kaulah Segalanya-

muzik didengari : Janji Di Atas Ingkar [Audy]-Indon Mode-
atmosfera : kamarku yang kekemasannya ditahap 'boleh laa'
mood : sepi..sepi dan sendiri..aku tak benci.[hmmm]

Sebelum menulis panjang-panjang kisah yang nak saya kongsikan, ingin saya ambil sedikit laluan untuk memohon maaf buat pelawat-pelawat blog ini.Pagi tadi Sya komplen akan kesulitan nak melihat keseluruhan isi blog ni.Perlahan katanya.Bukan perlahan.Lembab. Entah kenapa agaknya...Kak Zuril juga komplen yang sama semalam.Sukar nak membuat komen.Hmm...tak selesa mendengarnya.

AMBIL PERHATIAN : Harap bersabar.Anda mungkin mengalami gangguan kelancaran melihat blog ini sepenuhnya.Dan ini menguji kesabaran kalian.Oleh itu, diharap kalian dapat mengupgrade kesabaran yang ada.Segala kesulitan amat saya kesali.[baca : serius] Kerjasama pihak kalian amat dihargai sekiranya kalian dapat melaporkan apa-apa yang tidak kena dengan blog ini.Kepada Saudari Siti Aisyah, saya merayu agar saudari tidak melaporkan kes ini terus ke 7 Dipihak Anda.Malu arr kompeni saya. Eheh.

Anak-anak tidak tahu bersyukur.Ibubapa terus menjirus kasih.
Kelam kabut Along, Dek Ekal dan Ijat subuh-subuh semalam bersiap nak ke sekolah.Hari Sukan Tahunan Sek Men Tmn Seraya akan diadakan di Bukit Jalil.Ma melihat mereka bertiga pergi sampailah kelibat mereka hilang.Memang selalu pun begitu.Kadang-kadang, hanya nak ke kedai yang tak seberapa depa dari rumah pun masih sanggup menunggu hingga mereka hilang dari pandangan.Nak pastikan anak-anaknya selamat.

Abah tawarkan nak menghantar.Tak suka mereka jalan kaki.Leteh satu, tambah pula dengan macam-macam perkara yang boleh menggugat iman adik-adikku sayang itu sepanjang perjalanan nak ke sekolah.Risau kalau-kalau ada hati yang berminat nak menyinggah.Tapi Dek Ekal menolak.Beriya-iya nak pergi sendiri. Jalan kaki kononnya lebih 'lelaki'.Dihantar dan diambil dengan kenderaan ibubapa kononnya 'perempuan'.Siap boleh pula bersungut..."Alah..kawan dek ekal mana ada mak dengan ayah dia nak tengok-tengok.Nak hantar-hantar.Mak diorang tu tak heran pon," sungut seorang budak lelaki berusia 15 tahun.Wah wah... kalau sayalah ibunya, naik dah lima cap jari kat pipi.Tak tau bersyukur.Barangkali kurang bijak.Hinggakan tak tersedar akan betapalah mereka beruntung sebab ma dan abah menjaga mereka bagaikan bayi belum habis pantang.

Mereka lebuh ke sekolah.Ma terus dengan rutin harian.Saya juga.Abah menguruskan kerjanya.Saya dan Haizdel [adik bongsu] diam di rumah. [baca: bilik].Menjaga adik bongsu yang dah pun berusia 11 tahun.Tapi perlu dijaga bak kanak-kanak berusia 5 tahun.Ini arahan ma.Adik perlu sentiasa dijaga dan diperhatikan sungguhpun Along [adik kedua] yang dah berusia 16 tahun. Adik main game.Sepanjang hari semalam, hanya tangan Si Adik yang menggunakan PC ni.

Abah asyik telefon ma di rumah.Tanya kalau-kalau budak bertiga tu dah balik.Kata saya belom.Mana mungkin tamat acara sukan seawal jam 12 tengah hari.Abah hubungi lagi tak lama kemudian.Memang abah camtu.Kalau ada anaknya yang tak berada di rumah, tak henti-hentilah abah menyoal hinggalah dia nampak sendiri muka anaknya di rumah.

Jarum jam dah ke angka 3 lebih.Abah telefon sekali lagi.Kali ni suruh saya, ma dan adik bersiap.Nak ke Bukit Jalil.Ambil mereka.Siap-siap, terus ma drive jumpa abah.Entah macam mana, terdetik hati saya nak hubungi Teacher Marziah.Astaghfirullah....terkejut yang amat.Lekas-lekas pandang jam pada dashboard.Pukul 3 lebih.Kata Teacher Marziah, kesemua pelajar dah sampai sekolah dengan bas sebelum pukul 1.30 lagi.Mana mereka?Mana Haikal? Mana Fazrul? Mana Ijat?Mana? Ma dah gelabah.

Kelam kabut kami berempat termasuk adik mencari budak bertiga tu.Ma dah menitk air mata.Sebab ma tau diorang tak akan reti balik rumah sendiri kalau benar tertinggal bas. Tapi lain pula ideologi abah.Kata abah, ni semua Haikal punya hal.Haikal tu lebih skit nakalnya.Idea dia mengalahkan idea ahli fikir.Takut kalau-kalau dia sengaja tak mahu pulang bersama bas yang sekolah sediakan. Dan manalah tau kalau-kalau Si Fazrul dengan Ijat teringin nak ikut 'kejantanan' si Haikal.Dup dap dup dap jantung.

Destinasi pertama, saya dan ma ke sekolah.Guard kata semua pelajar dah balik.Pusing pulang ke rumah balik.Abah pulak yang drive kali ni.Pergi rumah kawannya yang kitorang panggil Robert.Kata Si Robert, dia nampak Along[Fazrul] dengan Ijat naik bas balik.Tak pasti betul-betul naik atau tak sebab mereka tak sama bas.Abah drive lagi.Ma yang dah tak tentu arah berhenti tanya pada semua budak sekolah yang kami temui.Kata sekumpulan budak perempuan, mereka nampak Haikal Di JJ Maluri.JJ? Jaya Jusco? Untuk apa? Abah naik angin.Dia tahu Haikal banyak 'permainan' yang sedang dimainnya sekarang ni. Sentiasa ada kompromi yang dia sertai.Abah betul-betul naik angin.Ma terus menangis.Takut anak-anaknya hilang tak balik-balik lagi.

Tapi saya pula ada pendapat sendiri.Saya yakin Haikal tak ke mana-mana sebab dia pun tak tahu nak ke mana-mana.Tapi mungkin dia ikut kawan-kawan pulang naik LRT.Tak mahu naik bas sekolah.Tak 'jantan'.Dan mungkin juga dia berhenti di stesyen Maluri dan menunggu bas depan JJ.Tu lah pandangan saya dan saya suarakan.Tak mahu abah marah Haikal walaupon saya sendiri rasa nak melempang muka budak tu.

Cari-cari..tak ada.Sudahnya kami ke Bukit Jalil.Dah la jalan sibuk. Terpaksa pula abah tinggalkan kerja.Harapkan Pakcik Mansur menunggu kalau-kalau budak bertiga tu balik. Pak Cik Nizam, Jiran kami pula sibuk mencari kat semua padang-padang berhampiran.Takut mereka melepak.

Sebelum ke Bukit Jalil, abah balik rumah dulu.Tengok kalau-kalau mereka dah balik.Pon tiada.Tiba-tiba nampak Haikal menuju ke belakang rumah.Abah bunyikan hon.Ma dah mengurut dada lega.Nasib ada... tapi kelegaan tak sebesar mana, ditambah lagi rasa resah nak mati bila dapat tahu, Along dengan Ijat tak ada.Haikal pun tak tahu mana budak berdua tu.Cuma yang iyanyer...teori saya betul.Haikal naik LRT dengan pelbagai alasan.Siapa nak dengar alasan tu? Mengamuk abah.

Pusing2 Bukit Jalil...tak ada.Ma dah putus harap.Sebab Along dengan Ijat tak pernah buat macam ni.Pulak tu duit Ijat ada banyak.Tambah pula dengan duit yang ma bagi.Risau!Budak dua tu tak tahu langsung nak naik bas, inikan pula LRT.Ma menangis tak henti-henti.Saya juga.Abah dah pucat muka.Mulalah abah keluarkan perintah.Tiada lagi sukan-sukan, kokurikulum,kelas tambahan dan apa-apa lagi.Bayangkan...Bukit Jalil tu besar.Tak jumpa.Kami balik rumah.Dalam perjalanan balik, Pakcik Mansur telefon.Ada! Huh.....lega. Mereka ada.

RUPA-RUPANYA : budak dua tu nampak kereta ma lalu depan diorang.Masa tu diorang pergi makan depan sekolah.Ma yang tak nampak dia.Mengamuk abah.Kata abah, buat apa lepak di sekolah. Jawap dorang, bukan lepak, tapi tunggu Haikal sebab ma yang pesan balik sama-sama.Tiada maaf.Ketiga-tiga kena 'belasah' dengan abah.Saya diam.Adik pon diam.dan punca semuanya ialah Haikal.Dia yang mengada-ngada tak nak naik bas.Menyusahkan orang lain.Kesian juga Along dengan Ijat yang menunggu dia.Tapi tetap semuanya suka carik bala... Nasib korang....

Sedih sebenarnya ketika mencari dorang.Takut tak jumpa.Dan tersedarlah kami adik-beradik, bagaimana luruhnya perasaan ibubapa risaukan anak-anak.Tambah tersentuh hati bila ma dalam tangisan katakan.." ma...tak macam mak orang lain,Anak nak keluar, keluarlah...Pesan suruh tutup pintu je.Ma tak.Ma siap tengok...pesan itu ini,Siap suruh korang mengucap depan ma taknak korang buat yang bukan-bukan.Pagi tadi ma tengok sampai korang hilang.Korang suka ke mak bapak buat tak peduli?.Nak keluar, keluar..nak balik, balik...Ma tak! Setiap saat ma carik korang.Korang ni memang suka sudahkan hati ma..." kata ma dalam pada sibuk-sibuk mencari.Menitis air mata saya.Mungkin ini tak lama.Sementara mereka nak membesar.Bak kata orang, tengah-tengah naik macam ni, budak lelaki memang agresif.Entahla... tiada komen untuk itu.Saya terkejut yang amat sebenarnya.Menemui mereka pon, satu kesyukuran yang tak terungkap.Alhamdulillah...

Mujurlah meraka tak pernah terjebak dengan masalah lain yang lebih hebat lagi.Seperti yang selalu kita tontoni di televisyen. Cuma mungkin ma dengan abah kurang biasa dengan hal sekecil ini. Ye la.. anak-anak dijaga baik, tak sangka pulak boleh dirundung hal sedemikian rupa.Wallahhu'alam.

98994 | sentuhan nostalgia at 1:35 | apa kau fikir? 0 comments

Sunday, April 4, 2004

penghargaan buat yang mengada-ngada

Hari ni sebenarnya merupakan hari yang sangat dahsyat.Ada kekecohan dalam rumah ni tadi.Dan sekarang saya tidak di dalam mood untuk mengingati kekecohan tersebut.Nanti malam mungkin.Hanya jika kemalasan tak merasuah saya malam ini.



Ini ada satu lukisan. Cantik [baca : mengada].Sungguhpun lukisan ini nampak tak hodoh [baca : cun], tapi tetap tidak dapat lari dari konsep asal si pelukisnya.Konsep 'Mengada-ngada' yang merupakan trademark pelukis masih terselit ketara.Dan pelukis meluahkan kemengada-ngadaannya melalui lukisan ini.Untuk Saudara Mengada, ini saya tayangkan hasil seni mengada saudara.Bolehlah kiranya saudara menganggap ini sebagai satu simbol penghargaan saya buat saudara.Jarang berjumpa insan semengada saudara sebenarnya.Terima kasih juga kerana mengizinkan saya meronpak halal lukisan ini.Ikhlas = saya suka lukisan ini sungguhpun tercalit bayang kemengadaan.Teruskan berseni ye saudara.Saya sentiasa menyokong.

apa kata kalian?Jelaskah di mata kalian akan kemengadaan lukisan di atas.Oppss..bukan ini saja.Ada beberapa lagi.Akan saya tayangkan di lain waktu.

98868 | sentuhan nostalgia at 5:07 | apa kau fikir? 0 comments

SAHABATXanga.com: The Weblog Community

|sya|yatty|abg faren|siti|ain|ayza|farah|mengkuan|

| kian Shen|david wong|kum|chai|sakura|mie| amirul |

|azreenrahim|leeyennar|mizznatasha|yick hui|sadaf|ayuzz|