WEBSITE LINKS:
Aswat Al Islam
Islam Way
Sukarelawan Jemaah Iqra
Rumah Maal
Ikhlas Baik
Qari Melayu
Qari Singapura
Harun Yahya
Islami City


BLOG LINKS:
Katakami
Cheeff
Mas Merah
Basita
Bobooi
Jiwa Apa
home
login::signup
we::blog

Peminat's weblog

Suka Iqra, suka al Quran, suka mengaji, suka lagu al Quran, suka taranum al Quran, suka dengar bacaan qari Mesir, suka musabaqah tilawah al Quran, suka kedamaian dan keindahan, suka berkawan, suka yang baik-baik,.....

last modified Feb 6, 2008 at 4:13


Wednesday, March 10, 2010

change template???

why can I change my template?????

175884 | posted by peminat at 14:35 | 0 comments

Tuesday, January 19, 2010

Links blog lagu Quran ala qari Mesir

Untuk peminat lagu2 al Quran ala qari Mesir

NEW LINKS

http://jemaahiqra.blogspot.com/
http://laguquran.blogspot.com/
http://mbqari.blogdrive.com/
http://taranum.blogdrive.com
http://recitors.blogdrive.com/

161896 | posted by peminat at 17:38 | 0 comments

Wednesday, February 6, 2008

Sebahagian nama Qari - qari Mesir yang terkenal

Nama2 qari Mesir

Sheikh Raghib Mustafa Ghalwesh
Sheikh Mustafa Ismael
Sheikh Abu Enin el Sheisha
Sheikh Syed Mitwalli
Sheikh Abdul Basit Abdul Samad
Sheikh Mahmud Ali al Bana
Sheikh Mohd Rif'at
Sheikh Abdul Atem Zaher
Sheikh Abdul Fattah al Sheshay
Sheikh Abdul fatah el Tarooty
Sheikh Antar Musallam
Sheikh Abu al Maathi
Sheikh Abdul Mun'am at Tukhi
Sheikh Abdul Wahab at Tantawi
Sheikh Ahmad al Rozaiqe
Sheikh As Syed Said
Sheikh Shahhat Mohd Anwar
Sheikh Dr Ahmad Nuaina
Sheikh Kamil Yusuf Bahtimi
Sheikh Mahmud Abdul Hakam
Sheikh Mohd El Laythi
Sheikh Mohd Basyone
Sheikh Saaban as Sayad
Sheikh Toha el Feshney
Sheikh Mohd Siddiq al Minshawi
Sheikh Mahmud Siddiq Al Minshawi
Sheikh Siddiq Al Minshawi
Sheikh Mohamad Mahmoud At Tablawi
Sheikh Ibrahim Al-Sheshay
Sheikh Hamde Zamel
Sheikh Helmi Al Jamal
Sheikh Javad Al Rafi (Iran)
Sheikh Tareq Abdul Basit Abdul Samad
Sheikh Mohamad Emran

Dan lain2 lagi...

RUJUKAN
List nama2 qari Mesir itu diambil dari web
http://jemaahiqra.blogspot.com/

Harap rujuk web tersebut.

160793 | posted by peminat at 4:14 |

Tuesday, April 19, 2005

Lagu Quran Qari Mesir Kenapa?

Image hosted by Photobucket.com

Belajar membaca Al Quran....kenapa?
Belajar LAGU AL QURAN...kenapa?
Mendengar bacaan ber LAGU AL QURAN dari QARI2 MESIR...hendak apa?
Suka2 mendengar bacaan berlagu Al Quran....mahu apa?
Bersenang2 hati mendengar TARANUM AL QURAN...ada apa dengan itu?

Aku akan menjawab soalan2 diatas itu!

Aku adalah seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan.
Aku adalah seorang Islam yang telah percaya kepada Allah Tuhanku!

Jawapan solan diatas ialah....
Aku membaca Al Quran kerana mahu berusaha SAYANGKAN Tuhanku!
Aku ber LAGU AL QURAN kerana hendak mendidik hati aku sendiri supaya SAYANG kepada Allah Tuhanku!
Aku belajar TARANUM AL QURAN kerana hendak gunakan ia sebagai alat mendidik hatiku supaya sayang kepada Tuhanku!

Aku mengingat Tuhanku kerana hendak berusaha untuk sayang kepadaNYA.
Aku memuji Tuhanku kerana hendak berusaha untuk sayang kepada NYA.
Aku menyeru Tuhanku kerana hendak berusaha untuk sayang kepada NYA.
Untuk tujuan itulah aku hidup dan untuk tujuan itulah aku mati!

Aku tidak perlu takut kepada Tuhanku... yang aku perlu takut ialah jika hatiku tidak sayang kepada NYA!

Aku takut jika hatiku tidak sayang kepada Allah Tuhanku!
Aku takut jika mati dengan hati yang tidak sayang kepada Allah Tuhanku!
Aku takut jika hidup dengan hati yang tidak sayang kepada Allah Tuhanku!

Apalah ertinya percaya kepada Tuhanku...tetapi tidak sayang kepadaNYA.
Apalah ertinya bershukur dan bersabar didalam hidup ini...tetapi hatuku tidak sayang kepadaNYA.
Apalah ertinya beribadat dan mengikut suruhan agama...tetapi hatiku tidak sayang kepadaNYA!

Kenapa aku tidak berusaha didalam hidupku ini untuk sayang kepada Allah Tuhanku yang telah menjadikan aku..?
Kenapa aku perlu merasa takut atau lemah untuk berusaha mengobat hatiku ini supaya sayang kepada Allah Tuhanku..?
Kenapa aku perlu sayangkan yang lain2...sedangkan sayangku kepada Allah Tuhanku amat sedikit sekali didalam hati ini..???

Apa gunanya minta ampun segala dosa...sedangkan diri ini tidak mahu berusaha untuk sayang kepada Allah Tuhanku sendiri..?
Bukankah tidak berusaha untuk sayang kepada Allah itulah punca bermulanya segala dosa...?
Bukankah ucapan dua kalimah shahadat itu sendiri menerangkan kepada ku supaya sayang kepada Allah Tuhanku yang telah aku percaya dan ucapkan itu...?

Sebab itu aku mengaji al Quran!
Sebab itu aku ber LAGU AL QURAN!
Sebab itu aku belajar TARANUM AL QURAN!
Sebab itu aku bernyanyi kepada Allah Tuhanku...semata2 untuk mendidik hatiku sendiri supaya sayang kepada NYA!

Sebab itu aku bersama2 temanku di Sukarelawan Jemaah Iqra Singapura kerana berniat dan bertujuan untuk mendidik hati kami supaya sayang kepada Allah Tuhan kami sendiri didalam hidup ini!

Semoga aku akan dapat ramai kawan2 untuk sama2 berusaha didalam hidup ini untuk sayang kepada Allah Tuhanku!
Insahaallah...

140614 | posted by peminat at 22:10 | 1 comments

Tuesday, February 15, 2005

Lagu Al Quran Qari Sheikh Abdul Basit.

Photo QARI MESIR Sheikh Abdul Basit Abdul Samad dibawah ini.







Aku memang minat dengan bacaan Al Quran ber Lagu dari Sheikh Abdul Basit Abdul Samad.
Beliau memang handal didalam membawakan LAGU AL QURAN.
Beliau sering membawa lagu soba didalam bacaannya.
Burdah2 yang dialunkan pada setiap mahatah didalam bacaannya juga amat menyengat.

Itulah kelebihan QARI MESIR ini.

Semoga Tuhan mencucurkan rahmat keatas ruh beliau...Amin.

137056 | posted by peminat at 12:56 | 0 comments

Tuesday, February 8, 2005

Pesan Kepada Peminat2 Seni Lagu Al Quran.

Secara jujur aku ingin berpesan kepada semua kawan2 Islam ku dan juga kepada Peminat2 Seni Lagu Al Quran dimana2 pun mereka berada...

Kita didik anak2 kita supaya... Hari2 membaca Al Quran!
Kita pesan mereka supaya berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman hidup.
Kita tanamkan semangat dan jiwa keislaman didalam diri mereka!
Kita bantu kukuhkan iman dan islam mereka dengan memberikan didikan pelajaran ugama.....

Kita perhatikan pergaulan dan campuran mereka... supaya tidak tercebur dengan campuran dan golongan yang sesat lagi merusakkan.
Kita galakkan mereka supaya suka mendengar bacaan al Quran. Kita dedahkan mereka kepada bacaan Al Quran ber Lagu yang dibacakan oleh Qari2 Mesir.....

Supaya mereka biasa, selesa dan suka dengan Majlis2 Tilawah Al Quran.
Supaya mereka cenderung kepada Majlis2 Zikir.
Supaya mereka gemar bergaul dan berkawan dengan orang2...ahli2 amal soleh.
Supaya mereka cenderung menuntut ilmu pengetahuan untuk berbakti didalam masyarakat.
Supaya mereka berani berdiri tegak sebagai umat Islam!
Supaya mereka ada semangat bangga terhadap ugama mereka sendiri.
Supaya mereka tidak terpedaya dengan segala tipuan syaitan di dunia ini!
Supaya mereka....mudah2an di redai Tuhan!!!

Marilah kita berdoa dan berusaha bersama2 saling bantu membantu mendidik anak2 dan saudara2 Islam kita ....terutamanya...diri kita sendiri kearah keredaan Tuhan!...Amin.

136641 | posted by peminat at 15:01 | 0 comments

Sunday, January 30, 2005

Taranum Al Quran - Qari Sheikh As Sayed Said.

Kawan2 patut mendengar berita tentang Qari Mesir ini...

Salah seorang daripada Qari2 Mesir yang membaca al Quran dengan cara berlagu yang aku minati ialah Qari Sheikh As Sayed Said.
Lihat Photo beliau dibawah ini...







Beliau amat pandai melagukan al Quran. Beliau sering membawakan lagu Rast dan lagu Sikah didalam bacaan al Quran yang dibacakan oleh beliau.

Sheikh As Sayyed Said mempunyai nada suara yang tegas, garau dan juga mempunyai daya kekuatan nafas yang agak lama dan panjang.

Apa yang menarik dari segi kebolehan membaca beliau ialah ketika mewakafkan sesuatu bacaan pada hukum mad arid lil sukun.
Ketika itulah beliau akan menggunakan kebolehan beliau memainkan suaranya dengan burdah2 yang amat menarik lagi memberangsangkan!

Ini bolehlah kita dapati contohnya… pada bacaan beliau didalam surah Yusuf dan surah Al Qassas.

Aku amat sangat meminati bacaan al Quran berlagu yang dibacakan oleh beliau. Kalaulah beliau datang ke Singapura… tentunya akulah orang yang pertama sekali yang akan menyambut beliau. Buat peminat2 seni Taranum al Quran… Cubalah dapatkan CD atau kaset2 bacaan beliau atau cubalah bertanyakan kepada guru2 Taranum al Quran tentang Sheikh Mesir ini...

Anda boleh klick di lelaman web yang ada di blog ini untuk mendengar bacaan al Quran berlagu dari Qari2 Mesir…
Selamat mendengar.

Terima kaseh kepada Sukarelawan Jemaah Iqra Singapura kerana kiriman2 photo QARI MESIR kepada ku.

136035 | posted by peminat at 12:36 | 0 comments

Saturday, January 15, 2005

QARI MESIR DAN LAGU KETUHANAN.

Aku telah mendengar bacaan AL QURAN BERLAGU dari berbagai2 QARI MESIR. Bacaan al Quran yang dilagukan oleh SHEIKH2 MESIR itu cukup memberi kesan kepada perasaan, hati dan jiwaku.

Setiap kali aku mendengar bacaan yang dibacakan oleh mereka... membuatkan hati dan perasaan ku teringatkan Tuhan!

Aku teringatkan kebesaran Tuhan.
Aku teringatkan keagungan Tuhan.
Aku teringatkan kaseh sayang Tuhan.

Aku teringatkan... perlunya aku mendekatkan diri ini kepada Tuhan ku! Aku teringatkan perlunya aku berbuat baik kepada semua manusia didalam hidup ku ini kerana Tuhan ku. Aku teringatkan tentang .. betapa perlunya aku kepada Tuhan... untuk terus hidup berbuat baik mengharapkan keredaan Nya!

Aku mulai mengerti....
Mengapa QARI2 MESIR itu membaca AL QURAN dengan berTARANUM!

Aku mulai mengerti...
Mengapa mereka membaca al Quran dengan penuh semangat lagi ghairah.

Aku mulai mengerti...
Tentang faedahnya membaca AL QURAN dengan BERLAGU!...
Tidak lain dan tidak bukan... ianya adalah untuk menjalin satu ikatan perhubungan perasaan dan jiwa ku kepada Tuhan ku!

Aku mulai sedar....
TARANUM AL QURAN adalah lagu ketuhanan!
TARANUM AL QURAN adalah nyanyian seorang hamba kepada Tuhannya.
TARANUM AL QURAN adalah luahan hati dan perasaan seorang hamba yang daif lagi kekurangan kepada Khaliknya.

Kerana itu... aku bertambah mengerti...
Zikir itu adalah sebaik2 alat pencuci hati.
Sebaik2 zikir adalah al Quran.
Dan....
Nyanyian al Quran adalah lagu ketuhanan!

134643 | posted by peminat at 19:53 | 0 comments

Thursday, January 6, 2005

Dakwah Taranum Al Quran-2005

Aku memang amat berminat dengan seni lagu al Quran. Terutama sekali bacaan Qari2 Mesir. Di Singapura ada sebuah kumpulan sukarelawan jemaah iqra iaitu...Qari2 muda...yang cuba berusaha mengembangkan seni bacaan berlagu ala Qari2 Mesir kepada masyarakat Islam di Singapura.

Aku amat tertarik sekali dengan usaha2 yang dilakukan oleh mereka! Mereka berusaha secara sukarela tanpa paksaan. Mereka sering keluar membaca di majlis2 perkahwinan orang2 islam atas dasar khidmat percuma tanpa bayaran.

Pada mulanya.. aku seperti tidak percaya... tetapi setelah menyiasat.. aku dapati itu adalah satu perkara yang benar lagi betul!

Sejak itulah... aku mula menyokong usaha2 yang dilakukan oleh mereka. Aku membantu mereka mengikut masa dan keupayaan ku.. seperti ... membantu mereka menulis rencana2 tentang Qari2 Mesir didalam blog ku ini... membantu menyiapkan web2 bacaan berlagu al Quran.... menghantar kaset2 bacaan Qari2 Mesir yang aku ada untuk dimuatkan didalam web2 mereka dan lain2 lagi.

Aku menyeru kepada semua peminat2 lagu al Quran supaya menyertai dan membantu mereka secara sukarela... didalam usaha bersama2 mengembangkan minat membaca al Quran melalui Taranum al Quran kepada masyarakat Islam kearah budaya al Quran. Hubungilah mereka.

http://www.geocities.com/jemaah_iqra/

133750 | posted by peminat at 14:03 | 0 comments

Tuesday, December 21, 2004

Quru Al Quran

Ustadz dan guru mengaji al Quran ku pernah bertanya kepada semua murid2nya. Siapa pernah mendengar bacaan al Quran berlagu dari Qari Sheikh Abdul Basit Abdul Samad? Siapa pernah mendengar bacaan dari Qari Mesir Sheikh Mustafa Ismael, Sheikh Mohammad Siddiq Al Minshawi, Sheikh Abdul Manam At Tukhi, Qari Sheikh Antar Musallam? Kami semua terdiam bila disoal begitu!

Guru mengaji al Quran ku terus menyambung hujahnya... Sesiapa yang tidak pernah mendengar bacaan Qari Mesir tersebut dan yang lain2 lagi, ini menunjukkan yang orang itu belum apa2 lagi... belum jauh dan luas pandangan! Orang2 begini... belum luas pandangannya tentang bacaan seni lagu al Quran! Orang2 begini... maseh boleh digolongkan seperti katak dibawah tempurung!

Beliau terus mengalakkan murid2nya supaya terus membaca dan meluaskan skop pandangan kepada dunia luar dalam bidang bacaan seni taranum al Quran. Dengan cara begini... seseorang peminat seni lagu taranum al Quran akan bertambah maju dan terbuka minda dan pendengaran mereka. Beliau berpendapat... seorang pelajar yang mengkaji dan meminati sesuatu bidang itu hendaklah mempunyai sikap yang terbuka dan suka mengkaji dan mencuba sesuatu pembaharuan didalam bidang masing2. Ini akan membuat sesorang itu bertambah bijak dan berpengalaman. Jikalau tidak.... perkembangan seni lagu al Quran ditanah air akan bertambah menjadi beku dan membosankan! Akibatnya... akan merosot dan sepilah dunia seni suara pembacaan berlagu al Quran.

Aku amat terpengaruh sekali dengan pendapat ustadz mengaji al Quran ku itu. Selain daripada itu, beliau amat sekali mengalakkan kami semua supaya terus memperbaiki tajweed bacaan al Quran kami. Beliau menegaskan... kepentingan memperbetulkan sebutan huruf2 dan perkataan2 yang dibaca itu... supaya tidak berubah maksud atau makna ayat2 suci al Quran yang dibaca itu.

Apa yang paling menarik sekali ialah... guru mengaji al Quran ku itu menegaskan perlu dan pentingnya membaca al Quran... walaupun kita tidak pandai membaca! Walaupun kita tersalah sebutan huruf dan tersilap menyebut perkataan atau ayat2 suci al Quran itu! Kerana yang pentingnya ialah niat ikhlas dihati kita membaca kerana Allah! Beliau berkata.... Tuhan itu maha pengasih dan maha mengetahui isi hati hamba2nya. Tuhan juga faham bahawa... kita adalah hamba2nya yang jahil lagi lemah dan serba kekurangan. Sebab itu kita tidak perlu takut untuk membaca al Quran!

Beliau menegaskan lagi.... kitab suci al Quran adalah milik kita semua umat islam. Tidak kira yang jahat atau yang baik. Tidak ada satu manusia pun yang berhak melarang kita untuk membaca al Quran , kitab Tuhan kita sendiri! Beliau menegaskan perlu pentingnya memupuk minat didalam hati kita hari demi hari sepanjang hayat kita ... supaya suka dan cenderung membaca al Quran! Beliau menambah.. bacalah al Quran... bacalah al Quran ... bacalah al Quran... ikatkanlah hati awak dengan al Quran walaupun awak seorang yang jahil atau lemah!

Aku amat kagum kepada hujah dan keterangan dari ustadz guru mengaji al Quran ku itu. Dan aku berazam akan membaca al Quran... tidak kira samaada bodoh atau pandai. Kerana yang pentingnya ialah keikhlasan hatiku terhadap Tuhan ku sendiri!

131921 | posted by peminat at 16:40 | 2 comments

Thursday, December 9, 2004

Tajwid dan Taranum

Ada yang berkata....
Bacalah al quran dengan bertajwid. Ada pula yang berkata... kita hendaklah memahami apa yang kita baca dari kitab al Quran itu. Ada pula yang berkata... bacalah al Quran dengan berlagu- bertaranum!

Waaaah!!!... macam2 pendapat dari seribu fikiran dan mazhab!

Aku pula mempunyai pendapat ku sendiri....
Sebagai seorang yang manusia yang mempunyai perasaan dan sekeping hati... aku memilih untuk berlagu taranum dalam bertilawah al Quran! Kerana dengan bertaranum... aku dapat mencurahkan perasaan dihati ini kepada Tuhanku dengan secara seni.....

Kalau aku boleh bernyanyi kepada masyarakat ku... kenapa pula aku tidak boleh bernyanyi kepada Tuhan ku? Kalau aku boleh bernyanyi kepada seorang kekasehku... kenapa pula aku tidak boleh bernyanyi kepada Tuhan ku? Cuma orang2 yang tidak berhati dan berjiwa seni sahaja yang tidak akan mengerti tentang perkara ini!
Setelah penat berfikir dan mengkaji soal2 ugama... dimana akan kita letakkan hati dan perasaan kita ini? Setelah leteh dan lelah mengharungi kesempitan hidup... kemana kita akan letakkan perasaan hati ini? Bagaimana kita mendidik dan memujuk hati dan perasaan kita?.....

Sebab itulah.... aku lebeh suka bertaranum al Quran! Ia membuatkan aku rasa lebeh mesra kepada Tuhan ku sendiri!

130751 | posted by peminat at 15:12 | 2 comments

Sunday, December 5, 2004

Qari Mesir

Beberapa hari yang lepas... ada yang bertanya kepada ku.
Awak pernah dengar bacaan al Quran berlagu dari qari Sheikh Abdul Basit Abdul Samad?... Apa pendapat awak tentang bacaan dari qari Sheikh Mustafa Ismael?... Awak fikir siapa yang lebeh menarik bacaannya diantara Qari Sheikh Mohammad Siddiq Al Minshawi atau qari Sheikh Antar Musallam?...

Aku hanya tersenyum apabila mendengar soalan2 tersebut...

Alangkah hebatnya Qari2 Mesir itu! Alangkah hebatnya mereka apabila menyeru Tuhan... semasa melagukan bacaan alQuran yang dibacakan itu! Aku dapat membayangkan isi hati perasaan mereka ketika melagukan ayat2 suci al Quran yang dibaca oleh mereka itu!

Lain orang lain pula seleranya....
Memang benar... dunia seni suara al Quran amatlah unik.....
Aku percaya... seni lagu al Quran adalah salah satu alat atau cara... untuk memujuk hati yang degil... kearah kelembutan dan kemesraan hati manusia... buat mendekatkan dirinya kepada Tuhannya!

130221 | posted by peminat at 1:10 | 0 comments

Monday, November 29, 2004

Hari Raya Dan Seni lagu al Quran

Satu masa dahulu, aku pun tidak tahu tentang lagu2 al Quran. Ketika itu, aku hanya belajar membaca Quran untuk membetulkan sebutan huruf2 hijiriah dan sedikit hukum2 tajwed. Lama kelamaan, aku mula tertarik dengan seni lagu dan irama padang pasir.
Dari situlah bermulanya titik permulaan penglibatan ku dengan dunia seni lagu al Quran. Aku mula diajar nama dan rentak tujuh lagu pokok didalam taranum al Quran. Lagu2 itu ialah ... bayati, rast, hijaz, saba, nahawand dan sikah.

Sekarang ini ... aku lebeh senang dengan lagu jiharkah. Apatah lagi dibulan hari raya ini! Setiap kali aku mendengar orang bertakbir melagukan takbir hari raya ... maka aku tersenyum shukur kerana aku mengenal ... itulah bunyi rentak lagu jiharkah!
Rentak lagu yang mengetarkan hati dan perasaan para pendengar iaitu umat islam yang menyambut hari raya! Rentak lagu yang cukup membawa kesan yang menginsafkan!

129680 | posted by peminat at 22:21 | 2 comments

Thursday, November 25, 2004

Taranum

Satu masa dulu.. aku memang suka menyanyi. macam2 lagu yang aku nyanyi. Bila duduk bersama-sama kawan2... apalagi.. ambil gitar... dan petik gitar sambil mendendangkan lagu kegemaran masing2.

Tetapi sekarang... lain pulak halnya...
Minat dulu lain... minat sekarang lain pulak.
Sekarang aku lebeh berminat pada lagu-lagu al Quran. Kalau aku rasa stress... maka apalagi.. aku terpekik terlolong bernyanyi lagu taranum al Quran!
Itulah satu-satu caranya... buat aku mendekatkan diriku kepada Tuhan! Kalau aku rasa sedeh... maka aku akan lagukan bacaanku dengan irama sedeh yang mendayu-dayu. Kalau aku rasa mood semangat... maka aku akan bernyanyi kepada Tuhanku dengan lagu-lagu berentak penuh harapan dan semangat didalam pembacaan al Quran yang ku hayati.

Aku sering kelelaman web sukarelawan jemaah iqra... untuk download klip percuma... buat mengambil contoh lagu-lagu dan bacaan qari-qari mesir dan juga qari-qari dari timur tengah. Semuanya adalah bacaan berlagu!
Mendengarkan bacaan berlagu dari mereka sahaja.... telah dapat memberiku sedikit kepuasaan dan contoh. Lagu-lagu yang mereka dendangkan.. amat unik sekali!

Aku bukanlah seorang yang alim agama atau warak... cuma seorang manusia biasa... yang mempunyai sekeping hati yang berperasaan... yang kadang2 ingin juga meluahkan perasaan hati sendiri kepada Tuhannya..... kerana hidup ini penuh dengan liku2 dan bermacam2 tekanan dan soalan....

129204 | posted by peminat at 15:28 | 0 comments

Wednesday, November 24, 2004

Apa nak buat?

Pusing sana... pusing sini.
Tak tahu apa nak buat! Tengok HTML ... kepala makin pening! Ada juga niat nak cantikkan blog sendiri... malangnya ... bukanlah tahu sangat! Maklumlah... dari kecil hingga ketua.. memang dibesarkan disekolah melayu. Bukan tahu sangat apa yang ditulis didalam bahasa orang puteh tuu!
Nak bertanya dengan orang lain... rasa segan pulak!
Inilah dia... akibat nak mencuba teknologi menulis di zaman kini!

Waaaaahhh!!!!
Apa lagi... ambil Quran... terus baca dan berlagulah... rasa senang hati sikit....
Rasa juga... lapang hati dapat berlagu dan bernyanyi dengan ayat2 al Quran kepada Tuhan sendiri. Kurang rasa stress.....

129099 | posted by peminat at 16:01 | 2 comments

Tuesday, November 23, 2004

Orang baru dari singapura

Selamat sejahtera kepada semua.

128869 | posted by peminat at 0:00 | 3 comments