::..Islam Is The Way of Life...::.

"And the likeness of those who spend their substance, seeking to please Allah and to strengthen their souls, is as a garden, high and fertile: heavy rain falls on it but makes it yield a double increase of harvest, and if it receives not Heavy rain, light moisture sufficeth it. Allah seeth well whatever ye do." al-Qur'an

qmar's weblog<font-size:1; font-weight: bold; color: #444444; text-decoration: none>
login::signup
we::blog
e-mail Me

Frische

 
 
Ya Allah, bantulah kami dalam membantu agama-Mu.

last modified Sep 25, 2006 at 0:18


Friday, December 31, 2004

Last Day of 2004

Tsunami Aftermath


Soldiers dump bodies from Sunday's tsunami into a mass grave Wednesday in Banda Aceh, Indonesia.


An aerial view shows the flattened town of Meulaboh in Aceh province, Indonesia, on Wednesday.

Tsunami: Teladan Al-Quran Dari Kisah Nabi Nuh Alayhi As-Salaam

Pastinya bencana Tsunami mengingatkan kita kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam. Dengan jumlah kematian yang begitu besar (mencecah lebih 115,000 orang), mungkin ia menyamai jumlah mereka yang ditenggelamkan oleh banjir di zaman Nuh Alayhi as-Salam. Ia adalah banjir yang meliputi keseluruhan muka bumi dan pengetahuan tentang pernahnya berlaku banjir besar itu, diiktiraf oleh semua tamadun manusia.

Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam itu dijadikan iktibar. Ini adalah kerana, Allah SWT mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus menjadi peringatan, amaran dan pengajaran bagi sekalian umat manusia, mukmin dan kafir. Firman Allah SWT di dalam surah al-Haaqqah ayat 11-12:

"Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya, Kami telah damparkan kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh) itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa tersebut sebagai teladan bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-orang yang mahu menerima pengajaran"......Lagi

132835 | posted by qmar at 10:23 | 0 comments

Thursday, December 30, 2004

26 Dec 2004 - Tsunami


MAYAT-mayat mangsa kejadian gempa bumi dan ombak besar
tsunami masih bergelimpangan serta terapung-apung pada
permukaan air yang bercampur-baur dengan sampah sarap
di Banda Aceh, Indonesia semalam.

Coincident?

* 26 Dis 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa
* 26 Dis 1939 gempabumi 7.9 Richter blaku di Wilyah Erzincan,Turki membunuh 41,000 nyawa
* 26 Dis 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam,Iran membunuh 45,000 nyawa
* 26 Dis 2004 gempabumi blaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa&jumlahnya terus meningkat..
* Jgn kita lupakan ribut Greg di Keningau,Sabah juga berlaku pd awal pagi 26 Dis 1996
yg meragut beratus nyawa.

Adakah semuanya ini 'coincidental'?Bukankah pd malam sebelumnya iaitu 25 Dismbr di bnyk
tempat di dunia ini,ramai manusia yg lupa daratan,mabuk & berpoya-poya? Pd pagi 26 Dis 2004,
di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut ketika
tsunami melanda.kita x mampu mencari jawapan atas apa yg berlaku tetapi
sekadar menginsafi sbg peringatan

>>Lihatlah tanda tanda kekuasaan Allah bagi mereka yang mahu berfikir

132712 | posted by qmar at 8:47 | 0 comments

Tuesday, December 28, 2004

forget me not

salamun'alaik
after short break..here comes bundle of tasks..
tp ingatan masih kat rumah
kan best kalau dipinjamkan doraemon walau sekejap
meneroka pintu masa
boleh tatap wajah tenang ibu dan ayah
boleh dengar gelak tawa abang dan adik
boleh berkongsi pahit manis dgn kakak
segalanya boleh
tapi...demi tugas
pengorbanan ditagih
insyaALLAH...untukmu ibu ayah serta keluarga
akan ku kerah akalku
akan kutabahkan hatiku
Ya Allah...permudahkanlah segala urusan hambaMU ini

132500 | posted by qmar at 13:50 | 0 comments

Monday, December 20, 2004

One sprint, many solutions



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu (keadaan hidupnya yang kurang bernasib baik berbanding dengan kamu) dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu (keadaan hidupnya lebih bernasib baik daripada kamu) kerana tindakan sedemikian adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu tidak memandang rendah terhadap nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu.


* syukur dgn apa yang ada..plus lebihkan usaha ke arah kehidupan yang lebih sempurna
* jgn menyesali takdir..qada' n qadar Allah
* insyaAllah di sebalik setiap yg berlaku..besar hikmahnya
* salam takziah buat abg Jas yg kehilangan bapa tersayang pada 17 Dec 2004, Jumaat pagi
* salam takziah buat Dwen yang kehilangan mak ndak pada petang 17 Dec 2004
* salam takziah pada Luth yang kehilangan ayah tersayang beberapa minggu lepas
* takziah utk diri sendiri yg makin alpa
*orang Islam mesti kuat, orang Islam mesti cemerlang...aku harus kuat, aku harus cemerlang!

131762 | posted by qmar at 12:14 | 1 comments

Friday, December 17, 2004

Sesungguhnya mati itu pasti

Gelisah di kamar sepi
Bertemankan malam yang dingin
Terlintas di minda detik kematian
Yang entah bila akan menjelma

Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman tiada lagi
Terkujur kaku berselimut putih

Wahai Tuhanku apakah nasibku
Di kubur gelap sesempit itu
Bisakah aku memberi jawapan
Pada soalan malaikat-Mu
Di lapisan mana di neraka-Mu
Kau campak aku kesakitan

Betapa banyaknya dosaku
Tak bisa kumeraih syurga-Mu
Hanya amal kebajikan di dunia
Yang dapat menyelamatkanku
Oh! Tuhanku.

Tika dilahirkan kita diazan dan diiqamah, ketika meninggal kita
disolati, dan sesungguhnya jarak antara azan dan solat cukup pendek.

131572 | posted by qmar at 11:27 | 0 comments

Gugurnya Seorang Pejuang

al Fatihah utk allahyarhamah kak Shiqin


Kak Shiqin, Amiir n Dr Mariah

Maha suci Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani,

Kak Nor Ashiqin Mohd Ali (isteri kepada abg Ahmad Faizal Mohd Zaini) telah
pergi menemui Tuhan buat selama-lamanya pada petang 16/12/2004
bersamaan 4 Zulkaedah 1425H. Jenazah selamat diuruskan di rumah ibubapa beliau
di Lot 1962 B, Jln Sentosa, Bt. 21, Kg. Teras Jernang and dikebumikan selepas isyak.
Didoa'kan agar roh beliau ditempatkan bersama-sama roh para aulia' dan syuhada'
dan kepada waris yang ditinggalkan, semoga senantiasa sabar dan tabah menempuh
ujian ini.

Pesanan suami dan bapa Allahyarham - jika ada hutang wang, makan minum
dan sebagainya; silalah hubungi mereka. Jika berkenaan, sayugialah dihalalkan
kesemuanya dan dimaafkan segala kesalahan perbuatan, tuturkata dan sebagainya.

Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham
agar bersemadi aman di alam barzakh. AL-FATIHAH.

AJAL TIDAK MENGENAL USIA,
ENTAH ESOK, ATAU LUSA,
SUDAHKAH KITA BERSEDIA?

131566 | posted by qmar at 10:16 | 1 comments

Thursday, December 16, 2004

Faint Not Nor Grieve



Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita,
padahal kamulah orang yang tertinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ->Aal 'Imran :139


You are the superior
Your faith is the best
Your prostrate only for Allah
Your way of life only introduced by Allah
While theirs is introduced by mortals
Your role in this life is sublime
You are entrusted with guiding people
All the people
Your position in the world is higher
You will inherit the earth as Allah promised you
While they are destined to vanish and disappear
So if you are true believers
Then you are the best
If you are true believers
Then hold on
Never yield
Never submit
And never be sad
Your struggle and endeavor
Will be undoubted by crowned
With ultimate and glarious victory

131432 | posted by qmar at 9:14 | 0 comments

Monday, December 13, 2004

zoom in your life



human beings are such small creatures
then dont be too calculated on everything
treasure every moment, do what you wish to do..
broaden your view, broaden your mind
dont worry on something bothering you
do treasure your life
live safely and peacefully
always be happy to welcome the coming of the new day
look at the sunshines...

131029 | posted by qmar at 13:32 | 3 comments

Saturday, December 11, 2004

standby

salamun'alaik
here comes saturday...the day i'd wait for.thinking of headed to pwtc since the pc fair will start today.Poor musz..and poor me!sekali kena standby la pulak.tak pelah, demi company..sekali sekala keje masa cuti apa salahnye..ye tak?since semua vendor tu guy, then aku menggunakan kuasa pujuk tahap momentum 41 utk ajak musz teman..and YES!dia setuju.eheh, at least tak la takut dok ngan vendor tuh..
thanks musz comeyyyy .pasnih dia keje...dia shift petang kat sony klcc tuh..kalo la vendor tu nak sambung keje sampai petang..
erkss...sorang² la lagi

Apakah Berjihad Bererti Mencampakkan Diri Kepada Kebinasaan?

Jihad mempertahankan kesucian agama

Jihad mempertahankan tanah air

Jihad mempertahankan nyawa dan harta benda

ﺔﻛﻟﻬﺗﻟﺍﻰﻠﺇﻢﻜﻳﺪﻳﺄﺑﺍﻮﻗﻟﺗ ﻻﻮ ﷲﺍﻞﻳﺑﺴ ﻲﻓﺍﻮﻗﻓﻧﺃﻭ

“Dan keluarkanlah hartamu di jalan Allah serta janganlah kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan” [Al-Baqarah : 195]

Pembetulan Kefahaman Terhadap al Baqarah ayat 195

Sebahagian daripada umat Islam menggunakan petikan ayat di atas sebagai hujah bagi mereka membebaskan diri daripada menunaikan kewajipan agama. Mereka berdalilkan ayat tersebut untuk tidak melaksanakan tugas dakwah amar ma’ruf dan nahi munkar serta menganggapnya sebagai rukhsah untuk tidak menzahirkan kebenaran. Oleh yang demikian, kemalasan mereka, serta sifat pengecut dan hina diri itu terbebas daripada pendakwaan Islam.

Sesungguhnya di dalam keadaan yang sebegitu rupa, golongan seperti ini telah melakukan dua kesalahan serta menanggung dua dosa.

Pertamanya, mereka telah cuai daripada melaksanakan tugas dakwah dan menzahirkan kebenaran sebagaimana yang diperintahkan oleh Islam. Mereka takut kepada manusia dengan ketakutan yang keji dan tercela. Perbuatan ini adalah suatu kesalahan yang mengundang dosa dan azab dari Allah SWT.

Manakala yang keduanya, sifat buruk tersebut disandarkan pula kepada pendalilan al-Quran dengan menggunakan ayat berkenaan. Mereka merosakkan makna ayat tersebut, mengelirukan orang lain serta menempatkan kefahaman ayat itu di tempat yang salah. Perbuatan seperti ini adalah terlebih utamanya salah dan dosanya adalah lebih besar.

Ibnu Jarir meriwayatkan daripada al-Barra’ bin ‘Aazib bahawa beliau telah ditanya, “adakah (ﺔﻛﻟﻬﺗﻟﺍﻰﻠﺇﻢﻜﻳﺪﻳﺄﺑﺍﻮﻗﻟﺗ ﻻﻮ ) itu bermaksud seorang yang berhadapan dengan musuh lalu dia berperang sehingga terbunuh?” Beliau menjawab, “Tidak, akan tetapi yang menjadi sedemikian rupa adalah seorang yang berdosa, dan kemudian dia membinasakan diri serta berkata: Allah tidak akan mengampunkan aku selama-lamanya” (Lihat pendapat seperti ini sebagaimana yang termaktub di dalam ad-Durr al-Mantsoor jilid 1 [499-501])

Ibnu Jarir juga telah meriwayatkan daripada Abu Ishaq, beliau berkata, “aku telah berkata kepada al-Barra’ bin ‘Aazib: Wahai Aba ‘Ammarah, seorang lelaki yang menyerang seribu orang musuh dan membunuh mereka sedangkan beliau itu seorang diri, adakah dirinya termasuk di dalam golongan mereka yang disebut di dalam ayat (ﺔﻛﻟﻬﺗﻟﺍﻰﻠﺇﻢﻜﻳﺪﻳﺄﺑﺍﻮﻗﻟﺗ ﻻﻮ )? Lalu al-Barra’ bin ‘Aazib menjawab: Tidak! Bahkan hendaklah dia terus menyerang sehinggalah dirinya terbunuh. Allah SWT telah berkata kepada NabiNya Sallallahu ‘alayhi wa Sallam: (ﻚﺳﻓﻧﻻﺇ ﻒﻟﻛﺘ ﻻ ﷲﺍﻝﻳﺑﺴ ﻲﻔﻞﺗﺎﻗﻔ ) yang bermaksud “Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah; engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri.” [An-Nisaa: 84]

Al-Imam at-Tabari telah membuat kesimpulan dengan menyatakan bahawa perbuatan mencampakkan diri kepada kebinasaan meliputi makna yang tiga sebagaimana yang dinyatakan oleh para Salaf: Iaitulah meninggalkan nafkah harta fi Sabilillah, meninggalkan Jihad fi Sabilillah dan putus asa daripada Rahmat Allah di dalam soal pengampunan dosa.

Beliau berkata, “Ayat (ﺔﻛﻟﻬﺗﻟﺍﻰﻠﺇﻢﻜﻳﺪﻳﺄﺑﺍﻮﻗﻟﺗ ﻻﻮ ) itu meliputi semua makna yang boleh didatangkan oleh ayat berkenaan. Akan tetapi Allah SWT tidak mengkhususkannya kepada sesuatu dan mengecualikan sesuatu yang lain. Maka apa yang betul adalah: Sesungguhnya Allah SWT melarang kita daripada mencampakkan diri sendiri kepada kebinasaan atau menyerah diri kepada kebinasaan iaitu azab dengan cara meninggalkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah daripada segala kewajipan. Maka tidak harus bagi sesiapa di kalangan kita untuk masuk ke dalam sesuatu keadaan yang dibenci Allah, yang mana perbuatan itu melayakkan dirinya untuk dihukum azab oleh Allah SWT” (Tafsir at-Tabari j3 ms 593)

Oleh yang demikian, kita semua adalah bersama dengan para Sahabat dan Tabi’en di dalam memahami makna ayat ini. Jelas kepada kita berdasarkan riwayat-riwayat yang telah disebutkan tadi, bahawa ayat berkenaan menyuruh kita menafkahkan harta fi Sabilillah. Apa yang dianggap sebagai kebinasaan, adalah perbuatan meninggalkan penyertaan di dalam jihad fi Sabilillah dan meninggalkan nafkah fi Sabilillah. Akan tetapi nafkah tidak sekali-kali difahami sebagai kebinasaan. Begitu juga dengan penyertaan di dalam jihad fi Sabilillah tidak sekali-kali diiktibarkan sebagai kebinasaan walaupun ia mengundang Syahid!

sumber : www.saifulislam.com

130848 | posted by qmar at 9:35 | 0 comments

Friday, December 10, 2004

those wicked feelings

salamun'alaik
lama benar tak menatap blog ni,hari ni try bukak sebelum start bz
kenapa eh..lately rasa mcm demotivated je..malas sgt nak jadi rajin
semalam dapat borak ngan cik nad..at least semangat sket nak senyum..
thanks nad..indirectly you'd put my smile back
Ya Allah..really dun know, im totally depressed, frustated lately
just cant explain why..rasa mcm dah jauh sangat dr Allah
seriyes..rindu zaman study kat mmu dulu..
seriyes..rindu kawan² sefikrah...rindu kawan² sefakulti
seriyes..rindu bi'ah dulu
moga dijauhkan aku dari golongan yang tersasar

Our Lord! And grant us that which you have promised to us by
Your messengers and save us from shame on the Day of Judgement.
Verily You never fail to fulfill Your promise. (3:194)


Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

130757 | posted by qmar at 8:46 | 0 comments

Friday, December 3, 2004

Selamat Hari Jumaat

ye ke?

Never love a DATABASE girl since she always wants her husband
to be a UNIQUE key, Never love a C girl because she always have
a tendency to BREAK the things and EXIT from house, Never love
a C++ girl as u may encounter some problems in INHERITANCE,
Never love a JAVA girl since she always throws EXCEPTIONS,
Never Love a VB girl since she has divorce FORM with her always.
never love a ASP girl,she Always Satisfies People. Never love a
UNIX girl,she always dump u with a core, Never love a PASCAL girl
she always scolds u as rascal, Never love a COBOL girl since she
may be very good in DIVISION of families. Never love a NETWORK
girl since she may be very good in shooting troubles.better marry a
girl not belongs to SOFTWARE FAMILY.....

kalau saya network girl...then...

130096 | posted by qmar at 15:12 | 1 comments

Thursday, December 2, 2004

waaa...december dah

salam to all blogger
geeeee....post hari ni nak dedicate kat lex
lex yg baik..lex yg rajin..lex yg mendengar kata
lex yg panjang..lex yg cekeding..lex yg suka tido
lex yg suka ponteng kelas..yet score exam
lex yg suka pau orang...lex yang suka bagi cokelat
lex yang suka paksa² org puji dia
lex yang perasan mcm lex luthor
lex yang tgh boring nak abiskan practical
urmmm....amacam lex?
puas hati?

129908 | posted by qmar at 10:29 | 3 comments

Feel free to visit..

[Quran Multimedia] [Quran Browser] [Hadith Database] [Beautiful Islam] [Bicara Muslim] [IU Melaka] [Islam Online] [Komik Wanzu]

....:: Tasbeeh kaffarah dan suratul 'Asr::....