|
Bait-bait propaganda..
Hidup Adalah suatu pilihan Antara baik salah Dimana kita ini Dipaksa untuk berpihak Memilih jalah kehidupan kita
last modified Mar 6, 2005 at 4:59
Takut bila memikirkannya!!!!
P.S: Malim Kundang dah balik ke tanah jati asal.
Aku kembali.
Dengan serba salah.
Aku mahu lari dari kenangan ini dan menulis tanpa ada rusuh rasa di tempat lain.
Maafkan kalau ianya berhenti di sini.
Sebab di sini banyak hantunya.
Saban hari dia menghantui hidup aku.
Aku akan berlari jauh.
Sampai hantu itu terlupa terus laman ini.
Tatkala itu mungkin aku akan berpatah balik.
P.S: Berbahgialah selalu.
Diambilnya sesuatu yang cukup-cukup kita mahu miliki dalam hidup ini
Diberikannya pula kepada orang lain.
Hingga kita lara hati kecewa yang tak sudah.
Tanpa sedar bahawa ia mungkin mahu memberi yang lain.
Yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang
Maka ikhlaskan hati menerima apa sahaja yang datang dan pergi dalam hidup ini.
Baik buruk persitiwa itu terimalah dengan terbuka.
Pasti ada yang lebih baik di masa hadapan untuk kita
Moga berbahagia hendaknya. Terima kasih atas semua manis kenangan.
P.S: Aku percaya matahari esok masih ada dan langit malam ini akan cerah.Moga bintang harapan memberi sinarnya untuk aku mengharungi hidup ini.
Ini bukan mudah.Tapi aku perlu tulis untuk legakan hati aku.
Bila ada aerial tinggi baru dipasang di rumah waktu aku balik cuti hujung minggu lepas aku dah bersorak kecil.
Sebab aku dah boleh tengok saluran-saluran TVSingapura (Itu untungnya jadi orang Johor ni :b )
*** Waktu masih di sekolah menengah/kolej aku masih tak berhijrah dari rumah orang tua aku. Papa dan aku pasti akan berebut untuk menonton sesi berita jam lapan malam.
Papa dengan Berita RTM dan Buletin Utama.Aku dengan News @ 5 dan Berita Channel News Asia .
Papa kata ianya propaganda pemerintah Singapura. Aku kata ianya sumber berita alternatif buat orang Malaysia (Waktu tu tengah bahang 98 dan di rumah aku masih belum ada talian internet)
***
Dengan Mama dan Adik pulak akan berebut untuk menonton drama dan filem.
Aku yang setia dengan saluran SURIA.
Mama dan Adik dengan drama dari Malaysia.Aku dengan obsess gila aku pada Drama Bara (Aku rasa ini drama bersiri paling best pernah aku tengok) dan Anak Metropolitan aku.
***
Aku Cuma mampu untuk sepakat kata dengan adik tengah aku bila menonton filem-filem kantonis/china/korea dari Channel 8.
Juga bersorak meriah tatkala menonton perlawanan Champion League (Biasanya kalau TV Malaysia ambik perlawanan pertama.TV Singapura akan ambik perlawanan yang lain)
*** Orang Johor memang dah dapat banyak saluran TV/Radio secara percuma dari Singapura (Juga Indonesia kalau bernasib baik).Jadi aku mudah berasa pelik kenapa mereka mahu bersusah payah lagi mahu memasang perkhdimatan ASTRO pula dan dikenakan bayaran bulanan atas Saluran yang mereka tonton itu :b
Ini kali tidak ada yang mencari cinta di antara gudang, rumah tua, pada cerita tiang serta temali. Kapal, perahu tiada berlaut menghembus diri dalam mempercaya mau berpaut Gerimis mempercepat kelam. Ada juga kelepak elang menyinggung muram, desir hari lari berenang menemu bujuk pangkal akanan. Tidak bergerak dan kini tanah dan air tidur hilang ombak. Tiada lagi. Aku sendiri. Berjalan menyisir semenanjung, masih pengap harap sekali tiba di ujung dan sekalian selamat jalan dari pantai keempat, sedu penghabisan bisa terdekap
Chairil Anwar 1946
Aku bimbang Kalau kata-kata spontanku ini Ghaib semuanya dari benakku Bila gila rusuh jiwaku ini Berlalu sudah.
Satu-satunya keputusan yang aku ambik ”pot” dalam temasya dwi tahunan tu ialah yang melibatkan atlit Ngew Sin Mei dari Kuala Lumpur tu.
Sebab antara ”Sport” yang tak serik-serik aku nak cuba qualifiedkan diri untuk sukan sekolah dulu adalah lompat jauh dan lompat kijang (Biar aku cuma mampu sampai ke peringkat sekolah je :b)
Alasan lainnya adalah kerana dia cukup-cukup cute di mata aku :b
Dan aku tersenyum kecil bila baca surat khabar yang dia dapat pinggat gangsa untuk lompat jauh dan dapat emas untuk lompat kijang.
Yang lain tu aku sekadar tengok dan baca sepintas lalu sahaja.
Aku malas nak ”follow up” perkembangan team bola sepak sebab aku takut akan berulang lagi tragedi hitam buat skuad bola negara. Dan aku cukup-cukup trauma dengan hitam-hitam tragedi skuad bola sepak Malaysia ni :b
Dia mahu minuman tin dan makanan ringgan untuk dikunyah di rumah nanti.
Aku bawa dia ke 7 eleven berdekatan.
Dia sibuk dengan minuman dan makanan.
Aku menunggu setia di kaunter (Menunggu masa dikopak!!!)
Terpandang paket-paket kondom yang selamba di jual di kaunter kiosk tersebut.Bagaikan mahu mengalakkan sahaja.
Dia datang dengan makanan dan minuman yang boleh dijadikan stok dua tiga hari snek aku.
“ You nak rasa apa?” Tanya aku sambil membelek-belek paket kondom tu sedang dia sedang mengatur lambakkan barangan-barangan dia di kaunter.
“Oren la.” Jawab dia acuh tak acuh. Tak memandang pun pada aku.
Aku cuba selamba menahan tawa aku. Mengambil paket kondom berperisa Oren tu dan meletakkanya bersama barang-barang yang dia beli.
Dia Cuma perasaan benda tu bila pekerja 7 Eleven tu scan benda tu.
Sedikit terkejut Mukanya merona merah. Malu mungkin. Sedikit menjeling tajam pada aku.
Pekerja tu memandang hairan pada kami. Tawa aku makin tak tertahan.
“Kondom tu letak balik la. Member saya ni bergurau jek tadi.” Dia bersuara perlahan menyelindung malu.
Dan budak 7 Eleven tu tersenyum kecil.Ada beberapa orang di kaunter tu pun tersenyum kecil.Dia pun ketawa kecil dalam merah mukanya.
Aku ketawa besar sekali tu. Sampai tersalah-salah bagi duit kat budak 7 eleven tu.
Keluar dari 7 Eleven tu tawa aku masih tak reda-reda.
Mukanya masih merah kerana malu. Mulut membebel-bebel kecil. Menutup-nutup muka dengan tangan entah berapa kali Aneh pulak bila dia nampak manis begitu :b
Dan tangan dan peha aku memang sudah lama kebal dengan tamparan dan cubitan ketamnya tatkala dia marah.
P.S:Benda ni takkan jadi ketawa besar kalau dia selamba suruh cashier tu kira jek benda tu.Nak pakai tak nak pakai itu lain kira la..Hahahahahaha.
Aku rasa semua yang ada TV kat rumah dah pernah tengok rancangan Manggo TV kat TV3@8TV.
Dan itu adalah antara rancangan yang dalam favourite list aku.
Sebab..
Aku suka dekat pengacara-pengacara dia (yang comel ,gila-gila sikit kepala dan pandai berbual/Menggoda? hahahaha)
Budak-budak rumah boleh jadi pelik macam mana aku boleh ketawa besar (sampai kacau orang nak tidur :b) bila menonton rancangan kuiz yang satu ni.
Aku cuma minat bebelan pengacaranya yang gila-gila sikit kepala.
Masuk peraduannya tak pernah sekalipun.
Tak macam member rumah aku yang masuk pertandingan Mango TV tu sampai beberapa kali dan masih tak menang-menang sampai sekarang.
Kemudiannya memaki hamun kata rancangan tu menipu orang ramai.
Aku tersenyum sinis je dengan dia.
Yang mudah sangat terliur dengan jani-janji perempuan manis dalam make up yang disponsor tu kenapa ?
Hahahaha...
Girl from Ipoh.Terhumban entah ke mana.
Ada Apa Dengan Indonesia.Terbang melayang jauh.
Salon. Kuyup bersama-sama hujan.
Harry Porter and the gobblet of the fire. Kandas dalam banjir di KTM Serdang.
Berbasikal di Taman Botani.Tinggal harapan yang makin pudar.
Aku di rumah. Semua prorgam aku hanya akan berlangsung petang sabtu ( petang kerana paginya aku masih tidur :b)
Petangnya langgit dah jadi mendung semacam semendung wajah aku yang kecewa.Aku malas nak berbasah-basah dengan motor aku petang ni maka aku terpaksa berkubu di rumah sahaja.
Hujannya memang lebat dan lama.Sampai ke malam hari. Bersyukur aku tak keluar.
Kalau Manchester United kalah malam itu aku akan jadikan hari itu hari minggu yang serba tak menjadi.
Mujur Manchester United menang.Dan kami seisi rumah bersorak. Melupa kecewa kami petang tadi.
Hari ni ada gadget teknologi komputer baru ditambah di pejabat aku.
DVD Writer.
Memandangkan aku yang jadi tenchician tak rasmi bahagian ni maka aku yang akan jadi pencuba bagi gadget terbaru di pejabat ni.
Diorang ni macam tahu-tahu jek aku tengah merancang-rancang untuk menukar CDRW komputer rumah aku kepada DVDRW.
Dah jimat duit aku dalam Rm 200 :b
Lepas ni aku hanya perlu berkunjung ke kedai-kedai DVD dan cari filem-filem bagus yang aku nak tonton sangat.
"Burn" DVD tersebut kepada VCD dan kemudiannya aku dah boleh melayan filem tersebut di rumah bersama keropok pringles dan vanilla coke :b
Aku bukan manusia yang mampu cari bahagia di taman tema rupanya.
Baru beberapa permainan yang aku main kepala dah pening lain macam.
Macam nak termuntah rasanya!
Kena rilek-rilekkan diri di tempat duduk hanya memerhatikan teman-teman aku yang jiwa keras (seorang perempuan :b)
Dan aku jadi bahan tawa sekali itu.
Lepas ni aku memang takkan melawat lagi taman-taman tema ni.
Aku lebih rela di bakar matahari petang pantai daripada merasa nyawa ini bagai ditarik perlahan-lahan tatkala menaiki rollercoster !
Tahun ni Papa tak merunggut tentang kami yang selalu tidur membiarkan dia berseorangan memandu waktu berziarah ke rumah kaum keluarga waktu musim raya.
Tahun ni Papa dah ada teman sepanjang perjalanan dia. Aku ,Klue magazinedan digital camera aku :b
Aku dengan obses aku pada gambar-gambar yang manis pada pandangan mata aku :b (Musim raya ni memang banyak pemandangan-pemandangan manis)
Tapi ada benda baru yang dirunggutkan Papa sekali ini.
”Kau ni asyik ambik gambar perempuan jek.Dah desperate sangat nak cari calon isteri ker”
Hahaha. Aku tidur dalam kereta ni kang.
Sama sahaja Antara dibunuh, Membunuh Dan terbunuh Yang pasti kisahnya Adalah matinya seorang manusia.
Setelah hilang dari akhir ramadhan aku akhirnya pulang juga,
Tanpa ada ingatan yang terlalu membekas pada raya yang lepas.
Ianya bagaikan cuti hujung minggu di kampung sahaja.
Aku yang makin mendewasa merasa syawal itu makin hilang meriahnya.
Cuma melawat saudara terdekat dan berembun beberapa malam bersama kawan lama kelas prinsip akaun (Yang terlalu aku hargai persahabatannya.)
4 syawal aku sudah kembali ke kota untuk sesak-sesak akal kembali dengan bebanan kerja.
Selamat hari raya buat semua umat islam biarpun terlambat.
P.S: Press statement ucapan raya yang tertangguh di blog :b
Aku tak berapa menonton TV (Tapi aku addict pada Internet :b)
Dan tak peduli kalau rumah tu ada ASTRO atau tidak (Sebab tu aku pelik bila orang terlalu obses pada AF :b)
Yang aku nak tonton hanya iklan Olay dan Bersamamu (Sebab ada Fifi.Hahahahaha.)
Minggu lepas member serumah bawa masuk budaya ASTRO pulak ke dalam rumah sewa kami. (Dan minggu ini pula ada TV dan DVD player baru.Mentang-mentang baru dapat bonus.Joli katak semuanya.)
Makin bertambah budaya-budaya luar diimport masuk ke dalam rumah ini (Aku suka bila budaya filem Indonesia aku diterima mereka )
Budaya TV dan ASTRO yang akan merampas ruang peribadi yang selama ini aku bagi khusus kepada buku dan komputer aku. Dan malam tadi aku memang cukup terjajah dengan filem The Cabble Guy lakonan Jim Carrey tu.
Lepas ni kami tak perlu untuk ke Mamak untuk sesi EPL lagi (Mamak yang aku ngeri makan masakannya.Air tu aku boleh lagi :b)
P.S: Tahu dah Fifi tu dah bertunang.Tapi masih menyimpan minat padanya.Setakat minat dari jauh rasanya tak memberi sembarang bekas kan :b
Bukan kematian benar menusuk kalbu Keridhaanmu menerima segala tiba Tak kutahu setinggi itu di atas debu Dan duka maha tuan tak bertahta.
Betapa Falkulti Perubatan (Yang di Malaysia katanya perlu sangat kebergantungan pada bahasa inggeris!) di universiti-universiti Indonesia boleh saja diajar didalam bahsa melayu (Kalau ada kemahuan tentunya!)
Aku sedar bahawa aku masih lagi terasa dengan hitam sejarah kejatuhan kota melaka (1511H) dan kejatuhan Goa (Sulawesi Selatan 1667) kepada penjajah-penjajah barat yang mencari monopoli rempah mereka.
Kagumnya aku pada kerajaan-kerajaan melayu di pesisir Selat Melaka yang mengawal aktiviti perdagangan rempah sedunia hingga menimbulkan cemburu barat untuk merampas takluk ekonomi mereka itu.
Betapa bahasa melayu itu berjaya untuk menggabungkan etnik-etnik di Indonesia.
Ah.keroncong dan ghazal itu sudah cukup indah sungguh.Tapi kita sering teraba-raba aliran muzik baru buat kita.
Ianya kadang-kadang buat aku berfikir dan membuat rumusan sendiri.
” Bahasa Melayu itu lebih hidup dan bermaruah degup jantung hidupnya di Indonesia jika dibandingkan di negara ini.”
Berapa ramai anak-anak masa muda masa depan kita yang akan belajar/mengenal Tun Seri Lanang dan Abdullah Munshi?
P.S: Aku menontonnya waktu menunggu detik sahur.Aku tiba-tiba jadi tersentuh dengan isi segmen ini terutama di bahagian kejatuhan Goa dan Melaka itu.
Semuanya kerana kawan serumah aku.
Tak habis-habis dengan cerita china kungfu/bola (macam shaolin soccer) di Tv 2
Kau tahulah Tv 2 mana ada azan. Rumah kami dahlah jauh dari mesjid/surau. Memang tak dengar azan dari mesjid.
Pukul 7.20 baru kami terhegeh-hegeh nak tukar Tv3 dan Tv1.
Eh.Takde Azan ke?
Pukul berapa Kl buka ni. (Pas tu tak tahu-tahu nak buka radio!!!)
Jiran-jiran kami pun kiri kanan non-muslim.
Teman tu tersengih jek tengok aku yang dah menyingga petang tu.
Sudahnya aku telefon teman pejabat.
Pejabat bergelak besar dengan pertanyaan aku ni.
Oh patutnya pukul 7.05 minit tadi dah berbuka.
Kami terlajak hampir 20 minit di hari pertama puasa!!!
Sungguhlah tragedi di hari pertama puasa.
”Seperti lembu gemuk yang berjalan di tengah padang pada waktu petang :b ”
Aku akan terusan menulis di sini. Menulis tentang apa yang aku rasa.Picisan atau tidak itu label yang dicopkan pada dahi.Terpulang pada yang mahu meletak cop itu.
Kerana aku mencari sedikit ruang untuk aku menulis di ruang di mana ada penilai-penilai yang akan mengadili tulisan aku.
Menulis di buku catitan sendiri aku akan jadi manusia yang syok sendiri nanti :b
Perlu terus menulis di sini kerana ianya sekurang-kurangnya dapat menjadi satu tempat meluah perasaan yang terbuku di hati ini.Tanpa aku bisa jadik gila dengan segala seribu satu macam perkara yang kadang-kadang terlalu menekan hidup ini.
Dan yang pastinya aku akan menanti-nanti komen yang seterusnya dari pembaca sampai nanti aku sampai tahap imun dan tak ambil peduli kepada komen-komen pembaca yang hadir di sini :b
Sepertimana kata Usman Awang ”Jangan Diam.”
Dia ajak aku keluar pada hari minggu lepas.
”Nak keluar ke mana?” Soalku
”Bawalah saya ke mana-mana.”Yakin jawabnya.
Aku tersenyum.Sungguh mahu ke mana-mana sahaja bersama aku.
***
Mesjid India/Jalan Tunku Abdul Rahman.
Berhimpit-himpit di jalanan sesak.
Mencari-cari VCD haram baru buat aku :b
Disini aku dapat jumpa cerita melayu tak seperti di Jalan Petaling. Mencari-cari kalau Gee dari Indonesia sudah tiba filemnya.
Belum lagi ( Kapan sampainya ini filem.)
Aku beli. Janji Joni,Virgin (Filem Indonesia), Qaisy dan Laila (Pilihan dia)
Menyinggah lagi di tiap-tiap gerai.Dia masih bersama aku.Mukanya merah merona.Panas barangkali :b
***
Gerai Melayu Mesjid India.
Aku minta Teh O Ais.Sama jugak dia.
Menarik nafas panjang.Membelek-belek VCD yang aku baru beli.
”Penat?” Soalku
Dia ketawa.
”Lengguh kaki ni tau.Tapi saya ejoy la.” Jawabnya riang.
Ok.Dia enjoy perjalanan tadi.
Yang lain akan menanti dia selepas ni.
*** KLCC
Dah lama tak ke sini.
Signboard sepanjang terowong ke KLCC yang cukup berwarna-warni. Memang aku suka dari dulu.
Ada pemain muzik jalanan di sisi terowong.
Juga sukarelawan MAKNA di situ.Mencari derma buat persatuan itu.Dia menegur mesra salah seorang daripada mereka.Aku tersenyum kecil pada sukarelawan.
”Saya dah lama dah join MAKNA ni.” Katanya selepas berlalu.
”Ohhhhh...” Aku mengiakan katanya.Dalam nada yang panjang.
***
Aquaria.
”Ada diskaun ker orang Jabatan Perikanan?” Soalku
Dalam beg aku ada tag kerja aku :b
Tak ada diskaun untuk aku.Namun aku masuk jugak dengan dia. Kami dapat Cd percuma (tapi tak boleh dibuka cd itu.Hampeh!!!)
”Ui.Tarantula la kat sini!!!” Katanya riang bila melihat labah-labah Tarantula didalam tempat pameran berkaca itu.
”Ah sudahlah tu.Kita tengok jerung je la.” Suaraku perlahan bimbang.
(Aku bimbang kalau-kalau labah-labah tu terlepas.Hahahaha.Daripada Tarantula aku lebih rela jerung :b )
”Boleh tolong ambik gambar tak?” Pintaku pada seorang yang ada berdekatan dengan kami.
” Jangan peluk-peluk tau.Bukan muhrim.” Kata dia pada aku dalam nada berlucu tapi aku menerimanya dengan nada serius. Berubah air muka aku dia cakap benda tu kat depan khalayak ramai.
Aku peluk kau betul-betul kang.Hahahahaha.Tak.Aku budak baik :b Sungguh! Potong ayam punya.Hahahahaha..
***
Swatch KLCC.
Aku sedang asyik dengan satu model terbaru dari Swatch. Cantik sanggat (Harga lagi cantik!!!)
”Minat ke dengan jam tu?” Soalnya
”Minat sangat-sangat.” Memang aku minat jam tu.
”Saya belikan. Buat present kat awak?” Ayat ini membunuh terus minat aku.
Aku senyum kecil jek pada dia.Menelan air liur.Menarik nafas panjang. Beredar pantas dari kedai tu. Tanpa pandang-pandang lagi pada jam tu.
Nantilah.Bukan sekarang.Aku tak suka pakai duit orang beli benda yang aku suka. Lagi-lagi wang perempuan.
Terima kasih atas baik hati.
***
Kinokinouya (Medan ujian sebenar buat dia :b )
Masuk-masuk ke situ aku dah melilau cari buku-buku yang aku nak.
Dia ikukan aje gerak aku.
Dari satu rak ke satu rak.
Buku yang aku tengok dia akan tengok jugak.
Dia kemudiannya lari ke bahagian sajak yang ada di bahagian atas.
Aku di bahgaian buku bahasa melayu. Masing-masing dengan urusan sendiri.
Selesai dengan buku yang aku nak.Aku berjalan ke perlahan ke tempat dia melepak.Dia khusyuk dengan buku dia.
Ok.Dia lulus ujian yang satu ini!!!(ramai kawan-kawan aku gagal ujian ni tau.Termasuk lu Akuro!!!:b)
Dan petang itu masih-masing ada buku untuk dibawa pulang hari itu.
***
Jalan Petaling.
Jalan Tunku Abdul Rahman mungkin ada VCD tapi mereka tiada CD.Aku kena cari CD yang aku nak di Jalan Petaling.
Aku mencari soundtrack gol dan gincu (lagu dalam filem tu memang best gila!) , pop shuvit dan album dewa.Semua cd yang aku nak tu takde (Hampeh!!!)
Yang aku jumpa cuma satu dvd yang aku nak tengok sangat ceritanya dari dulu.Lambada.Cerita lama yang masih lagi membekas di hati aku.
Dia pulak sibuk nak mencari beg traveller dia.
Aku dengan DVD yang aku nak sangat.Dia dengan beg traveller dia.
***
Komuter pulang.
Aku berhenti di Serdang.Dia berhenti di Bangi.
Aku macam nak lajakkan saja perjalanan tu ke Bangi kemudian patah balik ke Serdang :b
Begitu cepat masa berrgerak
Jangan serik
Selamat tinggal
Jumpa lagi
***
Pejabat.Malam
Malam minggu aku berpekik sorak dengan kemenangan Selangor di Shah Alam.Cuma kalau boleh biarlah Perlis yang menang Piala Malaysia.Aku taknak Dollah Salleh musim depan bertukar menjadi Jose Mourinho :b
Sambil curi-curi melihat final Malaysian Idol.
Aku kecewa Nita kalah.Daniel tu tah apa-apa tah
nyanyiannya.Harap muka je jambu!!!
Dan ada mesej yang membuatkan malam minggu itu jadi tambah bahagia.
”Saya enjoy sangat jalan-jalan tadi.Penat tapi enjoy.Lain kali kita jalan-jalan lagi boleh kan..”
Oh..Aku rasa macam nak makan chicken chop waktu tu!!!
Kita mesti terlanjang Dan benar-benar bersih Suci lahir dan di dalam batin
Tengoklah ke dalam Sebelum bicara Singkirkan debu Yang masih melekat
Singkirkan debu Yang masih melekat
Anugerah dan bencana Adalah kehendaknya Kita mesti tabah menjalani
Hanya cambuk kecil Agar kita sedar Adalah dia di atas segalanya Adalah dia di atas segalanya
Anak menjerit-jerit Asap panas membakar Lahar dan badai menyapu bersih
Ini bukan hukuman Hanya satu isyarat Bahawa kita mesti banyak berbenah
Memang bila kita kaji Lebih jauh lagi Dalam kekalutan Masih banyak tangan Yang tega berbuat nista
Tuhan pasti telah terbehitungkan Amal dan dosa yang kita perbuat Ke manakah lagi Akan kita sembunyi Hanya kepadanya kita kembali
Tak ada yang bakal bisa jawab Mari hanya runduk sujud padanya Kita mesti berjuang Memerangi diri
Bercermin dan banyaklah bercemin Tuhan ada disini Didalam jiwa ini Berusahalah agar dia tersenyum.
***
Kosong..
Yang ada cuma lagu ini di kepalaku.
Dari iklan petronas hari merdeka lepas.
Aku tidur di pejabat malam tadi semata-mata untuk siapkan teks pidato aku pagi ini.
Sampai pukul 2.00 pagi berjaga mata untuk cari isi dan berlatih sedikit sebanyak bercakap tentang isi pidato aku.
***
Teman tu terkejut tengok aku.
Aku tersenyum.Aku dah bilang jangan cabar aku.Aku ni kadang-kadang pantang sangat dicabar. Aku tak takut melanggar prosidur jabatan.
Pagi tu aku dengan pakaian seragam jabatan macam selalu tapi cuma bezanya ada mafla berwarna-warni pelanggi yang melilit di leher aku.Cantik tau mafla tu!!!
Dan orang-orang bahagian aku bersorak dengan penampilan aku dengan mafla aku tu :b
***
Sampai di dewan upacara aku dah jadi libanglibu dah.Hati dah berdegup-degup kencang.
Mampukah aku sekali ni?
Aku buat keputusan untuk cuba sahaja pagi tu.
Kalau menang syukurlah.Kalau kalah sekurang-kurangnya aku puas hati dengan keberanian diri aku berhdapan khalayak ramai.
***
Mafla itu memang jadi tumpuan.Aku malu jugak mulanya tapi aku tak simpan mafla tu dalam kocek seluar aku.Selamba aku jawab pada pegawai-pegawai tinggi yang bertanya tentang mafla itu.
"Semangat."
Dan mereka tertawa.Aku pun ketawa senang hati...
***
Dewan tu rasa terlalu bergemuruh bila aku naik untuk sampaikan pidato aku.
Aku bakar mereka dengan provokasi terancang awal aku.Dan mereka semua bersorak.Aku mencari ketenangan diri waktu itu.
Teksnya masih aku tak hafal dan sesekali aku kembali menatap Flash card aku.Pasti ada markah dicincang di situ.
Sampai akhir aku punya isi ucapan sedikit lari.Aku terpaksa menampal-nampal dengan apa yang terlintas di kepala waktu itu.Hancurlah aku sekali ni!!!
Bila loceng kedua dibunyikan oleh penjaga masa aku segera habiskan ucapan aku.Mengucap salam dan beredar tanpa pedulikan tepuk sorak ramai.
Bala aku dah lepas dah.Kalah menang itu sudah tak jadi hal. Yang penting aku dah berucap semungkin upaya aku.
***
Dan keputusannya..
Aku kalah.Dapat tempat ke 5 dalam hampir 20 orang.
Jumpa lagi anda di tahun hadapan..
Aku masih mampu tersenyum dengan keputusan yang diterima.Tak mengapa bagi aku.
Ianya melatih aku untuk lebih berani di depan khalayak di masa hadapan.
Hohoho.Ianya memang sesuatu yang buat life aku ribut serta merta.
Nama aku naik untuk pertandingan Pidato Jabatan. Setalah tahun lepas aku mengetawakan sahabat aku yang memasukinya tahun ini balanya dihempap pada aku.
Tarikhnya.Lagi 3 hari !!!
Aku dah menarik nafas panjang mengenangkan apa yang aku nak ucapkan pada pertandingan tu nanti agaknya.
Aku boleh menarik diri dari pertandingan ni tapi di masa yang sama aku terlalu ghairah untuk berucap di pentas.Dengan khalayak ramai mendengar aku. Kalau layak ke peringkat akhir (pada hari esoknya !!!) mungkin sahaja menteri akan mendengar pidato berbakar aku :b hahahaha...
Aku dah atur sedikit sebanyak ayat aku untuk pertandingan tu nanti.Dah rangka-rangka apa yang aku nak ucapkan nanti.
Dan malam ni aku balik rumah kau nak tahu aku buat apa.
Aku tonton/dengar ceramah politik sambil merangka-rangka lagi tulisan aku :b
Pembangkang dan kerajaan semuanya aku layan :b
Hahahaha...Gilos betul.Tapi aku rasa excited semacam la buat persiapan untuk pertandingan pidato ni.
Menang kalah itu adat pertandingan kan.Yang pentingnya kita cuba benda tu kan..
Gambareyo!!!
P.S: Doakan aku banyak-banyak.Aku excited dalam gabra ni. Tapi aku tetap nak masuk pertandingan tu.
"Waktu kau berucap tu pakai la topi,mafla,seluar jeans lusuh.kau kan minat dengan hishamudin rais" Kata seorang kawan.
:b Kau jangan cabar aku kawan!
Setelah seminggu akhirnya talian internet di pejabat kembali ke paras normalnya.
Dan aku tersenyum sikit hari ini dengan adanya akses internet ini.
Pagi ini dibantai secara berjemaah dalam sesi taklimat pagi. Ada yang tak kena pada laporan yang dikeluarkan.(Ianya bukan laporan penuh aku.Cuma ada secubit sahaja yang jadi bahan kerja aku.Namun yang secubit itu mahu dibesar-besarkan)
Aku secara solo terpaksa menegak cara kerja aku dan pendirian diri kepada orang-orang atasan.
Bertegang leher dengan mereka.Mereka mencadangkan format baru tapi tak menampilkan rangka kerjanya.Sudahnya bebanan kerja baru itu dilempar hempap pada aku.
Hujung minggu ini pasti aku akan berkampung di pejabat.
Ianya hari pertama kerja dalam minggu ini.Sepatutnya ianya menjadi hari senyum sedunia.
Apatahlagi dengan aku yang baru sahaja balik dari berfoya-foya di "Family Day" jabatan.
Tapi hari ni aku memang berangin sesangat.
Dari manusia membawa ke komputer hingga ke kereta di tengah jalan semuanya makan sumpah seranah aku (Juga isyarat kaki tangan dan letup mulut aku yang menggila amarahnya)
Seorang dua pegawai menjauh daripada aku.Takut-takut nak berikan kerja baru pada aku.Pagi itu aku benar-benar bukan aku yang biasa.
Aku sudahnya santai-santai tenangkan diri dengan perlahan-lahan siapkan kerja-kerja aku sendiri sambil melayan muzik dari komputer aku.
Nak bunuh "angin taufan" aku pagi tu aku call Akuro untuk hilangkan semua amarah yang ada dalam diri ini.
Mencari sedikit senyum bila berbual dengan dia.
Dan paling tidak pun angin aku tak seteruk tadi.
Petang tu bila mahu pulang aku dah mampu tersenyum kecil kerana ada cek baru buat aku sudah selamat di tangan aku.
P.S: Sebab aku "angin" gila hari ini. 1. Dua jam menunggu untuk presentation slide dan jawapan dari pegawai tu.Saya terlupa. 2. Tuntutan Perjalanan aku yang minta disain oleh pegawai atasan enteng-enteng dighaibkan oleh dia dan dia meminta salinan baru dari aku. 3. Claim yang tertangguh selama berbulan-bulan di pentadbiran masih belum dibereskan oleh mereka. 4.Pejabat yang cuma tinggal aku dan seorang teman."Anjing-anjing" yang lain entah ke mana ghaibnya.Aku dan teman yang sudahnya ditarik ke hulu ke hilir oleh pegawai-pegawai atasan.
"Merdeka dengan darah"
Ianya perkataan yang sangat subversif pada mata pentadibiran British yang tatkala itu lebih senang berususan dengan parti yang melaungkan slogan "Hidup Melayu".
Dan kerana perkataan itu API menjadi parti politik pertama yang diharamkan di Tanah Melayu.Testimen politik API jadi dianggap sebagai bacaan berbentuk subversif.
31 ogos kata subversif itu dijulang di Stadium Merdeka selaku kata yang membebaskan negara ini dari penjajahan.Kini sudah 48 tahun kita melaungkan ucap kata yang dianggap subversif di mata British dulu.
Aku takkan hairan kalau generasi 2020 nanti akan mengangkat kata pegangan generasi 1998 sebagai modal perjuangan baru mereka.
P.S: Aku sinis dengan segmen "Luka masih berdarah".Di bulan-bulan kemerdekaan mereka sepatutnya bersifat mahu menyatukan semua yang ada dalam negara ini.Bukan memecah belah mereka mengikut pegangan ideologi.
Esok aku ada periksa jabatan.
Orang kata periksa tu kadang-kadang bergantung pada nasib.
Kita baca buku setebal manapun kalau dah takde nasib kita benda yang kita baca tu takkan keluar soalan tentangnya.
Yang kita tak baca tu keluar.
Tapi kalau tak baca apa-apa langsung tak boleh jawap apa-apa bukan :b
So aku buat keputusan untuk baca apa yang aku mampu.
Membaca buku sambil menaip nota di komputer.Aku membaca buku.Aku menaip nota tentang benda yang aku baca.Aku dapat ulang bacaan aku dua kali dan aku akan ada nota kerja yang di hari-hari biasa terlalu malas aku nak tulis.
Esok harap aku dapat jawablah paper ni.
Aku malas nak repeat lagi paper ni.
Semoga aku boleh conform jawatan awal.
Doakan aku untuk exam esok hendaknya.
Selepas habis esok.Malamnya kena standby 24 jam di pejabat.Hari ahad baru aku boleh berjoli dengan duit gaji aku :b
Malam.
Gelap dan hujan.
Jalan di Putrajaya yang wajib sunyi setelah habis waktu pejabat kerajaan.
Motor yang dipandu tanpa lampu depan,belakang dan lampu brek itu tentunya susah nak dilihat oleh kenderaan lain bukan.
Jadi teman aku setelah sudah memotongnya membuat keputusan untuk menunggu motor tadi.Kasihan katanya motor itu mahu mengharung jalanraya itu tanpa lampu di kawasan sunyi.Apatahlagi kedua-kedua yang menaiki motor tersebut adalah perempuan. Bahaya.
Jadi kami mengiringi perjalanan dia.
Dia memandu laju.Kami laju..
Dia memandu perlahan.Kamipun memandu perlahan.
Sampai ke U.P.M.Pantas sahaja ke gerai makan :b
Sekadar berbual-bual biasa dan dia mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu dia.Kemudian kami beredar pulang ke kediaman.
Dengan nombor telefon bimbit kami dan dia yang saling bertukaran :b
Setakat makan , berbual ,ketawa,berkenalan dan bertukar nombor telefon bimbit rasanya ia bukan sesuatu yang merbahaya buat jiwa..
P.S: Berbuat baiklah sesama insan :b
Fifi (Budak olay) tu memang kiut habis la.
Aku rasa rugi tak tengok rancangan Olay Inspirasiku siri yang lepas.Kalau TV3 bercadang nak keluarkan VCD siri Oalay musim pertama tu rasanya aku sanggup untuk buat pertama kalinya ke Sri Pentas untuk dapatkan VCD tu.
Semuanya kerana Fifi tu la.Kiut jek muka dia dengan tudung tu.
Di rumah aku cukup obses dengan iklan olay dan rancangan bersamamu.Member-member serumah aku sampai naik faham dengan angau aku ni :b
"Oi iklan Olay la.Budak Fifi yang kau gila-gila tu."
Percayalah.Kalau aku tidur pun aku mampu bangkit semata-mata nak menatap wajah ayu Fifi tu.Hahahahahaha
Tapi cukuplah memuji dia dari jauh.
Lagipun Akuro dan perempuan aku pasti akan mencebik semacam kalau aku kata aku jatuh cinta pada budak Fifi tu :b
P.S: Aku nak jadikan Fifi sebagai wallpaper di komputer aku. Hahahaha...
Selamat tinggal buat semua.2 hari aku akan ke Pahang sebelum sibuk-sibukkan diri dengan nota periksa.Chow.
|