home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Saturday, December 19, 2009

kusyu' dalam solat

beruntunglah orang yg kusyu' dalam solat.

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

petua ringkas.

untuk mendapat kusyu' dalam solat, persiapan untuk solat perlulah dibuat dengan hati2.

- sebelum berwudhu, istinja'(membersihkan diri dari hadas kecil) perlu dibuat dengan sempurna

antara punca azab kubur ialah kerana tidak sempurna istinja'

- wudhu perlu sempurna dan mengikut sunnah

untuk mendapat kusyu' cuba jangan membazir semasa berwudhu'. para sahabat disuroh Nabi s.a.w. agar tidak membazir semasa berwudhu' walaupun mengambil wudhu' di sungai.

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Baginda SAW pada suatu ketika, melintasi Saad ibn Abi Waqqas R.A. yang sedang berwudhu dengan menggunakan air yang banyak. Lalu baginda bertanya, “Mengapakah dengan pembaziran ini?”¯ Saad bertanya kepada baginda: Apakah di dalam soal berwudhu’ pun dikira pembaziran? Baginda S.A.W menjawab, “Ya, (membazir tetap membazir), walaupun kamu berada di sungai yang mengalir” - riwayat Ibn Majah.

- memahami semua lafaz2 dalam solat

[http://elthoroo.wordpress.com/2009/08/26/tata-cara-kusyu-sholat/]
- sekurang2nya sedar yg kita dalam solat, di rakaat berapa dan rukun apa.

161890 | posted by saorangorang at 19:15 | 0 comments

Sunday, April 12, 2009

dia yg dilupakan

bila ditanyakan kepada shauqat, bila agaknya boleh mendapat remote-control untuk masuk ke parking didalam kawasan syarikat (dapat slot parking dalam compound) beliau bercerita ttg gandhi-jee pulak.

"you know, they make gandhi-jee statue ?
and every year during gandhi jee birthday, they will clean the statue. however, after that and the whole year, they let the statue full of bird shit.

"this is the same like our issues. I have been working here since beginning, but they only consider parking space for new manager only."

161759 | posted by saorangorang at 19:34 | 0 comments

Sunday, March 29, 2009

penawar mujarab

semuanya ketentuan tuhan
carilah pengertian disebalik kejadian
apakah alamat ?
apakah kiasan ?
apakah pengajaran ?

alangkah baiknya
jika dapat menyingkap rahsia
mengapa begitu
mengapa begini
mengapa asyik aku yang kena ?

tidak perlu menangis pilu
atau sedih menahan sendu
biar sabar dan takwa jadi penawar
mengubat luka menghapus duka

161738 | posted by saorangorang at 19:16 | 0 comments

Tuesday, November 18, 2008

takut dan harap

selalu merasa diri tidak sempurna menimbulkan perasaan takut. takut untuk menghadapi sesuatu.

selalu merasa berkeinginan dan berkeghairahan untuk sesuatu menimbulkan harapan. harapan supaya dapat mencapai impian.

pabila ada ketakutan dan harapan dalam suatu masa maka berjaya lah.

terutama ketika menghadapi sakaratulmaut.

takut akan dosa2 yg dibuat akan membawa ke neraka dan pada masa yg sama berharap agar mendapat pengampunan dari Allah.

maka apa yg ditakuti akan dijauhkan dan apa yg diharapkan akan diperolehi.

الله اعلم

161511 | posted by saorangorang at 20:22 | 0 comments

Thursday, November 6, 2008

Marah itu dari syaitan !

Verily anger comes from Satan. Satan was created from fire, and verily fire is extinguished by water. One who becomes angry should make ablution (wudhu')

Abu Daud.

161484 | posted by saorangorang at 12:44 | 0 comments

Thursday, October 30, 2008

Masa ais batu

MASA itu seperti ais batu.

Ais akan cair samada di letak dalam cawan atau dibiarkan merata2.

Namun ais di dalam cawan bersama air sirap akan memberi menafaat menyejukkan air dan penghilang dahaga.

Manakala ais yg dibiarkan merata2, tidak memberi faedah pada sesiapa, malah mungkin menyusahkan kerana telah membasahkan persekitarannya.

161474 | posted by saorangorang at 16:54 | 0 comments

Monday, October 20, 2008

pikiran serabut di kala ribut

- hati
- perasaan
- nafsu
- syahwat
- tuboh badan
- kasih
- sayang

apakah bahan2 utk perkahwinan ?

cukupkah dengan tuboh badan dan nafsu syahwat sahaja ? jika begitu, apa bezanya ketika bersama perempuan langganan atau gigolo sewaan (selain dari dosa pahala) ?

bulehkah hanya tuboh badan diberikan tetapi hati dan perasaan di serahkan kepada orang lain ?

mana pergi kasih sayang ? kepura-puraan menjadi pakaian ? tiada keikhlasan dan kejujuran ?

dunia nyata bercampur alam maya, tiada sempadan kecuali sehelai tabir cuma. adakah tertib berbeza ?

apakah yg tidak buleh di dunia nyata bisa menjadi halal di alam maya ?

antara halal dan haram ada sempadan. adakah ia kabur di alam maya, atau kita yg rabun2 ayam di siang hari mencari bahan penegak benang basah yg asyik terlentuk kesana ke sini seperti lentuknya kita kerana khayalan keseronokan yg dibawa angin teknologi canggih di sebalik petikan butang mata tikus ketika bersaorangan dikamar tidur ?

161461 | posted by saorangorang at 19:48 | 0 comments

Monday, July 7, 2008

komen yg tak patut.

orang nak datang ramai2 dia halang.
dan bila orang tak ramai datang, dia kata gagal.

apa punya komen ni ?

kalau betul2 nak tenguk sokongan orang ramai, bior aje lah orang nak buat program, tak payah nak gertak2, nak halang2...
bior kan..
dan bila dah di biorkan, orang tak beri sambutan, barulah buleh kata:
"program kamu gagal !"

kalau tak reti nak bagi komen, baik tak payah.
menyakit kan mata dan telinga lah !

161416 | posted by saorangorang at 15:07 | 0 comments

Thursday, July 3, 2008

Kenapa asyik liwat aja ni ?

Semasa di Kuching, terdapat seorang staff yg….emmm..agak lain sikit cara menulis memo atau surat. Encik menjadi Incik… e menjadi i…mungkin dia menulis mengikut cara dia bercakap, ala 50an - 60an.

[Jika bahan di bawah kurang di fahami, cuba ditukar e menjadi i (vice-versa) di mana2 yg patut, mungkin memberi sedikit makna ]
……………………………..:~:……………………………….:~:……………………………….
Cerita lewat kembali menjadi tajuk berita di Malaya.

Mr A dituduh melewat buat kali kedua minggu lepas. Dan hari ini, Mr N pula disebutkan suka melewat.

Aduhhh.. apa nak jadi negaraku..ku…

———————————————————————-
Seorang kawan memberi msg di Gtalk,

Kunci : salam

me : salamz

Kunci : la ni terpaksalah kita ngaku jadi pinoy pulak…

me : pehal ? nak jadi kabayan ?

Kunci : …org malaysia melewat jer kerja ..hehe
abis satu dunia dah tau…huhu..

me : ooo, ingatkan apa ;ah tadi

Kunci : itu lah dia …malu semua org malaysia kat oversea..

———————————————————————–

Orang selalu liwat hari Isnin. Di panggil orang, Monday-Blues. Tidak puas di hujung minggu lah tu. Terbawa2 hingga ke hari Isnin. Tak tau lah apa yg tak puas tu. Tidak puas tidur kah atau tidak puas enjoy ! Tu yg selalu liwat hari Isnin tu. Oleh kerana dah biasa sangat, boss2 pun buat tak tau aje. Boss2 pun sama juga, ada juga yang kaki liwat.

Orang yg selalu liwat ni, memang suka liwat jalan belakang, supaya orang tidak perasan yg dia tu liwat. Kalau masuk liwat pintu depan, maka semua orang akan nampak, malulah.

Kalau pekerja selalu liwat, maka akan terganggu lah operasi syarikat atau organisasi. Banyak kerja tergendala. Jadi ramai orang tak suka pada orang yg selalu meliwatkan diri mereka ni. Menyusahkan orang lain saja. Susah nak menjawap jika di tanya boss.

161395 | posted by saorangorang at 16:10 | 0 comments

Wednesday, June 25, 2008

tunggu apa lagi ?

Matahari terbit lagi di ufuk timur. Naik bersama kicauan burung2. Semuanya bersedia untuk memulakan hari baru. Kunjungan yg singkat tanpa dapat melihat lautan walau pun hanya setanak nasi jauhnya dari Amwaj. Sudah tiba masa kembali ke tengah dunia padang pasir.

Hembusan angin utara, membawa debu2 pasir di jalanan. Timbunan bukit pasir sering berubah tempat. Semalam di sini, esuk mungkin tidak lagi. Kelajuan angin menerbangkan debu2, jerebu menghadkan pandangan. Tapi masih juga tidak menghalang dari para pemandu yg tercicir dari sekolah F1 untuk memecut selaju mungkin.

Setelah asar, matahari sudah hampir ke ufuk barat. Jerebu menenggelam kan kilauan cahaya, hingga buleh di lihat dengan mata telanjang bagaikan bulan purnama.

Sesekali kelihatan barisan unta2, bagai di atur2. Bergerak di padang pasir dalam ribut pasir. Ajaib sungguh. Tiada terganggu dengan debu2 pasir berterbangan. Kuasa Tuhan yg menjadikan matanya kalis debu sesuai kehidupan di sini.

Lebuhraya 3 lorong yg hampir lurus menyebabkan cepat rasa ngantok. Apa lagi bila teman bermusafir kusyuk terlena di sebelah. Tanpa bahan untuk di kunyah atau teman bicara, kelayuan mata bagai tak dapat di sekat2

Dalam tercari2 Istirehat untuk lelap seminit-dua, kawan sebelah dah buka mata. Lalu kacang Menglembu dan keadaan semasa menjadi pencerah mata.

Pelbagai kisah dibuka. Dari ehwal semasa Malaya, hingga lah cerita mantan2 rakan sekerja. Apa kabarnya kawan2 lama ? Dengar cerita ada yg sakit, ada yg beranak kembar dan ada juga telah jadi Pengurus Besar sekarang.

Hampir ke kawasan Nadj maghrib menjelang. Berhenti sebentar untuk menyahut seruan Tuhan. Agar diri tidak terleka dalam arus dunia yg serba pantas. Keresahan di pundi2 juga dapat di legakan

Perjalan disambung lagi. Hari telah melabuhkan tirai, malam mula menunjuk diri. Sinar neon kota kian terbentang di depan mata, menandakan destinasi kian di hampiri. Tamat musafir buat kali ini dan kembali ke rutin sehari2.

Owhhh…
Sungguh sebentar sahaja masa berlalu. Tahun juga telah tiba di pertengahannya. Sebentar lagi Ramadhan tiba dan juga Hari Raya. Kemudiannya musim Haji pula menjelma dan berulanglah lagi bulan untuk tahun yg baru

aku masih di sini
seperti kau dan juga dia serta mereka2
didalam perjalanan hidup
masa untuk mengutip bekal2 sebanyak mungkin
untuk perjalanan yg jauh

perjalanan yg wajib di tempoh semua
tanpa teman
tanpa bahan kunyahan
tanpa apa2 bekalan lahiriah duniawi ini

perjalanan yg tiada kembali lagi…

161373 | posted by saorangorang at 22:04 | 0 comments

Sunday, June 15, 2008

Selak menyelak...

Musim selak menyelak kembali.

Marilah saling singkap menyingkap.

Kita tenguk siapa yg ada kurap atau kudis buta disebalik celana atau kebaya.

Marilah sama2 memalukan sesama sendiri.

Biar dunia tahu cacat dan keji.

Biar semua gelak ketawa geli hati.

Tak per …bukan kah kita sama2 takde harga diri.

161330 | posted by saorangorang at 19:57 | 0 comments

Tuesday, May 20, 2008

Kita serupa...lu jawaplah sendiri !

Ak: Bro apa cerita ?

ZLi: Sorry ler..tak buleh nk balas lu punya sms

Ak: Takde hal lah.

Zli: Wah lu ingat ekk gua punya Anniversary..

Ak: Apa pulak tak ingatnya...dah tarikh kita sama beb.

Zli: Ha ah ekk... Terima kasih ler... so lu apa cerita kat sana ? Dengar macam tak sihat aje, ok ker ?

Ak: Ehh..yer ker ? Gua OK...sihat2 orang bujang lah..hahaha

Zli: Oowwh... tapi kan..yg tu tak buleh ke kat sana..apa tu orang panggil..contract ? ker apa ?

Ak: Ha..?..Owh...itu ka...? hahaha... tak gamak lah aku bro.

Zli: Hahaha... lu bikin la apa yg terbaik..

Ak: Ye lah... so..apa lu punya emm...

Zli: Apa ? ... target ? matlamat ?...

Ak: Ha.. ye lah..lebih kurang lah...

Zli: Aku minta yg baik2 aje lah...selamat..panjang umur...murah rezeki...

Ak: Ha ah.. yer lah... kita kena pikir benda2 baik aje bro. Target yg baik2.. doa dan usaha.. memang lah dunia ni penuh cubaan, kdang2 susah..kadang2 jatuh.. tapi jangan di pikirkan sangat..atau di fokuskan sangat susah2 tu.. pikirkan target yg baik2 aje... itu semua mcm doa bro.

Zli: Ha ah lah.. doa.. kan.

Ak: Yer.. apa yg terdetik dalam hati kita pun, itu kira doa jugak tu beb.

Zli: Yer la..dan aku pun harap2 yg terbaik lah utk negara kita ni. Macam2 hal jadi. Jangan huruhara sudah lah.

Ak: Yer ekk..muga di selamatkan dari mala petaka.

Zli: Tapi..masih ramai orang2 alim dan baik. Masih ok lagi lah...

Ak: Betul tu...tapikan..orang2 alim dan baik tu...kena ingatkan orang lain juga..supaya jadi baik juga..kalau tidak nanti bala datang semua hancur beb...tak kira alim tak alim.. baik tak baik.. semua kena..

Zli: Ooo...yer ker..

Ak: Tu la...tu pasal kita kena ada target utk baiki diri...Diri sendiri lah terutamanya...dan anak bini kita...sebab kita nanti yg akan kena jawap

Zli: Ha ah..sendiri kena jawap hal sendiri kan.. kalau pemimpin tu..kena jawap lagi banyak kan ?... lagi besar dapat..lagi banyak lah kena jawap kan..

Ak: yer... masing2 jawap sendiri lah... sebab tu kena jaga diri sendiri..sebab orang lain tak buleh jawapkan utk kita.. sendiri jawap lah... kalau mati ramai2 pun dan di kuburkan sekali dalam satu kubur pun, takde yg buleh tolong kita ye tak ? sendiri jawaplah..tu pasal lah..kena tahu ler..dari mana kita datang, kenapa kita datang..dan kemana kita akan tuju selepas ni..

Zli: Yer lah.... dan apa bekalan nak bawa, dah cukup ker...belum ker..risau lah aku bro...

Ak: Ha ah....takut beb..kalau di pikir2kan..tu pasal ust2 suroh selalu ingatkan diri...kalau lu rajin..pergi lah dok majlis2 fikir..kat sri petaling tu..

Zli: Ehh..ada ..si Lope tu rajin ajak aku..dgn Ghani... selalu jumpa kat sana lah...

Ak: yer lah..baguslah..kadang2 tu nak pergi sorang2. tak larat.. kalau ramai2 tu..ada lah geng

Zli: yer...kan kita di suroh beramai2..

Ak: yer...bagus lah..OK lah beb..selamat ulang tahun sekali lagi.

Zli: Ok..untuk lu jugak.

161214 | posted by saorangorang at 19:33 | 0 comments

Monday, May 12, 2008

Sambal ikan goreng semalam dan kenangan bersama emak

Emak selalu mengajar supaya tidak membazir. Bukan hanya cakap2 saja, tapi juga dengan amalan. Makanan2 lebihan semalam seperti ikan goreng, akan di masak semula contohnya menjadi sambal. Kadang2 sambal ikan itu lebih enak dari kuah/lauk yg baru.

Entah kenapa semasa kecil dulu, saya kerap bersama emak. Bila emak ke pasar di hari minggu saya selalu di bawa bersama. Buat meneman dan tukang bawang barang2 pasar. Seronok berjalan dengan emak. Emak tunjuk macamana nak memilih ikan dan sayur2an. Boleh lah ke pasar sendiri lepas tu. Siapkan list aja. Antara gerai yg wajib disinggah ialah gerai Apek menjual jagung rebus ataupun kacang rebus. Kalau minggu ni jagung, minggu depan kacang pula. Dan bila terjumpa cendol, musti mengenden emak utk singgah.

Selalu juga bersama emak di dapur. Belajor lah sikit2. Macamana nak siang ikan, potong sayur, basuh beras dan memasak. Walau pun tidak menjadi pakar seperti sesetengah orang, cukup lah perkara asas utk survival sendiri. Masakan emak ringkas tapi sedap. Kuah masam, taucu, kicap dan singgang. Cukup mudah. Asalkan banyak kuah dan bila makan buleh itik berenang kata orang, tentu makan berpinggan2. Semua perlu cukup untuk kami 11 beranak. Dan jika lauk tu, emak akan siapkan bahagian untuk semua.

Dan hari ini bila makan lauk sambal ikan goreng semalam, tiba2 rindu dengan masakan emak dan tentunya juga teramat rindu pada emak.

Semuga emak dipanjangkan umur dan di rahmati Allah dengan kesihatan utk terus kekal dalam ketaatan dan amal.

[anak yg jauh]

161186 | posted by saorangorang at 11:11 | 0 comments

Saturday, May 3, 2008

Aku sahaja yg sering terlupa, lena dan tersasar

satu perjalanan yg kelmarin ini
sungguh aku kepingin lagi dan lagi
hingga akhir nanti

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Duhai Kekasih.
kembali lagi aku ke rumah Mu
yg penuh damai, tenang
disebalik hiruk pikuk dunia sekeliling
dicelah2 ribuan tetamu dari seluruh alam
yg mencari redha Mu
yg mencari ampunan Mu
yg menyambut panggilan Mu

Ohhh..Ya Majid
betapa hina aku yg pendosa ini
yg selalu lupa mensyukuri nikmat2 Mu
yg sentiasa leka dengan buaian nafsu
yg kerap bermain dengan murka Mu
betapa hina aku datang mengadap Mu

Ohh.. Ya Wadud
betapa Engkau masih mengasihani ku
masih mengizinkan ku di sini, di rumah Mu yg mulia
menjejak kaki yg hina dina
bersujud, bertilawah, berzikir dan berdoa,
memohon ampun taubat

Ohh… Ya Ghafur
keampunan Mu ku harap kan
segala salah silap
besar dan kecil
sembunyi dan terang2an
bersendiri dan di khalayak ramai
yg dahulu dan akan datang

Ya Samad
jangan biarkan aku
hanyut di bawa ombak kehangatan nafsu dunia
tertipu dengan hembusan si laknat iblis
hingga lupa tujuan
bagai hilang pedoman
mahu kemanakah nanti ?

Ohh…Ya Rahman
Aku takut menghadapi hari di alam muka
dengan dosa berbeban-beban
Aku hanya makhluk yg lemah lagi hina
tidak akan tertanggung siksaan

Ya Rahim
hanya ampunan Mu ku harapkan
kasih sayang dari Mu yg Maha Penyayang
kasihani lah aku
ampunikah dosa-dosaku…
kasihani lah aku
kasihani lah aku….

Ohhh… Tuhan
berikan ku kesempatan
menjadi muslim
menjadi mukmin
menjadi mukhlisin…
menjadi hamba Mu sejati
seperti yg kau ingini
seperti yg di tunjukkan Nabi..

Ya..Allah…Ya Rahman.. Ya Rahim…Ya Dzul-Jalaali wal Ikraam…

al musafir.
[Baitullahil Haram - Ba'da Jumaat /2 May 2008]

161144 | posted by saorangorang at 14:40 | 0 comments

Sunday, April 13, 2008

Hidup

Hidup didunia sangat sementara
Tapi mengapa selalu alpa ?

Hidup antara azan dan qamat
Tau2 ...sudah kiamat !

Hiduplah sebagai seorang musafir
Tak punya apa2 pun tak perlu kuatir

Hidup di sini ada noktahnya
Tapi di sana kekal selamanya

Hiduplah dengan iman dan amal
Hanya itulah sebaik2 bekal

~ al musafir ~

161076 | posted by saorangorang at 2:49 | 0 comments

Wednesday, March 26, 2008

Warisan yg di sia-siakan !

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orangNenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenapa yer… kenapa ? Warisan kuasa yg diberikan selama ini di persia2kan.

Setelah 50 tahun merdeka dan memegang tampuk kuasa sekian lama, tak ramai negarawan yg benar2 memikirkan bangsa dan tanahair yang kita hasilkan.. hampir semua nya menjadikan kuasa politik sebagai lubok emas untuk memperkayakan diri sendiri dan kaum kerabat !

Apalah ruginya jika kuasa di gunakan utk kebaikan rakyat jelata dimana kekayaan negara di rasai oleh semua. Tapi jika poket sendiri yg masih di utamakan, maka siapakah yang hendak dipersalahkan bila hilang kepercayaan rakyat.

Bengung apa, bila rakyat marhaen di suroh menjaga warisan, tapi pemimpin derhaka kepada raja, merampok harta negara dan berbuat sesuka hati tanpa ada rasa malu kepada sesiapa.

Malulah pada Tuhan ! Nescaya terpelihara kita semua dari kemungkaran serta noda dan dosa.

161006 | posted by saorangorang at 16:25 | 0 comments

Sunday, March 23, 2008

hari itu..terbongkar sudah lah

haru biru petang kelabu
jerebu penuh debu

tiada kata-kata
dapat menidakkan nista

sungguh caci maki hangit bingit
bagai meludah kelangit
akan jatuh ke muka berbau tengit

mengapa masih terpinga2 ?

160994 | posted by saorangorang at 19:44 | 0 comments

Wednesday, March 19, 2008

masa menilai...

lambang dan label apa pun yang engkau pakai, kalau telah di beri amanah, janganlah di beri punah
warna apa pun kamu, biru, hijau atau merah, kalau sudah memegang kuasa, ingatlah rakyat yg bersuara

semuanya nikmat sementara..
siapa yg syukur akan di tambah
siapa yg kufur, tunggulah balasan nya !

160983 | posted by saorangorang at 20:11 | 0 comments

Monday, February 25, 2008

sampai masanya...

bukan untuk di bawa berdebat
bukan untuk bahan bertelagah
tetapi itulah hakikatnya

ada mata lihat
ada telinga dengar
sampai masa pangkah

160883 | posted by saorangorang at 2:03 | 0 comments

Sunday, February 17, 2008

Jangan...

Hendak gugur, gugurlah nangka
Jangan menimpa si pohon pauh
Hendak tidur, tidurlah mata
Jangan mengenang orang yang jauh

160831 | posted by saorangorang at 23:10 | 0 comments

Saturday, February 9, 2008

tiada apa2 lagi.

Allahu akhbar !

tiada lagi besarnya rumah
tiada lagi hebatnya kereta
tiada lagi gah nya kuasa
tiada lagi kaya harta benda
tiada lagi nilai wang berjuta

160802 | posted by saorangorang at 3:06 | 2 comments

Monday, January 21, 2008

Yg Arif

pandai sungguh yg arif dan bijaksana memainkan kata2, memutar belit fakta dan bukti nyata.

sungguh bertuah negara mendapat pegawai undang2 dan para hakim yg arif lagi bijaksana.

tidak sia2 pejuang2 negara memerdeka kan negara !

syabas !

160720 | posted by saorangorang at 21:59 | 1 comments

Saturday, January 19, 2008

apa lagi ?

tiada sapaan di pagi hari
tiada ucapan selamat malam

tiada kesempurnaan sejati di dunia ini
nikmati apa yg ada semaksimumnya
syukuri apa saja yg hadir
kerna itu mungkin terakhir

160716 | posted by saorangorang at 11:53 | 2 comments

Monday, January 14, 2008

Hujan

Musim sejuk yg melanda sekarang menyebabkan suhu jatuh ke tahap bawah 10 darjah celcius. Bagi yg tinggal di rooftop, angin dingin menyerbu dari 5 sudut. Bayangkan kesejukan yg di alami oleh penghuni nya. Setiap ruang dan celah di pintu, tingkap atau ruang A/C akan di serbu angin dingin. Suhu di awal pagi dan di malam hari buleh jatuh hingga ke 2 darjah celcius. Alangkah bercintanya untuk ke bilik air ketika itu. Tangan bisa beku bersentuh dengan air salju. Apatah lagi si anu.

Ketika ini lah peluang untuk hujan ada lah besar. Tapi yang sadis nya, hujan turun rintik-rintik

Hujan rintik-rintik/Tumbuh bunga lalang

Adik sangat cantik/Abang sangat sayang.

Sayang nyanyian itu tidak dapat menghilangkan debu dan kotoran melampau yg melekat di kereta kerana hujan yang tidak lebat. Walau hanya "Mist and Drizzle", tapi cukup untuk melumpuhkan trafik di bandaraya yg jarang menerima hujan ini.

Berlainan dengan hujan di Mekah yg diberitakan beberapa hari lalu. Kabarnya sangat lebat hingga banjir di beberapa kawasan. Begitulah resminya, setiap kali selepas musim haji, hujan dinanti2. Mungkin untuk membersihkan kotoran di sana yg di tinggalkan semasa para hujjaj di sana. Teringat kepada cerita dekNa semasa berjumpa di Madinah tempoh hari. Sebelum mereka bertolak meninggalkan Mekah, orang2 disana bersolat hajat meminta hujan.

Bercakap tentang kotoran dan kebersihan, dimanakah agaknya silap pemahaman kita mengenai kebersihan. Bukankah kita di suruh menjaga kebersihan ? Sebelum solat perlu wudhu. Jika kemih perlu istinjak. Macamana pulak agaknya sampah sarap boleh di buang merata tempat sesuka hati, tanpa ada rasa bersalah ? Agaknya kita menunggu konsultan dari Jepun untuk menunjuk ajar tentang cara2 membuang sampah yg betul dan terkini.

Selain hujan yg turun bersama air mata, bandar ini juga menjadi tumpuan beberapa hari ini.

Semalam, sewaktu pulang dari kerja, agak menghairankan juga kerana ada kereta polis tak berlabel melintang di simpang. Biasa nya, kereta2 begini akan memasang lampu liplap semasa menahan pesalah trafik atau suspek jenayah di tepi jalan. Tetapi setelah masuk ke lebuhraya Mekah, rupanya, di sepanjang2 jalan terdapat kereta2 polis yg lain dan juga National Guard beratur. Ahh... mungkin pelawat negara Kingdom dah sampai agaknya..itulah penjelasan mudah. Memang bendera2 negara asing telah di kibarkan di tengah2 jalan seperti resminya bila ada pemimpin negara luar akan melawat. Yang sangat di kenal ialah bendera UncleSam. Alaa.. kan pakcik SEMAK tu sedang melawat negara2 teluk dihujung akhir pemerintahan nya. Entah apa yg hendak di capai ?

Tapi rupanya yg sampai semalam ialah pak Sarko . Kawan pejabat yg pulang lewat 30 minit semalam, tersangkut di sekatan jalanraya hampir 3 jam.

Pak Semak dijadualkan akan sampai kesini hari ni. Waduh... tentu banyak jalan akan di tutup lagi.

Oh ya... ada satu lagi peristiwa 'besar' di sini. ManU akan turun ke padang melawan AL- Hilal. Dengarnya first team akan turun. Betul ker ni ? Tara tiket free ka ya habibi ?

160696 | posted by saorangorang at 18:03 | 0 comments

Wednesday, January 9, 2008

1429 Hijrah

Hari ini telah bermula tahun baru Hijrah 1429 disini. Malaya dan lain2 negara akan meraikan Maal Hijrah esuk (10 Januari 2008).

Takwim Islam di perkenalkan di zaman Khalifah Umar Farouk (r.a). Kiraannya bermula pada tahun Nabi (peace be upon him) berhijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar.

Jika di Malaya dan lain2 negara Islam, awal Muharram di sambut dengan cuti dan sebagainya, berlainan dengan di negara Arab ini yang tiada apa2 sambutan pun. Disini, walaupun orang kebanyakan sangat taksub kepada ajaran ulamak mereka tapi biasanya berasaskan sumber Quran/Sunnah. Di tempat kita juga taksub dengan amalan yg di amalkan turun temurun, tapi tidak ramai yg mahu mengesahkan sumber2 sesuatu amalan. Dan jika ada orang mengatakan sesuatu amalan tiada bersumberkan Quran/Sunnah, sukar utk di terima masyarakat.

Cuba baca penerangan mengenai Doa akhir/awal tahun ini.

Semasa kelas hadis tadi malam, banyak pertanyaan hendak di tujukan kepada Ust., tapi tak jadi keluar bila Ust kata, semuanya baik, berdoa baik, makan2 baik, semuanya baik.... moral ceritanya ialah bersangka baik lah tanpa menghukum2.

Lupakan lah cerita perbalahan mengenai amalan2. Yg penting kita perlu tahu asas2 setiap amalan yg kita buat. Jangan hanya orang buat, kita pun buat. Mengikut membuta tuli.

Hidup di zaman sains dan teknologi bukannya seperti di zaman dahulu. Jika dulu sukar untuk belajar, memakan masa berbulan2 dan perlu berjalan berbatu2, tapi kini semuanya hanya di hujung jari.

Sejarah Hijrah Nabi Muhammad (peace be upon him) selalu di dengarkan semasa Awal Muharram dan peringatan untuk kita berhijrah juga diberikan.

Semasa bercerita mengenai hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah yg penuh dengan susah payah perjalanan dan buruan orang Quraish, bagaikan mahu mengalir air mata bila di kisahkan sambutan orang Madinah di pinggir kota menanti kedatangan Nabi dan Abu Bakr, dengan gendangan dan syair " TalaaAlBadraAlayna", semuanya menandakan zaman gemilang islam bermula di situ.

Selamat berhijrah !

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-apa dilarang Allah ke atasnya.” (Bukhari&Muslim)

160677 | posted by saorangorang at 13:20 | 0 comments

Sunday, January 6, 2008

2008

tahun baru azam baru ?

muga baki2 masa ini tidak di sia2kan begitu sahaja.

160663 | posted by saorangorang at 2:23 | 1 comments

Sunday, July 22, 2007

Teruskan bacaan...

Got this from a friend.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Here is a beautiful story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quraan. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. "The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water.You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. "Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagaimanakah anugerah Allah bagi yg membaca AL-Quran dan memahami dan mematuhi semua perintah Allah di dalamnya ?

Bagaimanakah ?

159737 | posted by saorangorang at 2:39 | 2 comments

Monday, July 2, 2007

sketsa rembulan emas

[ebiet g ade]

Ketika rembulan emas tenggelam di cakrawala
angin mati dan laut pun terdiam
Hening di sekeliling bumi sunyi, sepi, mencekam
menunggu keputusan sakral, arif, dan bijaksana

Yang tak habis aku mengerti
jeritan kami tak bersuara
Ditelan gemuruh gundah gulana
Mungkin lewat nyanyian akan dapat menyusup,
menguak jendela hatiMu
Dan Kau dengar rintihan kami
Kau dengar jeritan kami

Tuhan, semua terserah titahMu
Merah hitam tanah kami, pucat pasi wajah bumi
hm... hu... tolong, arahkan mata pedang
Mereka-mereka yang memimpin
percaturan dunia, pergolakan dunia

Tuhan, semua terserah titahMu
Merah hitam tanah kami, pucat pasi wajah bumi
hm... hu... tolong, arahkan mata pedang
Mereka-mereka yang memimpin
percaturan dunia, pergolakan dunia

Ho ho ho ho ho
Tuhan, tolonglah
karena hanya Engkau yang dapat mendengar
jerit hati kami
Tuhan, tolonglah
karena hanya Engkau yang dapat mendengar
jerit hati kami

159600 | posted by saorangorang at 1:28 | 0 comments