home
login::signup
we::blog

Masihkah kau ingat…kisah semalam. : 13 May 1969.

Aku mulakan kisah semalam dengan kisah 13 May.  
 
Pada masa tu, kami tinggal di Kg. Chubadak Tambahan, Sentul. Rumah betul2 tepi lombong. Ayah masa tu, bertugas di Terengganu, selepas bersara dari pasukan tentera. Pada tarikh itu, suasana kacau bilau dirasai disekeliling kampung. Kami anak beranak, duduk mendiamkan diri. Tiba2 kedengaran suara2 di luar rumah. Bila kami menjenguk keluar, kelihatan beberapa orang anggota polis berkeliaran dan ada antara mereka yang membawa pengusung. Kelihatan beberapa orang Tionghua dalam keadaan resah dan salah seorang dari mereka, terdapat pisau yang melekat di belakang badannya. Rupanya ada yang telah merentas lombong kerana melarikan diri dari perusuh dan mendarat di depan rumah kami. Anggota polis kemudiannya membawa mereka pergi serta mengusung yang cedera.  
 
Setelah dewasa, barulah aku tahu, bahawa tarikh diatas merupakan sejarah hitam negara. Berlaku huruhara yang menyebabkan pertumpahan darah. Ramai penduduk tionghua di kg kami telah dihalau dari rumah mereka sehelai sepinggang. Berbagai lagi huruhara yang terjadi di sekitar bandar2 besar seperti Kuala Lumpur ini. Patutlah kemudiannya aku tenguk ada rumah kawan2 yang agak luar biasa dari rumah orang2 Melayu. Rupanya itu semua bekas rumah2 orang tionghua. Bentuk rumah mereka biasanya punya beranda serta ruang keluarga yang begitu luas. Mungkin sebab selalunya mereka tinggal sebagai ‘extended family’, dari datuk hingga kecucu, semuanya tinggal bersama. 
 
Ngeri kalau difikirkan peristiwa yang terjadi, bagaimana sebelumnya hidup berjiran, kemudiannya boleh berubah menjadi musuh sehingga sanggup berbunuh-bunuhan. Negara diistiharkan dharurat pada masa itu. Banyak dari kisah2 yang berlaku masa tu hanya aku ketahui hasil dari pembacaan kerana usia masih muda dan tidak banyak yang dapat di ingat. Peristiwa cabar mencabar hingga menaikkan darah. Bila di api2kan, sesiapa pun akan terbakar semangatnya. Jika hilang kawalan, maka huruhara lah jawapnya. Di ketika itu tidak dikiralagi siapa salah siapa tidak.  
 
Alhamdulillah, peristiwa itu tidak berpanjangan dan kita pun dah semakin lupa akannya. Semuga keharmonian negara ini kekal selamanya….

last modified May 13, 2004 at 3:49



[ add a comment ]

masa peristiwa 13 mei 1969 ni, masih dalam kandungan emak. tapi mak ada cerita ketika tu di singapura memang ngeri nak keluar rumah bila berlaku kejadian berparang antara kaum cina dan melayu........ syukur tak ada apa-apa ... kalau tidak, tak wujudlah pelangisenja!

105861 | posted by pelangisenja on May 13, 2004 at 18:46