|
Cendol.
Masa panas2 macam ni, teringat kat cendol ! Inilah antara minuman asasi aku. Dulu di Sentul Pasar Dalam, di stesen bas Sri Jaya, ada sorang mamak jual cendol. Aku pasti singgah setiap kali balik dari sekolah samada semasa di SKS hinggalah di MBS. Sebab dah kamcing sangat, sampai dia boleh bagi aku cendol 5 sen masa tu. Orang tua2 selalu menggiat aku, kata ada cacing dalam cendol tu. Tapi tak pernah pulak aku nampak bila aku jenguk2 kat dalam bekas cendol besar tu. Kalau hari sabtu atau ahad, mamak ni selalu masuk kg. Bila aku nampak aja mamak ni di seberang lombong, aku dah minta duit dengan emak atau ayah dan tunggu sampai dia tiba kat rumah aku. Entah kemana agaknya mamak tu sekarang, mungkin dah balik kampung dia kot. Sekarang macam2 campuran diorang letak dalam cendol. Paling best aku rasa ialah taruk pulut panggang. Bukan pulut panggang yang berinti tu, pulut panggang kosong saja. Tapi tak jumpa dah macam tu, selalu diorang taruk pulut biasa, kacang dan jagung. Baru2 ni, masuk cerita cendol kat Setapak di Majalah Tiga. Nak kena pii rasa juga ni....tungguuuuuu....
last modified May 16, 2004 at 4:26
cerita cendol kat setapak tu yang ada monyet kat atas pokok sebelah gerai tu kan? kalau dah merasa kat sini tolong habaq kat chek no... :D
certain ppl kaitkan cendol dengan H----S....urghh..yakss!
|