|
Selamat Sejahtera Cikgu !
Aku tak berapa ingat dengan cikgu2 di SKS, cuma yang aku ingat ada antara mereka yang tulisan nya sangat bagus sekali. Di MBS ada seorang cikgu yang risau tenguk keadaan anak2 murid yang sangat terikut2 mat salleh, pernah beritahu, "Kenapa nak ikut sangat orang2 barat, ibarat naik bukit, mereka dah sampai kemuncak, dan sedang turun kebawah, kalau ikut2 membabi buta, kita juga ikut turun kebawah !" Ada seorang cikgu tionghua, kami panggil Cikgu 'Morning Chan'. Dia ajar Bahasa Jawi ! Aku dok merungut kat belakang, 'buleh ke cikgu ni ajar jawi ?' Rupanya dia dengar. Dia panggil aku, dan dia baca buku jawi depan aku. Haa... betul tak apa saya baca ? Termalu aku sambil tersenyum2. Cikgu ni lah juga yang tolong aku utk balik rumah sebab demam. Mr. Singh, penolong kanan masa tu, ingat aku buat2 sakit, tak nak bagi aku balik. Mr. Singh dan Mr. Chong selalu bawa rotan kehulu kehilir. Merasa juga aku penangan Mr. Chong, cuma sebab mengintai ke dalam dewan ! Cikgu Bio, asyik tulis, tulis, tulis. Entah bila dia mengajar, aku pun tak ingat. Yg aku ingat masuk kelas, salin, salin dan salin. Cikgu kelas aku ajar Kimia. Sekali tu, dia kata sambil tersenyum, dalam kentut ada amonia, semua dalam kelas ketawa. Dia kata, kalau tak percaya, nanti nak kentut, masukkan dalam tabung uji, lepas tu kita test. Rasanya, takde murid yang menyahut cabaran dia tu. Cikgu Bahasa Malaysia, pernah beritahu dalam kelas, contohi lah aku kalau nak buat karangan yang baik. emmm.... kembang juga lah masa tu. Tapi yang hampehh nya, dlm SPM, BM tak score jugak. Anyway, terima kasih cikgu2 semua kerana mendidik anak bangsa. semua bangun ! .....selamat sejahtera cikgu !
last modified May 16, 2004 at 20:47
mane tah cikgu tu kan..... CIkgu India tapi hensem.....suka sgt kat dia....walaupun dia gelap tp cool..
hahaha.....
kesian murid2 ekk.... kawan saya pun selalu cakap cam tu, bila tak dapat jawap soalan2 dari kami semasa berbual...
dapat cikgu kima yang produktif.. asyik bersalin jer tiap tahun...
|