home
login::signup
we::blog

Apa ada pada nama ?

Biasanya bila sesaorang mendapat anugerah pingat kebesaran maka di depan nama beliau akan diletakkan gelaran untuk pingat tersebut. Contohnya, Tun, Tan Sri, Datuk, Dato' Seri etc. 
 
Ada juga yang meletak kan gelaran sebab telah mendapat pengiktirafan dari segi kepakaran mereka seperti Dr, Ir, Drs etc 
 
Ada juga yang meletak gelaran Hj bagi yang telah ke Mekah menunaikan fardhu haji. 
 
Tetapi pelik pula, bila kita lihat nama sesaorang di sebut, gelaran untuk bapanya juga disebut. 
 
Nak beritahu orang kah, yang dia tu anak Tun, Tan Sri, Dato' ? Atau supaya orang tahu dia anak Doktor atau jurutera ?? Atau yang dia ni anak seorang Haji ??? 
 
Jadi wahai tukang buat minit, tukang catit berita, tukang tulis skrip majlis2 rasmi, tukang pengaturcara majlis2 rasmi serta pakar2 protokol, letak lah gelaran nama2 orang2 yang diraikan atau orang2 yang diberitakan mengikut yang sepatutnya. Tak kan hilang bisa ular yang menyusur akar !

last modified Jul 13, 2004 at 0:05



[ add a comment ]

memberi nama yang baik pada anak adalah tanggungjawab ibu bapa kepada anak kerana nanti di akhirat kita akan dipanggil berdasarkan nama dan jika nama itu maksudnya baik, kita akan berbangga. Tapi seingat HS, di sana hanya nama asal sahaja yang ada makna...Tun, Tan Sri, Datuk, Dato', Dato' Sri, Datin etc...tak bermakna langsung :D

112984 | posted by hanyasayang on July 13, 2004 at 14:53