home
login::signup
we::blog

surau atau masjid ?

Sultan mengarahkan pembinaan surau baru dihentikan kerana bimbang kewujudannya yang terlalu banyak boleh memecahbelahkan umat Islam. 
 
MB berkata Sultan selaku Ketua Agama Negeri, juga mahu menggalakkan lebih ramai umat Islam berkunjung ke masjid.
 
 
Memang patut di galakkan orang ramai ke masjid.  
 
Tetapi masalah nya berapa buah masjid ada di sesuatu kawasan ? Yg banyaknye ialah surau. Kenapa tidak surau2 yang hidup sembahyang jemaah 5 waktu serta makmor dgn amalan2, zikir, tilawah Quran dan majlis2 agama di iktiraf sebagai masjid ?  
 
Rasanya jika di luar negara, tiada istilah surau ! Walau bagaimana kecil pun, tetap di panggil masjid. Cuma bezanya, kalau ada sembahyang Jumaat - dipanggil Masjid Jamek. Kalau tidak tu, masjid biasa lah. Jika tempat sembahyang tu bukan masjid, dia dipanggil musolah seperti yg ada di perhentian bas, keretapi atau lapangan terbang serta tempat2 membeli belah. 
 
Ada pulak tu, surau yg diadakan sembahyang jumaat, di sebut, surau bertaraf masjid ! Siap pulak bilal ingatkan, " di surau ni, tak de sembahyang tahiyatul masjid dan tiada niat iktikaf !". Ni, apa punya cerita ni ??? 
 
Bayangkan kerugian orang2 yg memakmurkan surau2 ni. Tak dapat ganjaran seperti memakmurkan masjid. Itu belum masuk lagi bab2 larangan bagi orang2 berhadas besar dan sebagainya. Jika di surau tu, "kalau datang bulan pun buleh duduk dengar ceramah' ! Hal ni, kena tanya lah orang bijak pandai agama. 
 
Tapi kalau tanya aku, semuanya aku anggap masjid ! titik.

last modified Jul 20, 2004 at 20:57



[ add a comment ]

Speaker surau kat umah 'my mom' betul² mengadap pintu masuk umah....so no excuse........!!!

114134 | posted by zz on July 22, 2004 at 14:59

depan rumah nenek ader surau yang tak mcm surau...

113958 | posted by adiema on July 21, 2004 at 11:11