home
login::signup
we::blog

...end in mind

Tak habis sebak dgn cerita HS, tambah pula dgn cerita bapa membunuh anak sendiri yg masih bersekolah. Antara puncanya ialah beliau tidak sanggup berpisah dgn anak2 kerana kemungkinan isteri akan mendapat hak penjagaan anak2 selepas mereka bercerai.  
 
Semalam seorang dari anak kembar di langgar treler, semasa menaiki basikal ke sekolah sementara adik kembarnya cedera parah. 
 
Penyejuk hati cuma bila difikirkan yg anak2 belum cukup umur akan terus ke syurga ! Kita yg dewasa ni entah apa di penghujungnya... 
 
Kalau ikut pak Covey, cuba bayangkan, kita hadir di tempat kematian. Semasa berjalan menuju ke jenazah, kita mendengar orang di kiri dan kanan sedang memperkatakan tentang diri jenazah. Ada yg bercerita tentang kebaikan dan ada juga tentang keburukan jenazah. Dan ketika tiba di hadapan jenazah, kita pun buka penutup jenazah. Sekarang fikirkanlah, jika yg kelihatan itu ialah wajah kita ! Cerita yg bagaimanakah yg kita hendak dengar dibualkan oleh orang di kiri dan kanan tadi ??? 
 
Well, kita semua tahu punca cerita2 tu, bukanlah bermula pada hari itu. Tapi telah bermula dan akan terus berjalan sehingga lah, giliran kita mengambil tempat jenazah itu. Dan pilihan di tangan kita ! KEBAIKAN KAH yg kita mau dengar atau KEBURUKAN kita yang akan diperkatakan ?  
 
Tapi pada aku, bukan kata org yg mau kita pedulikan, tapi apa kata TUHAN pada kita ? Jika kita di redhai, sudah cukuplah itu untuk kita, kalau tidak, janggut kambing lagi mulia.... 
 
~ selamat... Begin with the end in mind.

last modified Jul 30, 2004 at 23:05



[ add a comment ]