home
login::signup
we::blog

nukilan pagi.

menjaring matahari 
 
apakah tujuan kita di muka bumi ? 
dizaman teknologi maklumat ini sepatutnya semua sudah mendapat maklumat. dengan mudah nya komunikasi, semuanya di hujung jari. klik sana sini.  
 
tapi tak semua maklumat menjadi pedoman kerana banyak yg masuk kiri keluar kanan . angka dan huruf tidak diproses, cuma menjadi data tak bermakna. jika di hujung dunia atau hutan belantara maupun pulau terpencil bolehlah ada maafnya. tapi kalau di bandar2 dan negara ter'maju', bagaimana pulak ceritanya. tidak sampai kah maklumat yg hak ?  
 
rupanya kita selalu terlupa. asas semuanya ada di hati. semuanya punca di hati. baik hati, baiklah segala. hati umpama kolam yg punya sungai mengalir kepadanya. jernih air yg datang, maka jernih lah kolam. jika keladak yg masuk, maka keladak lah kolam. saluran hati ada empat, pendengaran, penglihatan, percakapan dan pemikiran. jadi pilihlah apa, yg mau bertahta di hati tetapi awas, itulah yg akan keluar melalui tuboh badan iaitu amalan nya. jika mau ketaatan kepada Allah, maka hati musti penuh dengan kebesaran NYA. Cakap, dengar, lihat dan fikir kebesaran Allah..... 
 
Allah u Akhbar ! 
 
~ bersambung..

last modified Aug 11, 2004 at 19:15



[ add a comment ]