|
He ain't heavy, he's my brother
pagi tadi masa ke pejabat, nampak kelibat abg aku. terus aku berhenti kat depan. aku rasa dah lebih 3 bulan dah tak jumpa dia. baru teringat2 nak jumpa, tuhan dah jumpa kan... memang abg aku ni tempat kerjanya dekat dgn pejabat aku. tapi jarang aku nampak dia. dia kat pejabat tu pun hanya waktu pagi, lepas tu, ikut jadual la, kemana dia bertugas. aku risau sebab dia dah lama tak kerumah emak, ataupun berhubung dgn ayah. sejak ayah pencen, susah nak berhubung dgn dia ni. dulu ayah kerja sama syarikat dgn dia. ayah pun yg bawa dia masuk ke syarikat tu. abg aku ni selalu di dalam alam dia sendiri. kadang2 aku cuba juga selami tapi tak sampai2 ke dasarnya. kadang2 rasa bersalah sebab macam tak hiraukan dia. tau ajelah duduk KL ni. duduk dekat pun susah nak berjumpa. emak yg duduk sebelah rumah pun kadang2 jumpa 2 3 kali aje seminggu. inikan pulak dia yg duduk dihujung KL sana. tapi itu bukan alasan sebenarnya. selalu dia akan kerumah emak bila duit tak ada. dulu selalu juga bawa isteri dan anaknya naik motor cup-chai dia tu. ok lah juga, sekurang2 tau la dia OK. jumpa pagi tadi, gembira betul aku. nampak sangat abg aku tak makan ubat. badan dia susut. aku tanya kabar dan sempat berbual dgn kawan setugas dia. OK la tu. dan as usual abg aku dok kata la..nanti gaji dia nak bayar hutang la ...apa laa.... aku buat2 takdengar aje..dan hulur aje apa yg ada dalam wallet aku.
last modified Aug 13, 2004 at 5:35
|