home
login::signup
we::blog

belon

pagi yg muram. meluncur laju di highways, byways, and expressways. tak payah hantar emak ke sentul hari ni, ustaz cuti. jam 7:20 dah sampai pejabat. masa naik ke federal highway, aku nampak pemandangan yg indah, wah, ni boleh capture dgn camera ni. gambar bulan putih disebalik pencakar2 langit. siap tercari2 camera. bila dah hampir, barulah aku sedar, rupanya belon gergasi di depan RTM. emm...chesss...potong steam betul laa... 
 
 
 
sampai di lif nampak pulak belon tersangkut di rak surat kabar free - the sun -. tergerak pulak hati nak ambik belon tu. minta izin pak guard di depan lif. dia kata "ambiklah" setelah teragak2 seketika. rupanya lebihan keramaian utk pasukan bola syarikat yg bertanding semalam. berbasi2, aku tanya lagi, "menang ke ?". "kalah !" emmm.... ok lah.. sekarang aku ada jawapan utk pertanyaan orang yg melihat belon kat tempat aku tu.  
 
aku bawa belon kerana merayakan kekalahan pasukan bola syarikat...ya hooooo....

last modified Aug 13, 2004 at 18:58



[ add a comment ]