home
login::signup
we::blog

Saya Anak Malaysia

semasa aku menunggu keputusan SPM, 2 org kawan (anak bond) telah mengajak membuat satu kembara secara hitch-hike. perjalanan yg tak tentu hala tujuan tu, membawa kami ke Langkawi. duit yg ada dalam saku cuma RM 10 masa tu. tempat2 yg dilalui iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang rupanya akan memainkan peranan penting dlm hidup aku. 
 
Kedah 
 
Aku bukan nak habaq tentang kembara aku tu, tapi kisah aku dok di Kedah. 
 
Tempat aku mola dok ialah di Sg. Petani. Dapat peluang belajaq di sana. Masa tu, bukan macam laa nii. Kalau hampa pii Sg. Petani laa ni....amboiii buleh sesat oooo.... 
Banyak kenangan kat sana. Itu lah mola2 aku keluaq dari rumah dan tinggai jauh dari koluarga. Aku rajin juga pii jumpa kawan2 yg kenai masa di KL yg dah pindah ke Sg. Petani tu. Aku ada juga pii Kuala Kedah ikut roomate balik rumah dia dan rumah 2 pupu di Alor Merah. Kalau hampa pii Kuala Kedah tu, jgn lupa cuba laksa belut. Sedapppp..... Macam2 cerita kat asrama ni, ada yg seronok ada juga yg lecehh nya...satu perkara yg aku tak buleh lupa ialah masa tak da ayaq, kami ramai2 piii mandi kat telaga tepi estate getah. emmm... hari sabtu pun best sebab dapat pii pekan minum ais kacang kat stesen bas.  
 
Masa kat sekolah tu, sempat juga laa cikgu cikgi bawa pii kerabat Gunung Jerai... ini lagi satu yg tak boleh aku lupa... sebab mlm tu mimpi 'accident', esuk nya kena mandi wajib dlm kesejukan pagi di atas gunung.... menggigil hang kata, tak boleh nak habaq laa..aku senyap aja, masa depa2 dok bising luar bilik ayaq tu sebab aku lambat keluaq.  
 
Rasa sat sangat laa dok setahun kat sana...

last modified Aug 20, 2004 at 8:43



[ add a comment ]

saya anak malaysia....cepat sambung cerita, saya tunggu ni.

117671 | posted by loppiess on August 20, 2004 at 12:01