home
login::signup
we::blog

Saya Anak Malaysia

Aku mula jejak kaki ke JB semasa melawat bakal mem di S'pore. Naik keretapi malam dari KL dan dia tunggu di JB sebab masa tu ada juga kawan2 dia yg lain sedang lepak di rumah rehat di JB. Kemudiannya dia beli rumah di Tmn Perling untuk memudahkan berulang alik ke tempat kerja di Bukit Timbalan. Di rumah itulah aku melangkah ke alam rumah tangga. Tapi aku tak lama di JB kerana perlu balik ke Kuching utk kerja. 
 
Johor  
 
orang johor sila nyanyi ramai2... 
 
Tajuk Johor Tanjung Puteri 
Selat Tebrau airnya biru 
Di Pantai Lido tepian mandi 
Sepanjang masa di hari minggu 
 
Atas bukit Tanjung Puteri 
Taman hiburan indah berseri 
Pemandangan menawan hati 
Jalan tambak hubungan negeri 
 
( korus ) 
Tanjung Sekijang nun di kuala 
Tempat nelayan mengail gelama 
Istana Hinggap di Kuala Danga 
Pantai berkelah keluarga diRaja 
 
Dari Tebrau orang berakit 
Singgah Stulang membeli kopi 
Pusara Si Bongkok di lereng bukit 
Di tepi pantai Tanjung Puteri 
 
Di Johor, aku selalu kerja di JB saje. Pernah juga sekali dua kerja di Batu Pahat. Semacam ada tarikan bila di JB, mungkin sebab dekat dgn S'pore, tempat ipar duai bermukim. Bila lalu tepi pantai dan tenguk rumah stail cottage atas bukit, rasa macam kat UK pulak. 
 
Sesekali teringat kat mee rebus di Kotaraya atau pun di Stulang Laut, otak2 gelang patah di pantai Lido dan juga nasi briani gam. Aku nak sangat rasa air katira tapi diorang kata cuma ada masa bulan puasa aje. Kenapa ekk ??? 
 
Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pulak tempat bermain... 
 
Singapura 
 
ehhh....ini bukan negeri dalam Malaysia kan ? tapi di sebabkan faktor sejarah dan faktor kronism, aku masukkan juga kat sini ...heheheh 
 
Aku mula ke S'pore bila melawat rumah keluarga mem. Apa yg menariknya tak taulah. Tapi sebab dah berkeluarga orang situ, kenalah mengadptasikan diri kepada persekitaran. Keluarga mem duduk satu tempat dgn rumah bapa si siifu M.Nasir. Bapa sifu tu, jadi imam kat masjid situ.  
 
Aku selalu cakap kat mem, orang2 S'pore ni daring2 belaka. Cara berpakaian, menonjolkan diri serta lain2 lagilah. Kat sini mereka seperti sangat berani untuk mengespressikan diri. Aku rasa orang2 di JB tu pun dah kena tempias diorang ni. Aku tak kisah la kalau benda2 baik yg di ikut. Tapi daring benda burok2 tu, baik tinggalkan aje lah... 
 
Biasalah di bandar2 besar ni, pengaruh hitam dan putih ni sentiasa berlumba2 mencari pengikut masing2. Walaupun kita dengar cerita2 kedaringan anak2 muda kat sini, tapi ramai juga yg masih kekal dgn nilai2 agama dan kebudayaan timur. Aku tabik sungguh pihak pengurusan masjid2 di S'pore ni. Sudahlah perbelanjaan pembinaan semuanya hasil derma orang ramai, penyelenggaraan dan pengurusan semuanya dibuat dgn semangat gotong royong. Sentiasa ada orang yg ingin menyumbang jasa bakti dan harta benda utk kegunaan orang ramai. Setiap masjid disertakan dengan kompleks pengajian untuk pelajar dan orang dewasa. Dan sambutan orang ramai bukan main hebat. Program2 yg dibuat aku tenguk sangat praktikal dan mengikut keadaan semasa. Anak2 muda di berikan didikan oleh asatizah2nya, bukan saja melalui kelas agama, tapi juga kelas2 komputer. 
 
Sekali tu, sebelum sembahyang raya, dibuat pengumuman tentang itu ini dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Bangla ! Aku rasa kalau ramai orang Mynmar kat situ, akan dibuat pengumuman dalam bahasa Myanmar juga. 
 
Masa mula2 ke sini dulu, selalu lepak kat depan Merlion depan padang. Ada jugak ke Pulau Blakang Mati, kebetulan Ramli Sarip tengah buat show. Rock brader rockkk... 
 
Kalau dulu2 ke S'pore ni, musti bawa balik lychee, kain tuala, t-shirt dan macam2 kat woodlands tu, tapi sekarang dah terbalik kot. Orang S'pore pulak yg berbelanja di Johor. Orang berniaga di JB musti senyum memanjang, tapi org JB ler pulak bengang sebab harga barang2 semakin naik. 
 
Dulu nak masuk kereta kena ambik permit disc kat immegresen S'pore. Kira lah berapa hari nak masuk dan bayar. Hari Sabtu dan minggu percuma. Ada sekali tu semasa aku berulang2 alik S'pore - JB kerana kerja kat JB, kononnya nak jimat, aku ambik permit hingga Ahad dgn harapan bila keluar pagi isnin tu ok ler. Tak pasal2 hari tu, polis trafik diorang tunggu kat checkpoint tu. Sangkut ler jawapnyer. Kena bayar saman kat situ juga. Sekarang ni dah pakai sistem kad. Kena top-up sebelum keluar.  
 
Kdang2 tension jugak nak masuk S'pore ni. Macam nak masuk penjara pulak. Dgn segala2 peraturan2nya, itu tak boleh, ini tak buleh. Bawa kereta pandai pulak ikut tanda hadlaju, bila bawa kat M'sia, macam masuk gelanggan F1. Aku ingat lagi bila di suroh beri sampel air kencing masa masuk naik bas ikut Woodlands. Mentang2 aku macam kutu masa tu ! Terus diorang pegang. Lepas tu, aku nak tutup pintu tandas, diorang tak bagi pulak tu. Kena la beri sampel di tempat yg terbuka. isssshhhhh.... ikutkan hati, malas la aku nak masuk lagi... Tapi kalau naik kereta ni, dgn deretan askar kat tempat duduk belakang diorang tak banyak tanya laa... 
 
Walaupun sudah terpisah sebagai negara, tapi masih ramai yg bersatu sebagai satu keluarga macam aku ni...

last modified Aug 25, 2004 at 4:30



[ add a comment ]

belum pernah ke KL ke?

eh korang yang komen Singapore belum pernah ke KL agaknya. tinjau-tinjaulah orang-orang KL, lebih teruk lagi pakaian dan geraklaku wanitanya

tentang agama pula, janganlah awak tak terima orang Myanmar dan orang Bangla anut Islam yeee. apa bangsa seakli pun, sesama Islam tetap our brader

137636 | posted by tamtih on February 24, 2005 at 10:21

senyum sikit lagu tu...

Tu lagu orang-orang johor..sebagai salah seorang rakyat Johor lagu ni memang lagu wajib buat aku..sampai sekarang walau aku di KL aku tak lupakan lagu ni..aku mainkan tiap hari sampai kawan-kawan dari terengganu aku marah...diorang jeles takde lagu...kalau ada pun lagu blues terengganu kite :b

118456 | posted by rainbowboy82 on August 26, 2004 at 17:52

waktu study dulu, selalu lepak kat pasir gudang.. hehehehe..

118394 | posted by adiema on August 26, 2004 at 10:32

Dah lama kat Johor ni...tapi sekali pun tak pernah ke S'pore...
Selalu lambai dari jauh je laaaa...

118288 | posted by selendangbiru on August 25, 2004 at 20:55