|
Saya Anak Malaysia - the finale -
Aku dipaksa tulis ttg Melaka cepat2, sebab mem tak sabar nak baca cerita tempat dia dilahirkan. Rupanya famili mem dari melaka. memang ramai betul orang melaka ni pergi tinggal di S'pore tu. Melaka Kereta lembu Dari Melaka Di tarik pula oleh Lembu perkasa Hah... kereta lembu Rodanya dua Jalannya tak laju Sejam sebatu . . . Merasa jugak bebudak naik kereta lembu masa Raya Haji baru2 ni. Saje nak bagi diaorang dan orang2 S'pore yg datang sama masa tu merasa naik. Dulu masa kecik2, ayah ada bawa berjalan2 ke Melaka. Seronok masa tu, selalu pergi makan angin kesana sini. Pergi tenguk tinggalan sejarah. Masa tu, tak tau apa laa...melainkan seronok berjalan. Kota A famosa atau 'The famous' dlm bahasa portugisnya, patutnyer menyedarkan kita, betapa kerajaan dulu di kalahkan kerajaan asing, dan bermulalah era penjajahan di tanah melayu. Selepas Portugis, datang pulak Belanda 'yg di beri tanah' dan kemudiannya British. Kalau dikaji2 balik, memang orang melayu dah takde tempat kat Melaka ni. Bukit bagi kat china, tanjung bagi kat kling ! Aku ni bukannya, tapi kesian kat mem aku tu. Dia tu nama aje lahir kat Paya Rumput, Rembia (Dekat Alor Gajah tau, bukan yg di Masjid Tanah), tapi bila tanya ttg Melaka, se habok pun dia tak tau. Kesian....kesian...tu laa... Sampai kan aku tanya kisah Hang Tuah pun dia tak tau. Tapi kalo fikir2, betul ker Hang Tuah tu orang melayu ? Ada satu artikel aku baca ttg benda ni kat internet. Suku melayu mana yg ada nama depan nya 'Hang' ? Cuma suku sakat Hang Li Po aje yg depannya ada 'Hang' ! Hang Tu Wah kot namanya tu...mungkin Tuan Puteri punya keturunan. Cuba tenguk ekkk.... Hang Jee Fatt, Hang Lee Kiew, Hang Lee Kir. Mungkin Hang Kasturi aje..anak melayu asli ! Tapi satu hari tu anak aku tanya soalan. "Ayah, ayah tau tak yg Hang Tuah sebenarnya lebih dari lima orang sekawan ? Aku pun tanya balik " ya ker ?, Siapa nama kawan yg lain tu ? " Dia pun cakap "Hang Tanya, Hang Bodoh laaa...." chessss....Walau apa2 pun, rasanya Puteri Gunong Ledang kena tenguk juga. Dulu orang melaka ni pelik juga, siap mandi safar kat tepi pantai. Tu belum cerita ttg pergi minta macam2 kat makam di Pulau Besar lagi tu...Tapi tak semua orang Melaka macam tu...dan amalan2 tu dah tak dengar lagi dah. Satu hal yg tak boleh hilang ialah cakap2 yg pedas. Ada orang kata diorang macam tu sebab suka makan yg pedas2 macam asam pedas. Sebab tu bila bercakap tu semuanya menyakitkan telinga. Kalau orang yg tak tau tu, mesti pelik dengar. Ada ke bila jumpa, siap maki hamun dulu, baru la cakap benda2 lain. 'Celaka kau, hidup lagi kau, lahabau punya orang' memang biasalah tu. Selain asam pedas, Melaka pun terkenal dgn ikan bakarnya. Dan kalau tak beli belacan, cencalok dan gula melaka, macam tak sah lah datang sini. Memang Melaka banyak sejarah. Selain sejarah kesultanan melaka dan peringgi si benggali putih tu, disinilah jugalah di istiharkan yg negara akan merdeka oleh Tengku, dan antara sepanduk yg dibawa oleh 50,000 orang yg menunggu tertulis " Dibawah runtuhan Kota Melaka kita dirikan negara baru". Merdeka... MerdEKA...MERDEKA !
last modified Aug 25, 2004 at 23:28
bagus.. teruskan usaha.. wassalam
|