home
login::signup
we::blog

Al Mubarak

Marhaban ya marhaban  
Al Mubarak menjelang tiba 
Masa untuk lebih teliti dgn masa 
 
Al Mubarak datang lagi 
Untuk peluang menilai diri 
Dan menambah amal bakti 
 
Al Mubarak kian menjelma 
Inilah masa pada semua 
Untuk membuang noda dan dosa 
 
Al Mubarak hanya sebulan 
Ingatkan diri rakan dan taulan 
Rebutlah peluang yg diberikan 
 
Al Mubarak penuh berkah 
Jangan kita leka dan serakah 
Nanti malang tak dapat rahmah 
 
Ya, Ramadhan sudah kian hampir. Inilah masa untuk mengumpul ganjaran pahala. Amalan sunat di ganjarkan dengan pahala amalan fardu dan amalan fardu mendapat ganjaran 70 kali dari hari2 biasa. Wah… Inilah masa yg ditunggu2 pencinta. Untuk mengabdi diri dengan lebih teliti.  
 
Jika benda2 keduniaan, tentu orang akan kejar sesuatu keuntungan yg banyak tetapi dibuat dalam masa singkat dan modal yg sedikit. Work smart kata orang, instead of work hard. Inilah masanya untuk ganjaran yg berlipat kali ganda, walaupun dalam masa yg singkat. Kalau inipun tidak mahu direbut, amat malanglah kita.  
 
Ehhh...Ini bukan bermaksud nak kejar ganjaran. Bukan bermakna amalan dibuat kerana ganjaran. Rasanya semua sudah jelas, setiap amalan hanyalah kerana DIA. Cuba fikir, kenapa ada sabda Nabi mengenai ganjaran2 sesuatu amalan ? Salah satu penjelasan nya ialah supaya kita faham amalan mana yg patut diutamakan dan lebih disukai. Contohnya jika solah berjemaah mendapat ganjaran 27 kali lebih dari seorang yg solah bersendirian, sudah tentulah amalan ini lebih diutamakan dan disukai. Jika selalu buat amal yg disukai, tentulah lebih mudah diredhai. Jika kita dapat keredhaan, sudah mencukupi lah untuk keselamatan dunia akhirat So, for all of you, smart guys out there, this is the time for us to work smart in our amal, our savings for the hereafter ! 
 
Inilah masa untuk membanyakkan solah seperti teraweh, taubat, hajat dsbnya. Membanyakkan bacaan AlQuran dengan azam katam keseluruhan kitab. Banyakkan sedekah terutama memberi makan untuk berbuka walaupun dengan seteguk air. Inilah masa untuk membanyakkan doa agar di jauhkan dari neraka dan di berikan syurga. 
 
Kurangkan beban dibulan ini dengan makanan yg sedikit. Janganlah pulak jadikan bulan ini waktu menukar masa makan. Hanya menukar masa makan dari siang ke malam tetapi jumlah yang dimakan masih tetap sama, malahan kadang2 terlebih dari biasa. Jika makan terlebih maka mulalah rasa malas untuk beribadat malam. Hayatilah semangat ramadhan yg sepatutnya mengingatkan kita kepada orang2 yang tidak punya apa2 untuk disuap sehari2. 
 
Argggghhhhh.. Banyak lagi senarai yg patut dibuat dan yg tak patut dibuat. Aku tulis disini untuk mengingatkan hati sendiri yg masih liar. Supaya aku sedar diri didunia yang sementara ini. Waktu semakin singkat, sedangkan bekalan belum cukup. Bagaimana bisa mengharungi kehidupan berjuta2 kali kadar dengan kehidupan dunia ? Sendiri mau ingat laaa….Aku tulis supaya aku sendiri ingat untuk buat semua ini. Kalau orang lain juga dapat buat, baguslah... 
 
Jadi….ayuh semua, jadikan Ramadhan kali ini penuh bermakna. Semuga kita menafaati sepenuhnya peluang diberi ini dan tidak menjadi seorang yg malang seperti hadis Nabi. 
------------------------------------~~:~~------------------------------------- 
 
Kaab bin Ujra relates, "Rasulullah (SAW) said, "Come near to the mimbar". And we came near to the mimbar.  
 
When he ascended the First step of the mimbar he said "Aameen". When he ascended the second step of the mimbar he said, "Aameen". When he ascended the third step he said, "Aameen".  
 
When he descended we said, "0 Rasul of Allah, we have heard from you today something which we never heard before". He said, When I ascended the first step) Jibra-eel A.S. appeared before me and said, "Woe to him who found the blessed month of Ramadhaan and let it pass by without gaining forgiveness", Upon that I said, "Aameen". When I ascended the second step, he said "Woe to him before whom thy name is mentioned and then does not read Durood (salaat alan Nabi) on you". I replied "Aameen". When I ascended the third step he said, "Woe unto the person in whose presence both parents or one of them attain old age, and (through failure to serve them) is not allowed to enter Jannah" I said "Aameen". 
------------------------------------~~:~~------------------------------------- 
 
Kalau Ramadhan ini hanya lah seperti bulan2 lain…tak dapek la den nolong laiii….  
 
~ selamat ber Ramadhan. 
 
Ramadhan 
by Bro. Ramli Sarip / Hartina Ahmad 
 
Naluri kita manusia selalu leka 
Hanya sujud dan sembah 
Padanya jua 
Kini engkau ku datangi 
Berserah diri 
Bersama kehitaman masa 
Nan silam  
 
Ampunanmu kuharapkan 
Tiada daya aku menghindarkan 
Kesalahan dan dosaku 
Hanya engkau yang tahu 
Di Ramadan ini kabulkan doaku 
Suluhkanlah cahayamu 
Di malam yang penuh syahdu

last modified Oct 10, 2004 at 9:49



[ add a comment ]

salam ramadhan..semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya

124541 | posted by gigitakbertatoo on October 15, 2004 at 14:05

Salam Ramadhan. Semoga segala amalan diterima serta mendapat keredhaan Nya.

124412 | posted by anony on October 14, 2004 at 14:21