|
Tak sompek den nak buek....
Terasa singkat hujung minggu. Bagaikan tak cukup waktu untuk membuat apa yg perlu. Mem masih mengajak ke nursery mencari pokok untuk di tanam. Tak sempat pun rupanya nak tanam. Kalau ikut kata emak, tanam pokok memang baik pada hari ahad. Tak pernah pula aku nak tanya kenapa... Balik nursery pergi ke hypermarket pulak. Semuanya ikut serta. Selepas selesai, makan dulu di restoran makanan segera. Siap dengan aiskrim sekali. Dapat pulak air refill. Penuhkan bekas yg ada, ta-pau laaa..... Tak sempat nak tido pun, mem dah gesa buat drill untuk pasang skru. Nak gantung frame2 yg ada. Lepas asar sambung lagi. Punya la keras dinding rumah tu, sampai habis ler mata drill tu dibuatnya. Lepas tu, nak buat satu lobang tu rasa macam berjam2. Tak siap2. Dekat jam 6:30 baru siap 4 lobang. Cukuplah untuk masa ini, dapat gantung frame2 yg perlu. Lain2 tu, tunggu lain kali laaa....Lepas maghrib hantar Shuttle serta kereta kebanggaan negara untuk di cuci. Bila balik badan dah penat dan tak boleh nak pikir panjang. Tenguk Usual Suspects untuk yg entah ke berapa kali. Keyser Soze masih menarik untuk dilayan. Tapi cuma sekejap, sebab terhangguk2 depan TV. Azam nak buat kerja pejabat ...tinggal azam aje laaa.....lepas tulis satu ayat, kepala dah lentuk sana sini. Apalagi, tidooo la beb....melayan mimpi.
last modified Oct 11, 2004 at 0:33
|