|
Sampai bila mau begini pak ?
Gulshan. 1 Ramadhan/16 October 2004 @ 6:35 am local time Peritnyer bila ramadhan jauh dari rumah ialah bila tak dapat bersama keluarga berbuka puasa. Seronok bila makan bersama ketika berbuka dan bersahor. Susah untuk mendapat bersama begitu dibulan2 biasa. Tentunya akan menambahkan rasa kasihsayang berkeluarga. Bila ketiadaan ayah, emaknya akan bawa semua berbuka di rumah atok. Bukannya jauh pun, sebelah rumah aje. Mungkin mereka akan lebih rapat dengan atok selepas ini. ------------------------------------------v------------------------------------------------------ Masih tiada keseragaman diantara negara2 dalam memutuskan permulaan Ramadhan. Malaysia dan Brunai juga dah berbeza hari, inikan pulak negara2 yg berjauhan. Seorang kawan beritahu, isterinya yg berada di China tanya kena puasa ker, sebab di China sudah mula berpuasa pada hari Khamis 14 Oct 2004. Apa yg menyebabkan susah penguasa agama dinegara2 dunia ini untuk memikirkan supaya semua negara didunia ini bersatu dalam memutuskan perkara ini ? Pada halnya, semua orang berkongsi bulan yg satu. Adakah bulan Ramadhan di China lebih awal munculnya ? Kemudian muncul lewat sehari di Malaysia, dan kemudian di Brunai dan Bangladesh ini ? Kalau nak kata susahnya hubungan komunikasi antara negara2, itu zaman dahulu. Kini zaman teknologi internet, maklumat hanya dihujung jari dan boleh dicapai oleh semua termasuk kanak2 sekolah. Kalau anak bulan kelihatan di Jepun, adakah negara2 lain tidak boleh diberitahu hingga mereka pula perlu meneropong sendiri untuk melihat samada anak bulan muncul atau tidak ? Tidakkah kita memeningkan kepala orang islam ? Apatah lagi orang2 yg belum islam ? Negara2 dunia ini ada bulan masing2kah ? Hingga boleh berbeza hari untuk menyambut Ramadhan dan Syawal ? Tiap2 tahun perkara ini berlaku. Pada hemat aku yg jahil ini, alim ulama dan umarak perlulah berbincang untuk mengatasi perkara maslahat umat ini. Jika perlu ijtihad atau fatwa dikeluarkan, kenalah diusahakan bagaimana supaya semua negara dapat menerima dan mengguna pakai. Masalah yg mungkin timbul ialah, siapa yg akan mengetuai ? Siapa yg akan mengeluarkan fatwa/ijtihad ? Dan bersediakah semua umat islam di dunia ini menghormati dan mengikuti fatwa/ijtihad tersebut ? Ini sebenarnya bukan hanya masalah melihat anak bulan, tetapi masalah kesatuan umat islam sedunia. Umat islam di seluruh dunia, biasanya mengikut kata penguasa agama dinegara masing2. Setiap negara ada penguasa agama, samada mereka juga pemerintah negara atau bagi negara bukan pemerintahan orang Islam, mungkin hanya majlis agama yang menjaga kebajikan umat islam. Dan setiap dari mereka ini punya pandangan dan pendapat hasil dari ilmu pengetahuan dan pendidikan masing2. Oleh kerana pendidikan dan persekitaran yg berbeza, sudah tentulah pendapat dan pegangan mereka juga berbeza. Tetapi bukankah kita ada senjata untuk menyelesaikan masalah ? Kita di ajar untuk menyelesaikan masalah dengan mesyuwarah. Bukan kah ini yg di ajarkan oleh Junjungan kita ? Dan kita sudah ada platform untuk perkara ini. Atas nama kesatuan umat tidak bolehkah di gunakan platform yg ada dikalangan negara2 ini ? Mungkin masaalah ini di pandang remeh berbanding masalah2 BESAR dunia ? Tetapi yang pastinya, inilah litmus-test untuk umat islam. Jika masalah yg asas ini pun kita tidak dapat bersatu hati dan bersatu suara, apalah nak diharapkan untuk kita bersatu atas perkara2 yg lebih berat seperti menentang penindasan yg berlaku disana sini keatas umat islam ! Dan para musuh akan bergelak ketawa atas kelemahan kita ini. Mungkinkah juga mereka yang berada di sebalik perpecahan umat islam ini ? Masihkah kita tidak sedar ? Yang pasti aku masih memikir2kan apakah tahun ini aku akan berpuasa 29 hari atau kurang ? Musykil…musykil….
last modified Oct 17, 2004 at 0:40
simpati saya pada awk... apa nak buatkan.. dah tugas mudah-mudahan walau di mana pun berada....... ibadah tu tetap sama nikmatnya, yang bezanya suasana....
|