home
login::signup
we::blog

Iftar di Gulshan Central Mosque.

Gulshan. Ramadhan 2 / 17 October 2004 @ 6:38 am local time 
 
Semalam hari pertama berbuka di sini. House-mate entah kemana menghilang. Dah lama dia disini, tentulah dah panjang langkah nya. Aku mengambil keputusan untuk berbuka di masjid berdekatan. Dapatlah juga melihat budaya dan amalan orang tempatan dibulan ramadhan ini.  
 
Berbekalkan 2 pasang roti bakar bersalut jam strawberry, khurma 4, 5 biji, kacang kuda digoreng tukang masak dengan bawang serta cili kering dan air mineral aku pun melangkah ke masjid yg mengambil masa 10 minit dari rumah tumpangan.  
 
Kejutan pertama aku dapati bila melihat pagar masjid dikunci. Wah…macamana nak berbuka ni ? Berbuka di luar pagar masjid ker aku hari ni ? Berbagai persoalan bermain di fikiran. Semasa aku dipagar tu, ada juga seorang pemandu teksi motor serta seorang pakcik tua bersama2 di pagar. Setelah pak teksi menjerit2 memanggil dalam bahasa bengali, datanglah pak guard ke pagar. Apa yg dia cakap dengan aku pun tak tahu. Aku cuma buleh mengangkat2 bekas makanan dan menyebut ‘iftar’ berulang2 kali barulah dia membenarkan aku masuk. Pak teksi di suroh ke pintu yg lain. Mungkin dia tidak membenarkan kenderaan masuk waktu itu dan perlu di letakkan di samping masjid. 
 
Bila masuk kemasjid, kelihatan orang ramai sedang berkumpul didepan makanan dan sedang berdoa sementara menanti waktu iftar. Aku pun menyelit di tepi dan terus bersama2 mengaminkan doa yg dibaca dalam bahasa bengali. Selesai berdoa, seorang pakcik menyuroh aku masuk kedalam salah satu kumpulan orang ramai itu. Yg kelihatan di tengah2 mereka ialah satu besen yg penuh dengan makanan. Mulanya aku fikirkan nasi beriani dan lauk pauk tapi setelah diteliti, rupanya cuma bertih beras seperti ‘pop corn’ yg diselangi dengan beberapa biji kacang kuda dan bawang goreng. Satu besen di kelilingi lebih dari sepuloh orang, jadi aku hanya duduk di pinggiran sahaja untuk tidak menggangu orang2 yg bagaikan mengawal kedudukan masing2 dari dicerobohi orang lain. 
 
Bila azan berkumandang, masing2 pun menyeluk besen dan menjamu selera dengan makanan tersebut. Terasa sayu bila aku ingatkan bagaimana mewahnya kehidupan di tempat sendiri ketika ini, bila waktu berbuka, dimasjid2 dan dirumah2 makanan melimpah ruah hingga selalu berlaku pembaziran. Tetapi bagi orang2 ini, mungkin inilah makanan yg paling sedap mereka perolehi berbanding dengan hari2 lain, dengan kehidupan yang serba kepayahan dikota besar seperti ini. 
 
Beginilah keadaan di kota2 yg padat penduduk tapi kurang dari segi pembangunan ekonomi. Jurang antara miskin dan kaya begitu jauh sekali. Yg kaya menjadi tuan besar dan yg miskin dianggap seperti seorang hamba hina dina. 
 
Apakah kesilapan kita ? Pernahkah kita fikirkan orang yg lebih susah dari kita ? Apakah bantuan yg kita hulurkan untuk memberi sesuap makanan pada yg tidak punya apa2 ? Pernahkah kita melihat orang yg mengemis sesuap nasi di kedai2 makan dihalau dan di hina ? Adakah tergerak hati kita untuk menolongnya ? 
 
Jika dilihat kehidupan orang2 dahulu, walaupun tidak kaya raya, tetapi masih sanggup menolong apa yang ada. Dan jika di teliti, kehidupan mereka penuh dengan kisah2 ajaib hati2 mulia. Dan balasan Allah bagi orang yg menolong dan sedia memberi kepada orang yg memerlukan adalah sangat segera. Ini sangat diyakini oleh orang2 dahulu. 
 
(tak ingatlah pulak cerita ni, jadi sesiapa ingat kisah sebenarnye, tolong betulkan ya ) 
Seperti kisah seorang sahabat berhasil mendapat 3 biji buah untuk dibuat ubat pada anaknya. Dalam perjalanan berjumpa dengan seorang yg mengadu perlukan buah tersebut untuk mengubat keluarga nya. Sahabat itu memberi kesemua buah tersebut dengan penuh kerelaan. Bila pulang, datang seorang musafir kerumah beliau. Musafir memberitahu dalam perjalanan beliau, berjumpa dengan sesaorang yg suroh menyampaikan pesanan buah untuk sahabat itu. Sahabat itu bertanya ada berapa biji buah yg dikirimkan ?. Musafir berkata, ada 29 biji. Sahabat itu mengatakan yg buah itu bukan untuk dia. Musafir pula berkeras mengatakan memang untuk beliau dan bertanya, mengapa sahabat itu mengatakan bukan ? Sahabat pun menceritakan ttg 3 biji buah yg diberikan kepada orang yg memerlukan tadi dan beliau berkata pernah mendengar bahawa jika sesiapa memberi 1 akan dibalas dengan 10. Jadi jika 29, maka buah itu bukan untuk beliau, jika 30 barulah buah itu mmg untuk beliau. Musafir kemudian menceritakan hal yg sebenarnya. Memang sipengirim memberi 30 biji, tetapi kerana kelaparan musafir ini telah makan sebiji dari buah2 itu. Sebab itulah tinggal hanya 29 biji. Barulah sahabat itu mengambil buah, itupun hanya 3 biji yg beliau perlukan dan selebihnya beliau berikan kepada musafir tadi. 
 
Berapa kali kita berkira2 untuk memberi dengan sangkaan kita akan kekurangan bila memberi ?. Yakinlah sebenarnya sesiapa yg memberi sedekah dan zakat, maka sebenarnya hartanya akan lebih bertambah.  
 
Jadi dibulan yg mulia, dimana kita diingatkan tentang orang2 yg tak punya apa2 dengan berlapar dan dahaga, inilah masa untuk membanyakkan sedekah dan membayar zakat. Lihatlah orang sekeliling kita yg memerlukan, kaum keluarga, sahabat handai. Lihatlah orang di negara2 sekeliling kita….Berilah bila ada peluang dan selagi hayat dikandung badan….Dan yakinlah harta kita pasti bertambah……. dan pasti semua apa yg kita berikan sebenarnya disimpan untuk bekalan di MASA HADAPAN yg masanya tiada penghujungnya…....forever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and everrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr… without end.

last modified Oct 17, 2004 at 0:38



[ add a comment ]