|
Terawih
Gulshan. Ramadhan 3 / 18 October 2004 @ 5:53 am local time Semalam, bertambah seorang lagi penghuni guest-house ni. Pegawai yg belum mendapat rumah masuk kesalah satu bilik disini. Sebelumnya dia tinggal bersama seorang pegawai lain. Kelmarin pegawai tersebut yg pulang ke Malaysia telah membawa isteri beliau bersama. Untuk tidak mahu ‘kacau daun’ kawan ini pun pindah la ke guest-house. Guest-house ini ada 4 bilik yg lengkap dengan bilik air masing2. Sebelum ini, Amir si tukang masak duduk di salah satu bilik yg juga merupakan tempat dia mengosok baju penghuni2 guest-house yg dia basuh. Jadi semalam, Amir pindah semula ke bilik pekerja di sebelah dapur. Semalam pergi lagi berbuka di masjid. Pak Guard marah2 lagi, bila disuroh buka pagar, Rupanya sebab ganggu dia nak berbuka. Dah salah aku jugak, datang betul2 waktu nak berbuka. Bila aku duduk aje, terus dengar orang azan. Seperti biasa aku menyelit di satu kumpulan untuk join diorang berbuka. Aku buka kuih kodok ikan bilis yg sempat aku goreng masa balik kerja tadi dan aku hulurkan bersama kurma dan kacang kuda yg aku bawa. Semua tu, diorang tuangkan ke dalam besen berisi bertih goreng dan di gaul2 bersama. Aku nekad nak merasa makanan diorang tu. Selepas agak2 semua tangan dah mengambil, aku pun masukkan tangan ke dalam besen dan mengambil segenggam. Adalah segenggam dua aku merasanya lepas tu aku berhenti. Plain saje rasanya. Ada campuran kismis dan buah2 kering di situ serta kacang kuda dan kuih kodok aku tadi. Tapi aku tenguk diorang makan penuh ghairah dan berselera. Bekalan air kordial yg aku bawa pun aku letakkan di situ untuk di minum bersama. Beberapa kali aku di suroh makan bersama oleh wajah2 ikhlas mereka tapi terasa kekenyangan melihat diorang makan dengan gembira. ---------------------------------------------e-k------------------------------------------------- Setelah beberapa kali diberitahu di rumah duta dibuat terawih oleh orang2 malaysia dan Brunei, baru semalam aku dapat sertai mereka. Sebab yg jelas ialah kerana aku takde kenderaan nak kesana. Jadual nya isya’ jam 7:30 mlm dan terus diikuti dengan terawih. Tapi semalam kami tiba jam 7:40 kerana mengambil seorang pegawai yg ingin menumpang, solat belum pun mula lagi. Setelah menanti seketika kedatangan beberapa orang lagi, isya’ dimulakan dengan di imamkan oleh duta Brunei. Terawih lapan rakaat dan diikut dengan 3 witir. Dan seperti kebiasaan orang melayu, selepas terawih musti ada moreh ! Makan kuih melaka, kaswi, lontong dengan teh tarik, sambil berbual2. Tak terasa masa hinggalah hampir jam 10:00 mlm. Hampir kesemua orang Malaysia ada disitu. Orang Brunei aku rasa ada dua orang. Tak upaya pulak nak bertanya2. Sebelum beredar, diorang buat pengumuman untuk me’rotate’kan terawih dirumah2 yg lain selain dari rumah duta. Jadi mulai esuk, terawih akan diadakan di rumah pegawai yg lain. ---------------------------------------------T-h-u-i--------------------------------------------- Cerita pasal puasa/terawih ni, teringat kisah2 di Sting Garden. Inilah masa emak akan buat berbagai2 kuihmuih. Setiap hari satu kuih. Akan berlaku juga import-export kuihmuih dari sebuah rumah kesebuah rumah. Ais sudah satu kemestian, dan paling kurang air sirap dengan selasih. Kadang2 cincau dan cendol. Meriah sungguh surau masa tu. Memang kat mana2 pun macam tu, bila tiba Ramadhan ni. Orang2 yg tak pernah nampak muka di surau pun akan datang. Untuk moreh akan dibuat jadual, rumah mana yg akan bawa juadah pada hari tertentu. Pakcik Kedah yg jual laksa, akan bawa motor jualan laksa ke masjid bila tiba giliran dia untuk menjamu. Aku tak kan miss masa tu, sebab lepas gian laksa dia di bulan puasa. Banyak lagi kenangan2 di bulan puasa ni, tapi kena kutip semula satu persatu….nanti bila sudah cukup bagai gambar jigsaw puzzle, akan aku kongsikan bersama di sini…. But till then….. selamat melawan hawa nafsu !
last modified Oct 17, 2004 at 21:19
|