home
login::signup
we::blog

Puasa yangyok....

puasa yangyok 
pagi2 buka periok 
 
Semasa aku sekolah rendah di SKS, seorang kawan mengajak aku ke Balai Polis Sentul semasa bulan puasa. Bukannya ke balai, tapi ke quarters di balai tersebut. Kami ada kawan sekolah yang tinggal di sana. Setelah melepak dan bermain mana patut, kami pun balik. Lupa pulak nak bagitau, kami pergi dan balik dengan berjalan kaki saje. Budak2 masa tu, mana ada duit. Jauh la juga dari Sek. Keb. Sentul nak ke Balai Polis di Jalan Ipoh tu. Jadinya bila masa balik tu, dah la kehausan yg amat sangat. 
 
Zaman dulu2, ada paip air tepi jalan. Jadi adalah satu paip ni, betul2 tepi sekolah. Bila dah sampai paip tu, aku pun terus membasahkan kepala dan sempatlah menadah mulut. Kawan tu, tak pulak minum sama. Bila sampai di rumah,  
 
Emak : Engkau ni puasa ker ? 
Aku : Puasa (yangyok) mak.

last modified Oct 19, 2004 at 0:13



[ add a comment ]