|
Majlis berbuka.
Sudah bermula, jemputan kepada orang2 ‘bujang’ disini untuk berbuka puasa. Sebenarnya kelmarin lagi dah bermula, tapi entah kenapa diorang tak masukkan aku dalam senarai jemputan. Chesssss….Housemate pun tak ingat kat aku. Aparaaaa….Tak apalah, dah takdak rezeki. Tapi mem pegawai yg buat majlis kelmarin tu, dah bagitau nak ajak sekali lagi kerumah dia nanti. Semalam majlis dirumah pegawai Project Manager. Nasi kerabu berserta serba serbi condiments nya. Ada daging bakar, ikan goreng tepung, sambal kelapa, sambal udang, ayam goreng dan kuah ala kuah ayam percik. Dan sudah tentunya budu. Aku rasa mem dia ni orang pantai timur kot. Tak sempat pulak nak tanya lebih2 walaupun dah kenal lama dah dengan pegawai ni, semasa bekerja di Sarawak lagi. Kemudian ada lepat pisang dan tepung talam. Wah…melayan nafsu betul…tapi kena makanlah mana yg patut kan, kalau tak nanti, kecil hati pulak tuan rumah. Itu pun kena jaga juga bila hidup bermasyarakat ni. Siap bekal lagi tuan rumah kepada kami yg bujang2 ni, buat bekalan sahor katanya. Emmm… murah rezeki bulan puasa ni. Dari situ, kami ke rumah duta Brunei untuk isya’ dan terawih. Dekat betul rumahnya, selang satu lorong saja. Ada kejutan katanya. Bilal terawih demam. Jadilah duta tu imam dan bilal terawih sekali semalam. Memang kejutan betul. Selalunya terawih dia bawa 8 rakaat, jadi aku dan beberapa orang kat saf belakang, selepas aje 8 rakaat, bisik semasa sendiri, ‘witir’. Tetapi imam tidak menunjukkan begitu. Rupanya beliau terus sambung terawih. Geng belakang pun mufarakah la, dan buat witir sendiri. Lepas tu kami pun keluar rumah mengambil angin dan menyelesaikan masaalah berasap bagi mana2 yg bermasaalah ! Semasa menunggu moreh siap, pak duta yg memang peramah pun cerita lah yg dia saja buat kezutan macam Akademi Fantasia sebabi dia kata moreh pun kezutan jugak. Kind of heavy la maksudnye tu. Tapi katanya sekali ni saja lah…dah tak buat lagi. Ada pulak yg sambut kata, kalau pak duta ni jemput lagi, ramai la..yang tak datang nanti. hahahaha.... Hai, dah tua2 ni, ramai laa yg tak larat berdiri lama2…lomah kepalo lutut den. Tak pa laa…buat aja yg patut, jangan tak buat langsung. Rugi..ooooooooo --------------------------------------------v---------------------------------------------- bila rindu membuak2....... Dua insan (oleh: M.Nasir) Bila kau senyum, ku gembira Bila kau sedih, ku menangis Bagai taman rindukan kembang Ku rindu padamu oh! sayang Di mana saja kau berada Ku kan tetap bersamamu Walaupun jasadmu jauh Namun hatimu dekat selalu Walau duri halangan menimpa Bila cinta ada ku tetap setia Hanya dikau dan asmara Membuat hidupku bagai Dalam Syurga Biar masa berganti masa Biar masa pun berubah Telah ku katakan padamu oh! sayang Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan. Jika kau tanya pada rembulan Mengapa cahaya berseri-seri Tentu jawabnya kepadamu Kerna dikau cinta padaku Ku persembahkan kepadamu Sekuntum bunga mawar merah Kau terima sambil tersenyum Kembang yang harum kau cium Bila saja halangan menimpa Kerna cinta ada ku tetap setia Hanya dikau dan asmara Membuat hidupku bagai Dalam Syurga Dua insan sedang bercinta Dua insan berjanji setia Telah ku katakan padamu oh! sayang Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan
last modified Oct 19, 2004 at 20:40
selamat berbuka......
|