|
Iftar bazaar and delicacies.
Seperti di mana2, bulan ramadhan memberi peluang orang ramai merasa juadah2 yg berbagai. Adakalanya juadah yg hanya timbul dalam bulan ini sahaja. Kalau di Kuching, ada manuk pansuh dan bubor pedas. Manakala di Johor Baharu ada Air Katira (yg tak berpeluang lagi aku nak merasanya). Begitu juga di sini. Banyak iftar bazaar yg menjual juadah2 berbuka untuk orang ramai di sana sini. Berikut makanan2 popular serta kemestian di bulan ramadhan ini.
Haleem: Rasanya seperti bubur asyura atau bubur lambuk. Ada daging dan bermacam2 rempah. Sangat popular dan dijual dimerata2 tempat. Kalau nampak mangkuk2 tanah liat tu, inilah benda nyer yg dijual. Mangkuk berbagai saiz bergantung kepada harga yg mahu dibeli.
Piyaju : Bawang yg digoreng dengan tepung Beguni : Terung di hiris nipis dan digoreng dengan tepung
Tchola : (chickpea) kacang kuda di goreng dgn bawang dan cili kering. Mudi : (roasted rice grain) Bertih beras
Jilapi : a spiral juicy sweet - Manisan Bassboussa, Katayaf & Balal Sam: Manisan yg berasal dari Arab Shami Kabab & Beef Kabab: Berbagai jenis kebab Samusa : Lebih kurang karipap laa. Ada yg aku dah rasa dan ada yg belum. Kalau dah hari2 berbuka dengan kawan2 sekampung, bila laa nak merasa makanan orang2 sini. Apa2 pun, selamat beriftar walau dimana anda berada ! ~ selamat...
last modified Oct 26, 2004 at 0:36
|