home
login::signup
we::blog

rickshaw walla di suboh hari.

Pagi tadi aku dapati telah menunggu rickshaw di tepi guest-house. Aku yg selalu terlewat, kerana menyambut panggilan alam selepas sehri, menyuruh rickshaw-walla menghantar ke masjid. Jika berjalan, pastinya masbuk di rakaat kedua, atau lansung suboh sendirian.  
 
Ini adalah kali ketiga aku naik rickshaw ke masjid. Bila sampai di masjid, aku selalu ajak rickshaw-walla masuk sambil mengisyaratkan takbir dan menyebut 'namaz'. Dan seperti biasa diaorang hanya mengganguk dan memusing2kan kepala seperti yg biasa dibuat oleh orang2 sebelah sini. 
 
Selepas suboh tadi, terserempak lagi dengan rickshaw walla yg sama. Mulanya aku rasa tak mau lagi naik rickshaw dia ni. Terdetik dalam hati, buat apa nak tolong dia ni, suboh entah sembahyang entah tidak ? Tetapi entah kenaper, kemudiannya aku berpaling dan memanggil kembali dia.  
 
Dan sepanjang perjalanan ke guest-house, aku teringat kisah Nabi Ibrahim dengan seorang tua yg lebih kurang begini ceritanya. (Kalau silap tu, tolonglah betulkan ya...) 
 
----------------------------------------------<>----------------------------------------------- 
 
Satu ketika Nabi Ibrahim mencari teman untuk makan kerana sudah menjadi sifatnya akan mencari teman untuk makan berjemaah. Lalu terjumpa ler Nabi Ibrahim dengan seorang tua dan diajaknya orang tua itu makan.  
 
Nabi Ibrahim bertanya pada orang tua tersebut, "Apakah agama kamu ?"  
Jawab orang tua tersebut, "Majusi". Maka segera dihalau olehnya dan tidak diberi makan.  
 
Perbuatan Nabi Allah ini segera ditegur yang mana Allah SWT telah berfirman pada Nabi Ibrahim bahawa selama 70 tahun aku memberi rezeki pada orang tua itu walaupun dia kufur pada ku tapi engkau wahai Nabi ku hanya sekali telah menghalau dia dari makan bersama mu.  
 
Nabi Allah Ibrahim telah mencari orang tua tadi dan mengajak ia makan. Orang tua itu berasa heran lalu bertanya kenapa tetiba berubah? Maka berceritalah Nabi Allah Ibrahim akan teguran Allah padanya. Lalu orang tua tersebut apabila mendengar terus bertanya mengenai Islam dan memelukkinya didepan Nabi Ibrahim. 
 
----------------------------------------------<>----------------------------------------------- 
 
so...kalau Nabi Ibrahim pun kena tegur, siapalah aku nak menghakimi orang lain ? dah lah sendiri banyak salah dan silap dengan tuhan dan manusia, masih pikir burok dan nak menentukan balasan untuk orang lain. sendrii mau ingat lah hai aku yg tak sedar diri......Astagfirullahhhhhh.............

last modified Oct 27, 2004 at 0:53



[ add a comment ]