home
login::signup
we::blog

Oh Rohani

di akhir2 ramadhan ini 
janganlah leka wahai diri 
masa sudah berlalu pergi 
hanya tinggal saki baki 
 
para pencinta makin gelisah 
mungkinkah ketemu malam bertuah 
dalam sujud pada yang Pemurah 
ataukah masih dalam serakah ? 
 
------------><----------------- 
 
Oh Rohani 
 
Maafkan ku wahai Rohani 
Kerana racun yang ku berikan 
Membunuh mu seketika 
Kerana salah membawa cinta 
Kerahang syaitan 
Ku serahkan wajahmu 
Hingga tergantunglah 
Keimanan dariku 
 
Ku kembali ke sini lagi 
Bukan untuk menambahkan dosa 
Tapi untuk hidupkan kembali 
Menyingkap hijab di depan mata 
 
Rindu dalam keranda 
Ku seru semula 
Untuk sama mencari 
Rahsia seribu bulan 
 
Bangunlah kau oh Rohani 
Kita renangi kesabaran 
Kita cari asalmu 
Sebelum terlupa kalimah 
 
Bangun dalam kesalku 
Masih ada waktu 
Untuk sama memburu 
Rahsia malam syahdu 
 
Rindu dalam keranda 
Ku seru semula 
Untuk sama mencari 
Rahsia seribu bulan 
 
Mana lagi jalan kita 
Suara jahat pun berbisik 
Ooo 
Kabur ... 
Lemas ... 
Dalam keranda kau meronta 
 
Ramli Sarip/Bob

last modified Nov 2, 2004 at 3:28



[ add a comment ]

hahahah....

rohani yg ada dalam semua jasmani
rohani yg melahirkan amalan nurani
amalan nurani yg menyinari
hingga semua makhluk menikmati

kalau takde jasmani, emmmm...?? tu mungkin yg asyik nyanyi 'pulangkan' tu....meremang bulu den...ehehhehe

(bukan jasmani jantan, itu kawan aku masa sekolah dulu....)

126909 | posted by saorangorang on November 3, 2004 at 16:45

uikkssss siapakah gerangannya rohani ini???hheeheh

126830 | posted by zz on November 3, 2004 at 11:23