home
login::signup
we::blog

Lain padang lain belalang.

Disini ada satu hari cuti umum yg di panggil Shab-e-Qudar. Ianya jatuh pada 11hb November 2004 bersamaan 27 Ramadhan. ( Di Malaysia bersamaan dgn 28 Ramadhan ) 
 
Jadi kiranya cuti itu khas untuk orang2 yg berjaga malam sempena Lailatul-Qadar (?). Pada kita yg tahu mlm itu tak buleh di tentukan, tertanya2, patutker cuti tersebut di gazetkan ? 
 
Walau apapun, itu lah budaya orang2 dibenua sebelah sini. 10 mlm terakhir ini akan di penuhi dengan iktikaf dan qiamulail. Hinggakan kerajaan memberi cuti kepada orang ramai untuk menggunakan masa beribadat.  
 
Kita bagaimana ? Sanggup bawa bedding ke masjid/surau ? Atau sekurang2nye habiskan banyak masa di situ ? Orang melayu biasanya selepas terawih, moreh dan ada yg tinggal utk tadarus. Jarang yg terus tinggal untuk iktikaf hingga ke suboh. 
 
Tapi yg musykilnya, ini lah masanya kedai2 membuat tawaran2 untuk belian hari raya. Tak kira siang atau malam. Disini, ada kain rentang iklan untuk pemberian diskaun yg lumayan bagi belian selepas tengah malam.  
 
Adakah kita sudah silap keutamaan ? 
 
Tak salah membeli belah, apalagi bila ada tawaran2 lumayan. Tapi patutkah menghabiskan masa berjam2 untuk mendapat keuntungan yg serba sementara ini? Berbandingkan dengan masa yg patut digunakan untuk keuntungan yg berlipatkali ganda dan berkekalan bentuknya.  
 
Bercakap pasal beli belah ni, semalam kawan serumah mengajak ke Bashundhara City. Kompleks yg di dakwa sebagai terbesar di South Asia dan yang ke 12 besarnya di dunia. Dan seperti di mana2 pun, pada masa2 begini, kompleks ini juga di penuhi orang. Disamping beli belah, ramai juga yg sekadar berlegar2 sambil menikmati kompleks serba moden dan bertaraf dunia yg menjadi kebanggaan mereka. 
 
Paling banyak kedai pakaian, samada tradisional atau pun pakaian barat/moden. Begitu juga dengan kedai kain saree. Jenuh la mengikut kawan tu mencari baju untuk anak2. Aku yg dah siap beli baju untuk budak2 hanya tumpang melihat2.  
 
Selepas lebih kurang 2 jam di situ, kami pun beredar utk ke kedai lain. Trafik jam menyebabkan kami mengubah haluan, dari pergi ke Arongs ke BBQ-Tonite. Disitulah kami bercadang untuk berbuka. 
 
Kebiasaan orang disini berbuka dgn halem-(bubur dr dhal), jilapi, chola dan air minuman. Nasi atau makanan2 yg berat hanya dimakan selepas terawih atau lewat malam. Kami yg order dinner menjadi perhatian orang2 local yg berbuka disitu. 
 
Menu : Nan - 2 keping 
Rumali 10 keping 
Mutton curry  
Chicken Tikka - 6 potong 
Minuman - Sweet Lassi 
Sring Roll - 3 keping 
Karipap - 2 keping 
Salad 
 
Heavy metal betul...dan as expected tak dapat nak habiskan semuanya. 
 
Lebih2an minta di bungkus untuk di ta-pau dan disumbat oleh En. Nord kedalam backpack dia untuk bekal sehri. 
 
Selepas itu bertolak ke rumah boss untuk terawih. Dalam perjalanan, kami melalui jejambat pertama di Bangladesh yg baru saja dibuka oleh PM. Ramai betul orang melepak kat situ. Menikmati pemandangan atas jejambat atau mungkin bangga dapat naik jejambat pertama di negara mereka. Mujur aje rickshaw tidak dibenarkan naik, kalau tidak, rasanya macam sama aje tak buat jejambat tu. 
 
Singgah dulu di rumah Pak Lah yg betul2 terletak ditingkat atas rumah boss. Dan dapatlah jugak utk se nap dua kat situ. 
 
Letih betul makan kambing ni...

last modified Nov 6, 2004 at 3:05



[ add a comment ]